Khamis, 17 Februari 2011

Lubuk makcik soyah dan misteri bahtera batang pisang.


Menurut cerita lisan dari beberapa orang penduduk yang telah lama tinggal di kampung tg rambai, selain lubuk cina ah ham, terdapat satu lagi lubuk yang menjadi buah mulut penduduk kampung iaitu lubuk makcik soyah. Nama lubuk mungkin bersempena nama arwah makcik soyah yang suatu ketika dahulu telah membina rumah berhampiran lubuk tersebut.Kejadian aneh yang sering berlaku di lubuk tersebut sekalipun tidak pernah dikaitkan dengan makcik soyah. Nama lubuk mungkin bersempena makcik soyah yang senantiasa mandi dan membasuh di lubuk tersebut.


Menurut satu cerita disuatu ketika dahulu, sungai kulim merupakan laluan utama sesetengan penduduk yang ingin berinteraksi selain dari jalan darat yang sedia ada. Ini kerana kedudukan sungai kulim yang terletak ditengah tengah kampung tg rambai menyebabkan ianya menjadi tumpuan penduduk untuk mudik ke muara dengan tujuan masing masing. Pernah suatu masa seorang penduduk ternampak sebuah bahtera batang pisang yang sangat cantik berlayar munyusuri arus dengan bersendikan buluh kuning dan beratapkan upih pinang. Sedang ia berlabuh tiba tiba tersangkut di lubuk makcik soyah dan berpusing pusing ditengah lubuk tersebut. Melihat keaadan tersebut, Sarian( bukan nama sebenar) telah tertarik untuk mengambil barang yang disangkakan sebuah bahtera untuk dibawa pulang kerumah. Setelah tekad, sarianpun melompat kedalam lubuk dengan tujuan mengambil barang tersebut.

Perbuatannya terjun kedalam lubuk berkenaan menyebabkab beliau tidak timbul timbul hingga menyebabkan sanak saudaranya menjadi resah atas kehilangan sarian. Lalu ahli keluarga pergi berjumpa tok janggut untuk membantu mancari sarian. Tok janggut bertanya bila kali terakhir sarian dijumpai? Keluarganya memberitahu sarian pergi mencari ikan di sungai kulim.Lantas tok janggut mempersiapkan beberapa disiplin ilmu kebatinannya dengan meneroka ke alam makluk halus. Tok janggut telah bertemu dengan penghulu sungai yang telah memerintahkan anak buahnya jim tomang(Hantu air) untuk mencolik sarian kerana telah mengganggu upacara pengkebumian ahli keluarga jin yang telah mati iaitu yang telah dihanyutkan ke sungai dengan menaiki bahtera pisang tersebut.

perbuatan sarian yang mengambil bahtera tersebut bukan saja telah menyebabkan mayat jin tersebut rosak malah telah membantutkan usaha mereka untuk memuja roh jin supaya pulang ke jasadnya kembali. Akhirnya penghulu memberi syarat kepada tok janggut sekiranya hendak membawa sarian kembali ke alam dunia perlulah membayar dengan darah seekor lembu putih yang sedang bunting dalam masa 13 jam. sekiranya tidak dipatuhi maka kaum jin yang tinggal bersebelahan kpg tg rambai akan mengadakan serangan terhadap penduduk kampung.Tok janggut akur dan pulang ke kampung dengan harapan dapat mencari lembu putih sedang bunting. Kita mampu merangcang tetapi allah lagi maha merancang.Lembu yang dicari tidak diketemuai. Masa tinggal 3 jam saja lagi. Tok janggut pergi bertemu semula penghulu jin dan mohon dibatalkan syarat tersebut. Lalu penghulu jin sangat marah dan telah menggunakan ilmunya dengan menyedut tok janggut masuk ke dalam dasar lubuk berkenaan. Semasa kejadian, tok janggut bersama pembantunya katid encot dan Ali pakjang untuk membantu sekiranya berlaku kecemasan. Melihat tok janggut di sedut kedalam lubuk, katid encot lantas menggunakan kehandalan dengan mengeringkan air sungai. Namun yang tinggal cuma sebuah lubang sebesar batang rumbia yang dalamnya tidak dapat dinyatakan kerana terlalu dalam. Ali panjang dengan kehandalan yang ada telah menyeluk tangannya kedalam lubang. kehebatan ali panjang ialah boleh mencapai sesuatu objek sejauh mata memandang. Sekiranya mata mapu melihat, maka apa jua yang terlihat mampu dicapai dengan memanjangkan tangannya. Hampir 10minit ali panjang meraba raba kedalam lubang tersebut, akhirnya beliau terasa sesuata yang sangat panas dan menarik pantas tangannya keluar.Kehangatan yang dirasainya terlalu amat sehingga beliau terpaksa mencelup tangannya kedalam kolam( atas bukit pecah batu) yang menyebabkan semua ikan dan kura yang ada di dalamnya mati dan masak kepanasan.


Setelah hilang idea mereka berdua tida tiba terdengar satu letupan yang maha kuat seperti letusan gunung berapi yang akhirnya memuntahkan tok janggut sedang memapah sarian yang dalam keadaan lemah longlai tidak bermaya. Mereka pulang tanpa berbicara sepatah kata. ini merupakan satu disiplin dalam kesaktian ilmu perguruan batin melayu. Sampai di rumah, tok janggut memulakan bicara dengan mengucapkan syukur alhamdulillah dan memberitahu beliau sengaja mmembiarkan tubuhnya disedut kedalam lubang kerana tahu sarian telah dicolek dan di bawa ke mahkamah pengadilan alam jin di sebuah bandar di bawah tanah yang bernama Sakti alam Sri Rambai. Semasa di mahkamah pengadilan, tanpa usul periksa semua pengawal dan tentera jin telah menyerang tok janggut yang menyebabkan tok janggut terpaksa menggunakan kekerasan iaitu dengan menggunakan hikmat denduman lintar membelah bumi yang menyebabkan semua jin jin mati bergelimpangan persis daun getah gugur di musim panas. Tok janggut dengan tidak membuang masa mengambil sarian lantas melompat keluar dan terus pulang dengan selamat. Namun yang pasti dendam dari bangsa jin terhadap penduduk tg rambai tidak berakhir disitu.Mereka sedaya upaya akan menggangu dan menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu helah. Pergerakan mereka sebenarnya adalah terhad dan sangat sukar untuk mereka memasuki kg tg rambai kerana sekelilingnya telah di pagar dengan racun penusuk jiwa oleh tok janggut.

Isnin, 14 Februari 2011

Antara sasterawan , bahasawan dan sejarawan.



salam maulidurrasul salam ukhwah perpaduan asas penyatuan ummah.selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad SAW, sanak saudara, para sahabat,golongan ulamak umarak seterusnya muslimin muslimat dan mukminin mukminat. Saya menulis bukan untuk piji pujian, jauh sekali untuk bermegah. Sekadar untuk berkongsi pandangan serta pengalaman walau secangkir cuma demi melihat sesuatu kebenaran.
bukan untuk menegak kebatilan bukan sekadar menimbul ketegangan.
salah dan silap harap diperbetulkan, kiranya kurang tolong tambahkan jika berlebih tolong kurangkan.


Antara topik yang nak saya bincangkan pada kali ini ialah persamaan dan perbezaan peranan dan tanggungjawab antara sasterawan,bahasawan dan sejarawan. Sekadar untuk memberi gambaran umum supaya peranan ketiga kumpulan profisional ini dapat digembeling demi mencapai suatu matlamat yang sudah pastinya memartabatkan bangsa. dibangku sekolah saya di bidang sastera. Saya mempelajari hikayat hang tuah dan sejarah melayu(STPM).semasa tingkatan satu hingga lima saya belajar sejarah dan tidak ketinggalan juga pelajaran bahasa.


