Ahad, 27 Mac 2011

Kebangkitan Panji panji titam di akhir zaman.


2011masihi merupakan satu jangkamasa yang terakhir dalam kehidupan ini sebelum 2012 menjelma tiba. Sedar atau tidak dunia ini telah lama terujud ibarat sebuah kota tegap berdiri yang akhirnya berubah menjadi seperti Kelly castle( batu Gajah), A farmosa(melaka), Menara condong(teluk intan. Banggunan yang suatu ketika gah berdiri dengan fungsinya sebagai tempat yang sangat penting dan akhirnya pudar, layu,tandus tiada dipedulikan lagi.Begitu juga dunia yang kini sangat tua, sudar uzur, lapuk dan menuggu masa untuk lerai, punah, binasa dan hancur. Ini Kerana setiap yang baharu itu pasti akan binasa.Dunia bukan bersifat baka' yakni kekal sebagaimana zat allah yang baka' yakni kekal selamanya.571masihi merupakan tahun kelahiran baginda junjungan besar Nabi dan rasul uhammad S.a.w. 1440 tahun merupakan satu jangkamasa baginda meninggalkan kita umatnya yang telah sempurna menerima risalah ilahi. Kita hingga kini masih lagi ujud dengan memegang islam sebagai panduan hidup, islam sebagai pegangan aqidah, islam sebagai agama agung yang wajib dipertahankan kesuciannya hingga kepenghujung umur dunia.



Hari ini apabila kita berbicara mengenai islam....terbelit beribu permasalahan dilangit biru, terpaku seribu persoalan dalam kotak minda umat islam yang masih belum dapat diuraikan dari belitan musuh agama dan masih belum dapat dicabut panahan penjajahan minda dari musuh agama di segenap negara islam di dunia yang akan binasa ini.



Sebagai umat islam yang hidup di negara malaysia ini...yang masih mengucap dua kalimah shahadah, yang masih berpeluang menghirup udara segar dari belantara di banjaran titiwangsa. Sujud dan shukur kita kehadrat ilahi kerana masih berpeluang, masih bebas, masih sempat dan masih boleh mengamal dan mempraktikkan islam dalam kehidupan harian tanpa sekatan, tanpa ancaman dan tanpa paksaan dari mana mana musuh agama di dunia ini. Kesempatan ini sebenarnya wajib kita ambil, wajib kita gunakan sepenuh penuhnya untuk memperkukuhkan aqidah, memperkuankan keimanan, memperluaskan syiar islamiah khususnya kepada semua umat islam dalam negara kita. Jika kita buka minda, buka mata melihat saudara seagama kita yang mengucap dua kalimah shahadah yang masa sama sujd dan sembah kepada allah, kita lihat saudara di palastin, seluruh dunia tahu kehancuran saudara kita, keruntuhan pemerintahan islam, kedaifan yang melarat hingga berlakunya kebuluran, penyakit dan wabak seperti penyakit taun, kusta dan sebgainya. Pembunuhan kejam dan tiada berperikemanusiaan, kanak kanak di sembelih, wanita di rogol dan di sula, kaum lelaki di bunuh kejam, di penggal leher di hadapan sanak saudara.Perkara ini berlaku terlalu baru dan sangant hampir dengan kita. Krtika kita sedang nyenyak tidur di atas tilam yang hempuk, ketika itu mereka di bedil dengan roket roket yahudi laknatullah. Ketika kita sedang enak menikmati kopi dan teh tarik di depan tv, ketika itu kita dapat menyaksikan kanak kanak berterpiaran lari menyelamatkan diri. sesekali kita melihat bertaduran mayat di tepi tepi jalan, di seret seperti bangkai kambing, di sembelih seperti seekor kibas. Masyaallah...apakah ini suatu petanda dunia akan kiamat?


Di waktu kita asyik membangunkan negara, mencari pelaburan untuk kemajuan, memberi subsidi untuk kebajikan rakyat, menganjurkan pelbagai program untuk perpaduan dan kemakmuran.....Di waktu yang sama, saudara seagama kita di Afganistan, di Mesir, di somalia, di sudan di pakistan di iraq, di syria, di indonesia, do selatan thai asyik mempertahankan negara dari serangan serangan musuh islam yahudi laknatullah dan kuncu kuncunya. siang malam senantiasa berwaspada khuatiri bom bom, peasawat udara musuh yang tidak pernah jemu mengintai dan menunggu saat saat kealpaan mereka.


Hampir keseluruhan negara islam telah tunduk dan takut kepada musuh musuhnya. Ya allah, apakah ini satu petanda kebangkitan islam yang dijanjikan?

Sabtu, 26 Mac 2011

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Tg Rambai 2011


Tarikh : 25 Mac 2011
Tempat : Dewan Orang Ramai Tg rambai
Masa : 3.00-5.00 ptg.
Kehadiran : 58 ORANG

Pemerhati :En Mohamad bin Wahab







Isnin, 21 Mac 2011

Mesra Wakil Rakyat Di Tg Rambai


Sumbangan Yb kepada OKU Tg Rambai...


YB Mizi dan YB Shamsul meluangkan masa menziarahi mantan ketua kpg Tg Rambai ketiga Tn Hj Abd Rasad Mat Ali.


Tak ketinggalan YB Menziarahi Mantan ketua Kpg Tg