Sekali dipikirkan pening juga nak dibeza. Sejarah merupakan satu peristiwa atau kejadian penting yang telah berlaku selepas sesuatu masa dan waktu.perkara yang tidak penting seperti minum kopi, lepak diwarung kopi, berjalan dengan menggunakan selipar, walaupun sudah berlaku tidak dianggap sebagai sejarah.Itu semua merupakan rutin harian yang telah berlaku sebagai disiplin seorang manusia. Yang dikatakan sejarah ialah berlaku peristiwa dan kejadian penting dalam diri kita seperti mengalami kemalangan, bergaduh, menerima anugerah dan sewajar dengannya. Itulah yang diklifisikasikan sebagai sejarah. dalam kontek negara kita malaysia, antara faktor penting untuk diklifisikasikan sebagai sejarah ialah,seperti peristiwa pembukaan negara bangsa, peristiwa kedatangan islam dan peristwa serta kejadian penting sebagai memartabatkan bangsa dan negara. Faktor faktor ini amat penting dikaji,dinilai dan disusun mengikut kepenting umum sesuai dan tepat dengan fakta dan bukti kukuh yang menyakinkan semua pihak. sekiranya sesuatu fakta dapat dipertikaikan dengan bukti baru yang lebih munasabah maka fakta lama tidak lagi dijadikan rujukan sejarah. Sekiranya sesuatu peristiwa tiadak dapat dibuktikan dengan bentuk nyata, maka pendekatan teori menjadi pilihan kedua yang sudah pastinya teori ini tidak dapat diklisifikasikan sebagai sejarah.


Dalam perbincangan ini suka saya membawa tugas dan peranan ketiga kumpulan profisional ini dalam keterlibatan umum bagi membantu memperkukuhkan sesuatu fakta supaya ia boleh dikategorikan sebagai sejarah.Eleman penting dalam proses pewartaan fakta termasuklah bahan , seperti artifak,monumen peninggalan atau kesan alami seperti radiokarbon dan DNA. Sebagai contoh dalam ekspidisi mengkaji kesan peninggalan kerajaan atlantis, antara elemen penting yang perlu diambil kira ialah bukti asas seperti puing puing dan sisa sisa batuan atau gas gas yang masih tinggal di sekitar kawasan berkenaan.


Dalam kontek pengkajian sejarah pahlawan bangsa yang unggul seperti Dato laksamana hang tuah yang sejak zaman berzaman diiktiraf sebagai seorang tokoh pahlawan melayu sejati. Hampir 600 tahun masyarakat melayu yang dahulunya terdiri daripada golongan cendiakawan sejagat, melayu yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan arab, kerajaan rom, kerajaan parsi,kerajaan keling, kerajaan siam, kerajaan cina dan sebagainya.Melalui bukti bertulis misalnya kerajaan melayu di Acheh suatu ketika dahulu pernah mengutus surat kepada kerajaan islam othmaniah di turki untuk memohon pohan kerajaan agung islam othmaniah membantu acheh dalam misi menjatuhkan penguasaan portugis dimelaka yang telah ditawan. Melaka yang suatu ketika dahulu sebagai sebuah empayar agung yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan dibawah naungannya seperti acheh, pasai, demak, riau dan sebagainya akhirnya jatuh ditangan portugis dan sejarah telah membuktikan kebangkitan kerajaan melayu seperti acheh,pasai,riau dan sebagainya bangun membantu melaka dan disokong dengan bukti melalui catatan surat cap mohor kerajaan othmaniah yang ,masih ada dalam simpanan kerajaan indinesia. Begitu juga kebangkitan panglima perang daeng lima bersaudara bersama bala tenteranaya mengepung disetiap penjuru tanah melayu bagi menyusun strategi merampas kembali melaka dari tangan portugis. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan risalah dan bukti awam bahawa kemunculan panglima daeng disetiap buah negeri seperti di kelantan, pahang,kedah dan johor. Kelima panglima dan laksamana daeng ini telah membuat satu strategi gerak gempur lima penjuru bagi melumpuhkan terus pengaruh portugis di melaka. Namun perancangan ini telah terbongkar hasil maklumat dari tali barut tanah air yang melaporkan kepada potugis.


Persoalan yang hendak saya bawa disini berkaitan sejarah pahlawan ulung dato Laksamana hang tuah yang telah dipertikaikan oleh beberapa orang pengkaji sejarah yang telah menjadi keresahan awam hingga kehari ini masih diperbahaskan dari mulut kemulut.Dalam kontek inilah perlunya ada kesepakatan antara pakar sastera, pakar sejarah dan pakar bahasa. Dalam kontek hang tuah yang didakwa sebagai cina ialtu hang too ah dan sahabatnya jee fat, lee kiew dan lee kir.
kita perlu mengkaji siapakah pengkaji yang terlibat dalam kesepakatan ini.adakah membabaitkan ketiga pakar ini dalam projek menggulingkan fakta 600 tahun pakar sejarah melayu lama.Kini muncul pula pakar pengkaji baru yang muncul setelah 600 tahun peristiwa itu berlaku. Sedangkan jarak penulis asal sejarah melayu dato paduka bendahara johor Tun Sri lanang dalam projek penulisannya berlaku ialah sekitar 100 tahun selepas zaman hang tuan jarak yang tidak begitu lama.Begitu juga dengan projek penulisan hikayat hang tuah oleh kassim ahmad berlaku lagi baru sekitar tahun 1900an.

Dalam kontek hang tuah yang dikatakan cina pertama faktor nama hang. 'Hang' sebernarnya merupakan satu nama sesebuah denasti bukan marga atau keluarga.tidak ada seorangpun tokoh dari cina yang memakai gelaran denasti 'hang' kerana ianya merupakan satu kumpulan besar yang memerintah seluruh tanah cina. Rakyat jelata tidak dibenarkan menggunakan istilah hang untuk permulaan nama di cina.kalau ada nama cina dimalaysia yang bermula hang itu merupakan segelintir dari kekilafan mereka. Kehebatan 'hang' boleh dipakai seperti indek Hang seng, bank hang sen yang merupakan sesuatu paling tinggi dan bermaruah. Dalam arena politik di malaysia tokoh tokoh korporat, tokoh polotik malaysia berapa kerat yang bernama hang? Ahli parlimen malaysia?Jutawan jutawan malaysia? Pakar perubatan? Doktor?
Ini sudah jelas menunjukkan pendapat ini semata mata berkisar kepada nama hang itu saja.


Dalam hal ini kita perlu merujuk kepada pakar bahasa malaysia.Dalam mana mana jurnel dan penulisan klasik dan tradisional jelas memberi penekanan sejelas jelasnya penggunaan istilah seperti "sang", "hang" "dang" "kang". Ketiga tiga perkataan ini merupakan kata gantidiri untuk sesuatu benda seperti manusia, haiwan,gelaran masyarakat, gelaran bangsawan dan sebagainya.Contoh: sang sapurba gelaran bagi raja pemerintah kerajaan melayu. sang kertaksa, pahlawan jawa yang hebat yang bertarung dengan hang tuah., sang jayanantaka, merupakan anak kepada sang sapurba.
Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiuw pula gelaran khas yang diberi dalam istilah penulisan melayu klasik. Bukan gelaran yang diberi oleh sultan. Gelaran hang tuah yang diberi sultan ialah dato laksamana.begitu juga hang jebat sebagai dato bentara.
Adakah pengkaji ini merujuk kepada pakar bahasa sebelum membuat sesuatu hipotesis? Walau sehebat manapun seseorang sejarawan, perlu diingat pakar bahasa juga hebat dalam dunia penulisan.Begitu juga sehebat manapun pakar sastera, ianya perlu merujuk kepada pakar sejarah. Ini kerana mereka mempunyai peranan dan tugas masing masing yang mempunyai perkaitan dalam membuat keputusan.

Hipotesis kedua dalam artikel yang menuduh hang tuah sebagai hang too ah ialah berdasarkan kepada peristiwa atau sejarah kedatangan hang tuah bersama rombongannya "Mereka datang ke Melaka dgn kumpulan pedagang sebelum ketibaan Laksamana Cheng Ho bersama Hang Li po serta 500 rombongan yang lain. Mereka sampai di Melaka pada zaman pemerintahan sultan Mansyur Shah ketika itu beliau berusia semuda hampir 15 tahun". "Hang Too Ahadalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi". Petikan ini disabitkan sebagai bukti hang tuah keturunan cina walhal petikan ini diambil dari penulisan sejarah melayu lama dan di adaptasikan mengikut hayalan dan pandangan sendiri.Ini secara langsung membuktikan penulis artikel yang menyatakan hang tuah bangsa cina ini sebenarnya telah mengiktiraf sejarah melayu dan hikayat melayu yang dirujuk sebai bahan kajian dan bukan kajiannya bersama team pengkaji baru. beliau semata mata mengkaji dari naskah asal catatan penulis lama dan membuat satu keputusan bertentangan dengan maksud keseluruhan naskah tersebut. Keadaan ini sama seperti seorang penulis lirik lagu yang menciplak lagu asal dan membuat sedikit tokok tambah dan menjual lagunya dan akhirnya lagunya meletup.Sedangkan beliau langsung tidak respect kepada pengarang asal yang telah lama menulis sejarah yang lebih hampir kepada zaman hang tuah.

Mengapa beliau masih memerlukan bahan dari naskah pengkaji sejarah asal? Inilah yang saya maksudkan dari awal mula bicara yang memerlukan campur tangan ketiga tiga pakar bahasa, sastera dan sejarah ini.Saya bimbang apabila sesuatu keputusan dibuat, ianya akan mendatangkan kemudaratan awam kerana selama ini masyarakat melayu telahpun tahu hang tuah itu berdarah melayu, mempunyai ayah dan ibu, mempunyai susur galur keturunan yang hingga kini masih hidup di indonesia. Pergilah buat kajian baru, berjumpa dengan waris waris keturunan hang tuan di tanah seberang dan buat keputusan berdasarkan fakta baru dan bukan menggulingkan fakta lama dengan memesongkannya.

Salah satu sumber yang siiktiraf:
Hikayat Hang Tuah, Sumber: Kamus Wikipedia Melayu



Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.

Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah.

Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati.


Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat.

Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya.

Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini. "Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut.

Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya. Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggris.

Adakah pengkaji ini pernah pergi mengkaji terus ke tempat asal usul hang tuah sebagai diberitakan oleh pakar sejarah terdahulu.
Petikan:
Asal-usul Hang Tuah menurut sejarah Melayu
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu yang hidup pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400-1511). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.

Adakah team penulis seperti shabudin jalil ini pernah pergi ke kampung sungai duyung dan mengumpul semua bukti bukti secara lisan atau teori tempatan?

saya membuat kesimpulan tegas yang mengatakan hang tuah ialah seorang pahlawan melayu sejati yang hampir 99% penceritaannya menyokong sejarah mengatakan tuah berbangsa melayu dengan dibuktikan faktor persekitaran dan kemunculan hang tuah dalam penggenaan keris melayu, jampi mentera melayu, pakaian dan pertuturan melayu dan keturunannya madih ada hingga kini.Amin.

Ahad, 13 Februari 2011

Hang Tuah Bukan cina




Merujuk kepada hipotesis yang telah ditulis oleh Shahabudeen Jalil dalam satu artikel baru baru ini sedikitpun tidak mengemparkan masyarakat melayu kerana hipotesis yang telah diutarakan terlalu lemah dan langsung tidak releven dengan bukti dan pandangan umum. hipotesis beliau adalah bersifat logik akal dan bersifat khayalan dan fantasi Menurut shahabudeen jalil,Hang tuah sebenar dalam cina ialah Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Lucu sekali mendengar nama nama ini.Rasanya kalau keturunan hang ini merupakan panggilan untuk orang cina, mengapa tidak ada keturunan cina di malaysia yang dipanggil gelaran hang? Mengikut kajian yang saya buat hasil kaji selidik dengan sahabat berketurunan cina, istilah hang dalam cina bukan merupakan suatu nama atau marga dan keluarga.selama 13 tahun saya bersekolah di sekolah menengah kebangsaan tiada seorangpun sahabat cina saya yang bernama hang? contoh hang kit siam?, hang guan hing?, hang lion sek? atau hang ja dah? hipotesis bodoh seperti ini sebenarnya tidak layak ditulis kerana kalau ingin menjadi wira penegak keadilan jangan sampai maruah bangsa nak dijual? Selepas kejadian ini ada pulak orang di sebelah utara pulak dakwa hang tuah berasal dari kedah. Ini kerana orang utara dalam loghat kata seharian memang ada istilah hang digunakan. Kalaupun betul hang tuah orang kedah tidak mengapa kerana dia orang melayu. Kenyataan dungu mengatakan hang tuah berbangsa cina langsung tidak diterima akal.


Untuk makluman sipenulis komik fantasi hayalan minda ini, istilah hang merupakan satu kata nama khas yang diberi kepada golongan masyarakat kebanyakan(orang awam) bahasa ini diterjemah dalam bahasa penulisan klasik sebagai ganti diri seseorang individu yang berketurunan melayu yang memiliki kelebihan berbanding masyarakat awam lain seperti panglima, hulubalang dan pahlawan ulung. sama juga bagi kaum jawa yang menggunakan gelaran seperti patih gajah mada, patih kerma wijaya bagi golongan elit, dan sang kertaksa, sang kelembai, sang nila, sang jayanantaka, sang satiaka, sang maniaka, sang saniaka, sang sapurba, sang perta dewa bagi golongan pahlawan. Mengapa beliau tidak mempertikaikan nama nama 'sang' ini sebagai pahlawan cina?? contoh saya reka,seperti sang satiaka jadi sang sea kaw, sang maniaka jadi sang mah akau,sang saniaka jadi sang san ahkau.

Hang dan sang merupakan kata ganti diri nama untuk seseorang individu dikalangan masyarakat umum melayu klasik yang mempunyai kelebihan dan diiktiraf oleh masyarakat melayu dan digunakan dalam gaya bahasa penulisan umum.

Hang juga digunakan kepada orang yang rajin berkebun sebagai hang kebun, orang yang setia sebagai hang setia. Manakala bagi haiwan dipanggil sang kancil, sang tupai, sang buaya, sang burung dan sebagainya. Sang dan hang merupakan kata ganti diri dalam kamus bahasa melayu. Jangan terlalu memikir keatas dan terlupa di bawah yang menyebabkan ludah jatuh ke muka.


Sebab itu saya sarankan kepada sahabudeen jalil supaya mengaji sampai habis sampai terima ijazah dari tok guru? Ini kerana kalau mengaji tidak tamat dan menggunakan ilmu tanpa berguru isim jadinya.Saya sarankan penulis sahabudeen jalil mengambil kursus asas bahasa melayu tahap satu sebelum pergi ke tahp dua, tiga dan sebagainya?. Bagi sesetengah pembaca mungkin akan keliru sekiranya tidak belajar.Satu perkara lagi saya nak beritahu dan bukan nak mengajar, untuk golongan kelas menengah wanita pula dalam gaya penulisan melayu asli, mereka ini di panggil gelaran dang. contohnya dang suria, dang wangi, dang suri dan sebagainya.


Satu perkara lagi tuah di samakan too ah, jebat disamakan jee fat, lekiu disamakan lee kiew nasib tak lee kuan you, lekir disamakan lee ker. Kasturi macam mana????/ mengapa kasturi tak diumpamakan nama cina? sebab nama kasturi panjang tiga suku kata kas tu ri? jadi...tidak jumpa nama yang sesuai dengan kasturi, maka direka pula cerita kasturi seoranglah satu satu keturunan melayu. Bagaimana pula dengan Hang nadim? hang kebun? hang jingga? aduh...kalau nak buat hipotesis biarlah logik sikit. Maaf bukan niat untuk mengata dan mengutuk, tetapi sekadar untuk memberi pandangan mudah dan belum kupas secara terperinci lagi.

Sabtu, 12 Februari 2011

SUNGAI LUBUK @ LUBUK CINA AH HAM DAN TOK JANGGUT




SUNGAI LUBUK @ LUBUK CINA AH HAM DAN TOK JANGGUT

Sebut saja sungai lubuk atau lubuk cina ah ham, semua penduduk kampung Tg rambai akan terhenti seketika. Ini kerana terdapat pelbagai peristiwa yang telah berlaku di lubuk tersebut. Sungai lubuk ini terletak di sungai kulim yang merentasi tengah tengah kampung tanjung rambai dan selekoh laluannya sangat tajam menyebabkan arus sungai akan berpusing sebelum melepasi selekoh tersebut. Keadaan ini akan berlaku sekiranya berlakunya hujan lebat dan apabila paras air melimpah, akan terjadilah pusaran air yang amat menggerunkan. Sungai lubuk juga akan menjadi tumpuan kaki pancing apabila hujan reda dan selalunya ikan akan banyak berada di lubuk itu.




Sejarah sungai lubuk kini menjadi kenangan bagi sesetengah penduduk kampung dan tidak kurang juga yang masih trauma akibat penangan sungai lubuk itu. Pernah berlaku satu peristiwa seorang penduduk yang bernama din( bukan nama sebenar) sedang asik mencari memancing ikan di lubuk tersebut tiba tiba ternampak sekumpulan ikan baung yang sangat besar. Keghairahan ikan baung itu timbul kepermukaan air menyebabkan beliau pulang kerumah dan mengambil senapang. Dengan menggunakan peluru penabur, beliau telah melepaskan beberapa das tembakan kearah kumpulan ikan baung tersebut. Namun yang pasti tidak seekorpun ikan baung yang terkena tembakan, malah hilang begitu sahaja. Tiga hari berikutnya heboh orang mengatakan din telah mati dirumahnya dengan keadaan misteri. Terdapat beberapa kesan tembakan peluru penabur diseluruh tubuh badan din. Ini menjadi tanda tanya seluruh penduduk selama ini din tiada musuh dan sangat baik dengan penduduk kampung. Berita kematian din telah diketahui tok janggut dan beliau telah meramalkan sebelum kematian din mungkin din ada melakukan sesuatu perkara di sungai lubuk. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan seorang saksi yang melihat din membawa senapang menuju ke sungai lubuk.



Peristiwa kedua menimpa keatas Mat( bukan nama sebenar) semasa paras air sungai naik, beliau bersama abangnya Ya( bukan nama sebenar) ketika sedang berada di tepian sungai, tiba tiba ternampak sebuah peti karun yang sangat besar hanyut. Mereka terus mengikut arus sungai sehingga peti tersebut terhenti di sungai lubuk dan berpusing pusing di tengah arus pusing. Ya menasihati mat supaya pulang sahaja kerana khuatir bukan peti karun dan mungkin jelmaan jin. Namun mat seperti kerasukan terus meluru ke sungai lubuk. Dengan pantas ya telah memeluk erat tubuh adiknya dan melaungkan azan dengan kuat yang menyebabkan mat terus tersedar dan mereka terus lari pulang kerumah. Sampai dirumah, mat mengalami demam panas yang berpanjangan. Lalu bapa mereka memanggil tok janggut untuk dipulihkan semangat. Alhamdulillah mat akhirnya sembuh.


Satu lagi perkara aneh pernah berlaku di sungai lubuk menurut cerita orang tua, disungai lubuk terdapat sebatang pokok merbau yang telah tumbang di tebang tok janggut dan terbenam kedalam sungai lubuk. Kedalaman sungai lubuk pada ketika itu pernah diuji oleh tok janggut. Beliau telah menebang sepohon buluh minyak tua yang panjangnya melebihi 50 meter, lalu diturunkan ke dasar sungai lubuk namun tidaklah dapat buluh tersebut menyinggah dasarnya. Lalu diambil sebuku benang jawa (benang penyukat dasar laut) sebesar penumbuk sulung lalu diikat dengan ladung emas dan dicampakkan kedalam sungai lubuk tersebut. Setelah hampir 10 minit benangpun habis dan ladung tersebut masih belum dapat mencium dasar sungai lubuk tersebut. Keadaan ini menyebabkan tok janggut merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu beliau pulang dan membuat beberapa disiplin dalam amalan ilmu kebatinannya. Menurut tok janggut, di bawah dasar sungai lubuk terdapat satu terowong sebesar pokok rumbia yang lubangnya menembusi laut cina selatan. Kenyataan ini telah diperkuatkan dengan kemunculan seekor ular gergasi yang di panggil Dabu oleh penduduk setempat. Ular Dabu diberitakan pernah beberapa kali turun menyusuri pokok merbau yang tumbang di situ untuk meminum air. Menurut penduduk yang pernah melihat kejadian tersebut, Ular dabu ketika menyusuri pokok merbau sebelum meminum air sungai, ia akan mengeluarkan bantal emas sebagai pelapik tengkoknya sebelum meminum air. Keadaan sekeliling sungai akan menjadi terang berkilauan seperti kilauan emas. Menurut beberapa penduduk, sesiapa yang mempunyai kehandalan tertentu sekiranya berani, bolehlah pergi mencuri bantal emas itu. Tetapi perlu ada kepakaran tertentu.Namun yang pasti tok janggut sangat melarang keras perbuatan itu kerana tidak suka kepada penginayaan walaupun ular tersebut sejenis haiwan.


Satu lagi peristiwa semasa beberapa orang kanak kanak nakal pergi bermandi di sungai, tiba tiba terlintas dihati mereka keinginan untuk mandi di sungai lubuk walaupun seluruh penduduk telah melarang keras anak mereka pergi bermain dan mandi di sungai lubuk. Terdapat lebih kurang tujuh orang kanak kanak yang terdiri daripada lima lelaki dan dua orang perempuan. Ketika asyik leka mandi di situ, tiba tiba salah seorang dari mereka lina( bukan nama sebenar) telah menjerit meminta tolong kerana kakinya telah ditarik sesuatu seperti tangan berbulu. Melihat keadaan itu semua enam orang kawan cuba membantu dengan menarik beramai ramai tangan lina dengan sekuat hati. Namun usaha mereka gagal. Nasib baik kebetulan mak bidah(bukan nama sebenar) datang ke sungai untuk membasuh kain. Melihat keadaan kanak kanak yang cemas, mak bidah lantas meluru dan membantu menarik lina. Mak bidah menyuruh salah seorang dari mereka memanggil tok janggut. Dengan pantas tok janggut muncul dan melemparkan segumpal pasir kedalam sungai lubuk dan serta merta kaki lina terlepas dari genggaman tangan bulu. Menurut cerita, lina mengalami kemurungan yang agak lama dan tidak aktif seperti dahulu. Menurut cerita lagi, tangan bulu itu ialah penuggu tua yang telah diwasiatkan oleh penghulu jin yang telah dihalau oleh tok janggut sebelum berpindah ke hutan simpan air kelat.

Menurut beberapa orang penduduk juga, sungai lubuk pernah menjadi tempat pembuangan kepala mangsa pancung oleh pihak tentera jepun. Semasa kemaraan tentera jepun ke tanah melayu, ramai orang cina di bunuh dan di pancung. Ramai orang cina di daerah gerik telah di bunuh dan di pancung jepun dan mayat mereka akan dicampak jepun ke dalam sungai lubuk. Ini kerana semasa orang kerinchi membuka kampung Tg rambai, pernah seorang Tauke Balak dari Sungai siput yang di panggil Ah Ham oleh penduduk kampung membalak berhampiran kampung dan semua balaknya akan dihanyutkan ke dalam sungai kulim sebelum hanyut ke muara untuk di bawa ke sungai siput. Di sungai lubuk, kayu kayu balak Ah Ham selalu hilang walau telah dilepaskan dengan banyak oleh pekerjanya. Ini menjadi persoalan oleh Ah Ham dan pekerjanya.Akhirnya Ah Ham meminta tok janggut melihat mengapakah kejadian aneh ini selalu terjadi. Maka tok janggut dengan semangat satu malaysia mula melihat kembali apakah misteri di sebalik kehilangan kayu tersebut. Rupa rupanya terdapat sekumpulan jin afrid yang diperintahkan penghulunya untuk mencuri kayu kayu sebagai cukai laluan sungai lubuk. Tok janggut tersenyum lebar dan memberitahu Ah Ham supaya meminta menyembelih kerbau sebagai hadiah kepada penhulu jin ketika melalui sungai tersebut( Lawak Tok janggut). Lubang dimana kayu dicuri masih lagi terdapat hingga kini.




Tok janggut sebagai pahlawan melayu unggul telah mengambil inisiatif untuk memulihkan semangat penduduk dan melumpuhkan segala pengaruh jahat di sungai lubuk dengan melakukan sesuatu. Menurut penduduk, tok janggut dengan kehebatan ilmu batinnya telah mengambil segenggan tahi besi dan dijampinya lalu di campakkan kedalam dasar sungai lubuk dan dengan serta merta sungasi lubuk tersebut menjadi cetek hingga ke hari ini. Tiada lagi berlaku perkara perkara aneh sehingga kini kerana penunggu sungai telah diusir jauh ke laut cina. Begitulah seberapa ringkas sejarah sungai lubuk cina @ sungai lubuk yang sempat saya rakam melalui cerita lisan penduduk.Sekiranya tiada kebenaran, maka saya pohon beribu kemaafan dan keampunan. Amin.

Bangsa melayu dan kebencian yahudi



Bangsa melayu dan kebimbangan yahudi.


Pernahkah sesekali kita berfikir darimanakah asal usul bangsa melayu ini? Darimanakah datangnya bangsa melayu yang sebahagian besarnya mendiami kepulauan di nusantara? Apakah kaitan dengan orang asli, jakun, semai , temiah dan lain lain lagi yang pada fakta telah mendiami tanah melayu ini lebih dari 10,000 tahun lampau seperti penemuan perak man di gua bunuh lenggong perak. Atau kita hanya sekadar merestui asas dan fakta yang mengatakan bangsa melayu berasal dari dua kelompok asal melayu utama iaitu melayu proto dan melayu negrito yang telah mengalami evolusi dari masyarakat primitif kepada masyarakat bertamadun?


Pernahkah kita membuat kajian berpandukan Al quran dan hadis baginda Rasulullah SAW secara terperinci dan sistematik? Pada pandangan dan pendapat saya, bangsa melayu ini memang sah berasal dari timur tengah bangsa arab yang telah mengalami evolusi peredaran zaman sehingga tercampak dikepulauan melayu sebagai sebuah bangsa yang telah dijanjikan oleh allah yang akan bangkit dari zaman kegelapan sebagai pejuang kebangkitan zaman, islam yang akan bangun membela maruah dan kesucian agama setelah seluruh umat islam di dunia ini mengalami zaman kemerosotan dan ditindas serta di hina.


Dalam sejarah melayu karya Tun Sri Lanang seorang pembesar melayu kelas atasan yang sekitar zaman keagungan pemerintahan raja melayu yang merupakan seorang penulis bangsa melayu.Dalam karyanya, beliau telah menyebut bangsa melayu ini adalah berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain raja penakluk sarwajagat, pemerintah Macedonia, seorang nabi dan panglima perang di alam nyata yang tiada tolak bandingannya. Zulkarnain merupakan seorang raja berketurunan nabi allah sulaiman nabi dan raja penakluk timur dan barat, utara dan selatan. Beliau telah memulakan siri penyebaran risalah tuhan dan ditakdirkan sampai ke benua keling dan berkahwin dengan puteri shahrul bariyyah anak petera mahtabul bahri raja pemerintah kerajaan india.


Akhirnya Zulkarnain telah sampai di sebuah kepulauan yang rata rata masyarakatnya masih belum memahami ajaran agama nabi.Diberitakan semasa zulkarnain masuk kealam melayu beliau telah bertemu dengan ketua masyarakat melayu yang diberi gelaran demang Lebar Daun. Maka berlakunya Wa’adat(perjanjian) diantara demang Lebar daun dan Sang Sapurba( Zulkarnain) tanpa sebarang paksaan bagi mengikuti ajaran yang di bawa oleh Zulkarnain.Sebelum ini masyarakat melayu di nusantara telah mendengar berita akan kemahsyuran zulkarnain sebagai sultan yang sangat warak dan penyebar risalah islam.


Maka, melayu yang pada asanya berketurunan bangsa Mala atau malai yang suatu ketika pernah mendiami tanah arab dan telah ditentukan ilahi untuk tinggal tetap di timur dunia sebagai sebuah bangsa yang dijanjikan oleh ilahi yang akan bangun meneruskan risalah yang dibawa zulkarnaian, meneruskan risalah yang dibawa oleh baginda junjungan besar rasul pilihan Muhammad SAW. Ada pendapat yang menyatakan melayu ini berketurunan keturah isteri kedua nabi allah ibrahim yang melahirkan zuriat turun kepada nabi allah yunus dan seterusnya kepada nabi allah muhammad SAW dan merupakan satu bangsa yang telah hilang dari kamus peradaban yahudi dari segi variasi mahupun pola taburan di pentas dunia yang fana. Adapun yahudi di bumi ini telah ditakdirkan untuk memusuhi islam hinggalah berlakunya hari kiamat. Ada setengah pengkaji memberitahu dari 13 kumpulan yahudi, satu kumpulan telah hilang dan akan mengalami evolusi dalam sistem kehidupan sehingga ia muncul sebagai sebuah bangsa yang akan memberi kemudaratan besar terhadap kaum yahudi dan nasrani dipenghujung episod kehidupan manusia. Maka melayu ini yang telah disebut sebut oleh yahudi sebagai bangsa yang akan memberi kemudaratan besar kepada mereka dan sudah pastinya ianya perlu dihapuskan.


Setelah berlakunya banjir besar di zaman nabi allah nuh as, maka bertaburanlah pengikutnya menyusuri lembah lembah berduri untuk mencari kehidupan baru sementara menanti panggilan ilahi. Kaum mala itu juga telah berhijrah dan pernah satu ketika mendiami pergunungan tibet indo china dan secara alami berlaku evolusi dalam struktur tumbesaran zuriat kaum mala di situ. Setelah beberapa abad menetap di sana, mereka telah diburu oleh kaum yahudi kerana kebimbangan yahudi mereka ini akan bangun dan menghancurkan yahudi. Kaum mala ini melarikan diri kepergunungan himalaya dan berlaku pula evolusi tempatan dan perubahan genetik turut berlaku dalam ruh bangsa mala ini. Akhirnya mereka telah diburu yahudi dan melarikan diri ke kepulauan melayu dan sebahagian besar mereka telah mendiami sebuah kawasan pergunungan dan banjaran titiwangsa, banjaran kledang dan sebagainya yang sesuai dengan habitat mereka suka tinggal di kawasan pergunungan. Mungkin kerana masih trauma akibat peristiwa banjir besar di zaman nabi allah nuh as.


Di sini kaum ini dipanggil sebagai melayu, atau malay.Bangsa ini mengambil keputusan untuk terus menetap dan tidak akan lari lagi mungkin kerana telah sampai kepenghujung dunia. Bangsa ini telah kembali menyusun langkah memperkasakan ummah dan mencipa sebuah ketamadunan unggul. Kemuncak keunggulan bangsa ini apabila mampu membina sebuah empayar iaitu melaka. Melayu juga sering di sebut sebagai melaka kerana melayu itu telah membina melaka sebgai sebuah empayar agung setanding kuasa besar seperti china, belanda dan beberapa lagi. Bangsa melayu telah bersiap sedia menanti ancaman yahudi dan telah bersungguh sungguh memperluaskan empayar di nusantara ini.



Telah tercatat di luh mahfuz, yahudi tetap memburu melayu sejak zaman berzaman.akhirnya yahudi dan nasara telah dapat mengesan kebangkitan melayu apabila dizaman kemerosotan kerajaan Othmaniah di turki berlaku beberapa siri pertempuran dan peperangan. Di anggarkan seramai lebih 10,000 tentera fisabilillah melayu telah terlibat dalam membantu kerajaan turki menghancurkan yahudi di turki. Ini jelas membuktikan bahawa bangsa melayu ini telahpun menjalinkan hubungan baik dengan saudara mereka di timur tengah seperti di turki. Maka tidak hairanlah ada pakar perujuk sejarah telah membuat satu pengumuman keterlibatan bangsa melayu dalam beberapa siri bantu perang di negara arab. Sebagai contoh dalam perang di teluk, dianggarkan tidak kurang dari 10,000 tentera sukarela fisabilillah merupakan bangsa melayu yang telah menyelusup masuk ke negara seperti iraq, iran, syiria dan afganistan. Jika benar perkara ini berlaku ianya bertepatan dengan hadis akhir zaman yang mengatakan kebangkitan al mahadi bersama pasukan panji panji hitam disebelah timur. Besar kemungkinan pasukan ini ialah kebangkitan melayu di nusantara.

Khamis, 10 Februari 2011

Sejarah hang Tuah dan Bangsa Melayu?






Mungkin ada yang berpendapat bahawa perbandingan yang saya buat diantara hikayat hang tuah dengan sejarah melayu adalah tidak rasional. mungkin pada pendapat mereka antara fakta sejarah dan hikayat, menjelaskan fungsi dan peranannya.Ya memang benar seperti yang telah diputuskan oleh sistem akedemi kebangsaan fakta sejarah adalah lebih tepat berbanding cerita hikayat. Persoalan pokok yang perlu kita fikirkan bersama ialah sejauh manakah masyarakat melayu sedar dan mengiktiraf akan fakta sejarah walhal mereka 90% tidak didedahkan dengan kebenaran sejarah melayu dan dibiarkan dengan persepsi serta tanggapan bahawa hang jebat merupakan pembela keatas kematian tuah? sedangkan dalam sejarah melayu terang terang mengatakan hang kasturi merupakan sipembela kepada hang tuah dan tuah bertikam bersama kasturi. Dalam kontek ini pandangan serta persepsi masyarakat selama ini jebat merupakan pembela adalah tidak benar belaka.Namun....pada pandangan saya, isu ini tidak boleh diambil mudah kerana bak pepatah melayu, "tidak tumbuh tidak melata, tidak sungguh maka orang tidak kata". Perlu kepada perincian khusus dan perlu membentuk sebuah pasukan khas yang dipimpin oleh cendiakawan profisional untuk membuat kajian semula seterusnya membuat counter chek sebelum membuat satu solution yang tepat sebagai satu fakta umum.Namun yang pasti golongan pengamal ilmu mistik seperti pengamal perubatan, perawat perubatan mistik, mahaguru silat melayu jangan sekali kali ditinggalkan dalam mengikuti kumpulan penkaji ini.

Dalam hikayah hang tuah, pada penghujung cerita jelas memberitahu akhirnya hang tuah mengambil keputusan menjadi darwis (pertapaan) dan akirnya membawa diri ke hulu perak. Pernahkah kita mengkaji kawasan yang dikatakan tempat tuah menghilangkan diri ini? Kajian awam yang saya buat telah mendapati terdapat perguruan silat di hulu perak yang memasang langkah seni jurus tari yang sama seperti silat hang tuah. Apakah pada suatu masa dahulu hang tuah pernah menurunkan ilmunya kepada penduduk setempat di hulu perak? Pernahkah kita terfikir akan kehebatan tun Saban wakil sultan perak yang mentadbir hulu perak yang telah berjaya menghalang kemasukan tentera siam dari memasuki tanah melayu? Pernahkah kita terfikir lahirnya pahlawan ulung seperti tok janggut di Kpg Tg Rambai gerik yang cukup terkenal dengan ilmu kebatinan melawan musuh semasa di zaman komunis dengan menggunakan wirid wirid tertentu dan kemahsyurannya semasa peristiwa 13 mei yang telah dijemput oleh orang tertentu membantu kaum melayu dalam siri pertempuran berdarah? Perkara perkara asas seperti ini perlu kita ambil kira sebagai bahan rujukan sejarah bangsa.

Dalam sejarah melayu mengatakan asal usul raja raja melayu ini berketurunan iskandar zulkarnain yang telah datang ke bukit siguntang mahameru dan berlakunya wa'dat diantara Sang sapurba( Zulkarnain)dengan demang lebar Daun( Wakil masyarakat melayu tempatan) ini jelas membuktikan sebelum kedatangan islam di tanah melayu, masyarakat melayu pernah ditadbir oleh pemimpin melayu setempat yang menganuti pelbagai fahaman agama ketuhanan seperti menyembah roh, menyembah pokok dan hindu. Kedatangan zulkarnain dalam siri meluaskan risalah islam merupakan satu bukti ampuh menunjukkan peristiwa besar dunia dalam siri penaklukan kuasa oleh zulkarnain di dunia pada satu masa dahulu, tidak ketinggalan tanah melayu merupakan salah satu destinasi zulkarnain dalam usaha menyebarkan syiar islam di muka buumi ini. Maka sejarah telah membuktikan ketaatan bangsa melayu kepada raja dan pemerintahnya dan rekod dunia membuktikan bahawa melayu di tanah melayu merupakan satu satunya bangsa yang menganuti satu agama iaitu agama islam.

Bertitik tolak dari peristiwa inilah telah mengangkat melayu islam sebagai sebuah kerajaan dan mampu membina sebuah empayar dan dapat memperluaskan kuasanya dengan melaka sebagai kota dominan yang pada satu ketika pernah berusaha untuk menakluki negara cina.Kehebatan kesultanan melayu islam melaka dalam paksi empayar melayu pada ketika itu telah menakutkan maharaja cina. Diberitakan hang tuah pernah suatu masa menjadi wakil dan utusan sultan melaka pergi mengadap maharaja cina kerana ingin memperisterikan puteri maharaja cina iaitu hang li po. Ini telah terbukti dengan fakta konkrit menyatakan sultan melaka pernah berkahwin dengan puteri hang li po. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan bukti awam kewujudan masyarakat baba dan nyonya di melaka.kehebatan dato laksamana hang tuah dalam misi melamar puteri hang li po ini bukan sekadar omongan biasa.ini dapat kita lihat dalam kehebatan laksama memecah tradisi kerajaan cina yang pada masa itu tidak dibenarkan melihat muka maharaja.Hukuman pancung kepala akan dikenakan kepada sesiapa yang ingkar perintah istana kerajaan cina. dalam kontek ini kita dapat melihat kehebatan serta kepintaran dato laksamana hang tuah dalam membuat satu planning supaya semua deligasi dari empayar melaka dapat melihat wajah maharaja cina. Ini telah terbukti berlaku dimana semua deligasi dapat melihat wajah maharaja cina di dalam majlis jamuan makan ketika mereka makan makanan utama melaka iaitu kangkung.Maharaja cina tidak boleh menyalahi mereka kerana telah berjanji hendak melihat cara orang melaka makan makan mereka.Nah..disini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kehebatan dato laksamana bukan semata mata terletak pada keris dan kebatinannya, malah turut melibatkan kepintaran IQ beliau berfikir.

Ada juga beberapa teori yang mengatakan hang tuah berasal dari cina dan berketurunan cina? saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana pada pandangan saya penulis siri itu telah terpengaruh dengan fakta fakta songsang dalam membuat kajian setempat. ada yang menyertakan bukti tokong besar di negeri cina yang bersempena nama hang tuah dan pelbagai bukti bukti seni bina masjid yang dibina di melaka menyerupai seni bina cina yang kononnya hang tuah itu berbangsa cina. Semua fakta dan bukti yang dinyatakan tersebut sebenarnya merupakan bukti hang tuah pahlawan ulung berbangsa melayu pernah pada satu ketika menjejaki kaki cina dan apabila beliau sampai kesesuatu tempat dan melihat kepada kehebatan dato laksamana hang tuah maka penduduk setempat telah menzahirkan pelbagai monumen atau apa jua bentuk peninggalan supaya nama hang tuah dapat diingati zaman berzaman. Kes ini sebenarnya sama dengan amalan masyarakat kita sekarang yang apabila seseorang tokoh atau pemimpin datang mengunjungi sesuatu tempat maka kita akan mohon pemimpin itu merasmikan contoh banggunan, jalan,kedai dan apa jua. Tidak ketinggalan ada yang memberi nama banggunan itu sempena nama pemimpim itu seperti universiti, kolej, jambatan, jalan dan sebagainya. Maka tidak hairanlah kalau ada masjid hang tuah di cina, jalan hang tuah di cina kerana hang tuah pernah datang ke cina untuk meminang puteri hang li po. Takkan deligasi dari melaka datang sehari atau dua hari? mungkin mereka akan berehat selama beberapa minggu sementara urusan dan protokol istana siap membuat persiapan. atau membaik pulih kapal sebelum berangkat pulang ke melaka.Bersambung....

Sejarah kita telah di tipu oleh siapa?





Dalam usaha pihak kerajaan untuk menjadikan sejarah sebagai satu mata pelajaran wajib dalam sukatan pelajaran kebangsaan, satu kemestian yang perlu diselaraskan oleh pihak kementerian iaitu memformat kembali segala fakta fakta sejarah bangsa melayu yang ada diantaranya merupakan satu sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah barat. satu makanisme perlu dilakukan dengan pendekatan drastik supaya fakta sejarah melayu tidak boleh di perkotak katikkan mengikut selera dan gaya bahasa kumpulan kumpulan tertentu. Pihak kementerian khusus kementerian pelajaran perlu mengambil pendekatan lebih berhati hati dalam memberi pengesahan sesuatu artikel atau jurnal yang apabila sudah diberi pengesahan, tidak akan dipertikai oleh segenap lapisan masyarakat khususnya bangsa melayu apatah lagi kaum bukan melayu yang sudah mula mempersoal akan kemunculan sejarah bangsa di tanah melayu.
Satu contoh mudah yang dapat sama sama kita bincangkan untuk diperhalusi dewasa ini ialah sejarah keagungan pahlawan agung melayu yang sering dikaitkan dengan laksamana hang tuah lima bersaudara. Ya dari segi fakta dan jalan cerita mungkin sejarah ini telah menjadi sebagai satu bulatan persetujuan bangsa melayu secara rawak akan kesahihan dan kemunculan hang tuah disebalik vanue yang dikaitkan dengan penglibatannya.Namun perlu kita ingati bahawa sejarah hang tuah ini telah terbukti menjadi satu pertikaian kronik dikalangan pengkaji dan pakar sejarah dalam kesahihan watak utama ini dalam setiap kemunculan awam yang dilaporkan. Ini dapat dibuktikan dalam contoh dua versi penulisan awam diantara salalatussalatin dengan hikayat hang tuah. dalam kedua versi penulisan ini sudah cukup memberi gambaran yang keliru terhadap masyarakat melayu tentang adaptasi yang telah dilaporkan oleh tun sri lanang dalam sejarah melayu( Tun Sri Lanang) dan penulis hikayat hang tuah( Kassim Ahmad). contoh jelas dalam major kes iaitu tentang perbandingan watak utama dalam kemuncak tragis dalam kehidupan hang tuah dengan kesultanan kerajaan kesultanan melayu. Dalam Hikayat hang tuah jelas melaporkan hang tuah sebagai pahlawan melayu yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang dan jelas telah di fitnah yang menyebabkan peristiwa raja menjatuhkan hukuman bunuh kepada hang tuah. Manakala dalam sejarah melayu karya tun sri lanang telah melaporkan peristiwa yang sama hang tuah difitnah dan telah dijatuhkan hukuman sama seperti laporan keduanya. Persoalan utama disini ialah peristiwa selepas dari hukuman bunuh itu telah menyebabkan.....dalam sejarah melayu, tun sri lanang melaporkan pembela atas kematian hang tuah ialah hang kasturi. Hang kasturilah yang mengamuk dan menghalau raja dari istana dan bukan hang jebat. Ini merupakan fakta yang tersurat dalam penulisan beliau. Manakala dalam hikayat hang tuah, penulis melaporkan orang yang bangun untuk membela hang tuah ialah hang jebat sama seperti yang dilakonkan oleh Tan sri P. Ramli dalam filem lakon layarnya dan hampir 100% masyarakat melayu mempercayai hang jebat penderhaka yang sepatutnya dipertangjawab. Maka di sini terdapat dua perbezaan nyata yang paling penting untuk dirungkaikan. Saya yakin dan percaya ramai masyarakat melayu tidak membaca salalatusslatin atau sejarah melayu ini. Hakikatnya memang dalam sejarah melayu terang terang menyebut sipembela yang mengamuk adalah hang kasturi. jadi berlaku pertembungan pendapat yang belum dirungkai dengan berkesan.Bersambung......

Jumaat, 4 Februari 2011

Peristiwa Tok Janggut Mengeluarkan Mayat dua orang kampong dalam tahanan komunis.



Peristiwa ini berlaku di zaman PKM berleluasa untuk merampas kerajaan tanah melayu dengan melakukan belbagai siri serangan terhadap kerajaan. Peristiwa ini saya rakam dari cerita orang lama yang sempat hidup sezaman dengan Allahyarham Tok Janggut walaupun pada masa itu pencerita masih di alam remaja.(Mantan Ketua kpg ke dua Tn Hj Mohd Noor 87 tahun).

Peristiwa ini menimpa keatas dua orang penduduk kampong Batu 4 Tg Rambai yang telah berpindah ke kpg kenayat. Semasa memulakan kehidupan baru di kpg kenayat, mereka dua sahabat pergi berburu pelanduk di sekitar hutan di bukit Nasah, kenayat.Semasa sedang asyik berburu, mereka telah diserang hendap oleh komunis dan kedua duanya mati ditembak dikepala dan dada. Berita kematian dua orang penduduk kampong telah heboh serata kampong. Tapi malangnya pihak komunis telah memberi amaran supaya mayat mereka tidak boleh dikeluarkan dari hutan kerana factor keselamatan komunis. Maka berita ini telah sampai kepada pengetahuan tok janggut. Tok janggut yang merupakan ketua kpg Tg rambai walau dua orang ini telah berpindah, atas dasas tanggungjawab sebagai tokoh dan pahlawan melayu telah mengambil keputusan mengeluarkan mayat penduduk tersebut.
Pihak komunis siang malam mengawasi dan mengepung kawasan mayat dengan harapan apabila tok janggut masuk perangkap, mereka akan melepaskan tembakan.Pada suata hari selepas selesai solat zohor berjemaah, selesai solat hajat da surau Kpg Tg Rambai, tok janggut bersama tujuh orang pengikutnya termasuk imam hj abd karim, tokki makakam, hj zainuddin,hj majid dan beberapa orang lagi telah memulakan wirid pahlawan islam (kaf 40) dan memulakan perjalanan menuju ke bukit nasah dengan berjalan kaki.Sesudah sampai, di kawasan mayat tersebut, tok janggut sekali lagi memasang pagar hikmah seperti amalan hariannya dengan memohon perlindungan dari allah. Maka setelah menghampiri kedua mayat penduduk tersebut, pihak komunis telah melepaskan beberapa ratus das tembakan. Dengan keizinan allah, tidak sebutir pelurupun yang dapat singgah kepada kumpulan tok janggut tersebut. Maka mereka mengusung dan membawa keluar mayat tersebut untuk diuruskan pengkebumiannya. Menurut saksi. Allahyarham Tn imam Hj Abd karim, semasa mereka berada ditempat kejadian, peluru dating bagaikan hujan lebat nembolosi daun demaun dan pabila terkena jasad mereka terasa sperti dilemparkan pasir. Malah ada pasukan komunis tersebut telah melirikan diri kerana khuatir ditebas dengan parang terbang tok janggut. Begitulah cerita yang sempat saya rakam melalui pengalaman orang orang tua yang hidup sezaman dengan tok janggut yang masih hidup dan uzur. Semoga allah mencucuri rahmat keatas roh roh pejuang islam ini.Amin.

Dari Blog Cucu Tok Janggut


Dari Blog Cucu Tok Janggut



KISAH DATOKKU DALAM KENANGAN - TOK JANGGUT GRIK PERAK , KEPADA SAUDARA MARA YANG BERKAITAN DAN TELAH TERPUTUS HUBONGAN SILALAH HUBONGI MAS MERAH

Nama penuh Datok ku ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan Opahku pula Kerinchi Ambai , kedua2nya adalah Ibu dan Bapa kepada ayahku Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik tempat kelahiran Mas Merah dan adik beradik yang seramai 11 orang dan seorang daripadanya dilahirkan diKampong Pandan Kuala Lumpur . Umur datokku semasa dia meninggal dunia ialah 112 Tahun , jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur .
DiKampong Tanjong Rambai datokku dilantik sebagai ketua Kampong , seingatku ramai perantau2 dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah . Datok ku juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau2 Kerinchi dikala itu , seingatku ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini . Aku masih ingat lagi Datuk Empat/Ketua Kampong Kerinchi dikala itu sekitar 60an dan 70an adalah Haji Akasah dan anaknya salah seorang bernama Ridhuan yang berniaga Shell Petrol Pump di tepi Lebuhraya dulu dulu . Datok ku semasa hayatnya berkahwin dengan Opahku Hajah Teh Amah Binti Daud dan mendapat cahayamata seramai lapan orang tapi semasa hayat kami ada , anak2nya hanya tinggal ayahku dan adiknya Zainal Ariffin [ Ngah Pin panggilan mesra kami ]tapi semuanya telah kembali keRahmatullah . Datuku semasa hayatnya juga terkenal dengan Dukun yang bolih mengubat penyakit dan juga menawar penyakit kena Santau .. seingat ku orang orang yang terkena santau diberi makan ayam selasih yang dikukus dengan buah kundor sehingga habis sebagai penawarnya , biasa nya orang orang yang terkena santau duduk berubat dirumah datukku sampai sihat , sakiranya mereka tinggal jauh , akhir2nya ada yang menjadi anak atau cucu angkat kepadanya . Dia juga membuat Sembahyang Hajat bagi pihak pihak yang kehilangan barang barang berharga juga tertipu dan tergadai harta benda dikala itu . Datokku hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat olih bangsa asing yang bukan beragama Islam , beliau kuat menjaga tentang halal haram mengenai makanan yang hendak dimakan , seingatku kichap yang dimakan pun dibuat sendiri dari ayer kelapa yang dimasak dan dibubuh garam dengan gula dan minyak kelapa pun dibuat sendiri dari santan kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak , dulu dulu dikampong kelapa tak laku sangat ,dulu dulu juga Opah ku membuat rempah giling kalau mahu dimasak dan cili pun digiling juga , beliau tidak pakai Ajinomoto saperti yang kami dan orang lain amalkan tapi masakkannya tetap sedap , kerana semasa kecil kecil dulu aku banyak tinggal bersama dengan Datok dan Opahku.
Semasa dibulan puasa pula datokku rajin berburu dan menahan jerat pelandok , ayam hutan dan landak raya .. Puas kami menikmati masakan binatang buruan dan yang dijerat .. Opahku kalau bab memasak semuanya sedap sedap hingga menjilat jari . Aku masih terbayang lagi kerabu yang dimakan dengan kanji [ bubur nasi yang dicampor rempah ratus ] memang tidak pernah ketinggalan kerana menu tersebut adalah menu wajib datokku . Datokku makan memang tidak banyak tapi yang menghabiskannya adalah aku dengan opahku , nasinya pula beras padi huma yang baru dan harum mewangi kerana ditumbuk dengan menggunakan lesong kaki ..
Semasa 13 MAY 1969 Datokku juga dijemput Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun , Menteri Besar Selangor ketika itu dan di Melaka juga disekitar Kuala lumpur dan Selangor . Datukku juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak olih Pustaka Muda Ipoh Perak .. Tujuan Mas Merah mendedahkan kisah silam ini bukan lah untuk meriak dan takbur tapi untuk mencari suku sakat juga famili disabelah datok dan opahku .. Opahku juga berasal dari Beruas Perak nama kampong nya Mas Merah dah lupa ..
Posted by kencanasari at 9:10 AM

Khamis, 3 Februari 2011

Tok Janggut( Ketua Kpg Tg Rambai Pertama) Imam Perang Hulu Perak.


Tok Janggut Imam perang melayu terkemuka.



Menurut cerita yang disampaikan oleh mantan ketua Tg Rambai Tn Hj Mohd Noor bin Hj Abd Rahman(87 tahun)…Tok Janggut @ Tn Hj Abd Razak pada satu ketika pernah menjadi imam perang mengutuai tentera fisabilillah dari seluruh negeri perak bagi membantu umat islam di fatani selatan Thailand yang diinaya oleh pemerintahan kerajaan siam.Kemuncak dari peristiwa kebangkitan tentera fisabilillah apabila seorang ulamak terkenal fatani iaitu Hj Awang Sulung bin Hj Abd Kadir telah hilang dan kekhuatiri ditawan oleh tentera siam.




Maka pada satu hari selesai solat jumaat, berkumpullah seluruh sukarelawan fisabilillah dari seluruh pelusuk negeri perak berkumpul di surau lama Kpg Tg Rambai. Antara tokoh ulamak terkenal yang turut bersama ialah Tn Syeikh Osman Jalaluddin dan Tn Syeikh Idris Al Marbawi hadir bersama bagi melancarkan operasi mencari dan menghapuskan musuh islam dan
menyelamatkan Tn Hj Sulung bin Hj Abd Kadir


.


Diceritakan pada perjumpaan keramat itu, Syeikh Osman telah menggenggam segumpal tahi besi dan di jampi pada besi tersebut serta di pintal pintal kedua tapak tangannya bertaburan cincin jatuh yang dinamakan cincin Lahit. Maka semua tentera fisabililah memakai cincin tersebut sebagai symbol semangat perjuangan. Maka Tok Janggut memulakan wirid Kaf 40 bersama beberapa ratus tentera fisabilillah yang terpilih sahaja pergi berjuang kerana tidak mahu terlalu ramai dan akan memberi kesukaran dan mudah di hidu oleh musuh.

Setelah berbulan lamanya pergi berjuang, akhirnya mereka pulang dan ada yang menceritakan detik ngeri pertempuran dengan musuh. Ada yang memberitahu pengalaman bertempur sama seperti menebas pokok tebu kerana terlalu ramai musuh dan dengan pertolongan allah, tentera fisabilillah yang diketuai oleh Tok Janggut telah berjaya menghapuskan segala rintangan. Namun Th Hj Sulung tidak jua ditemui.

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...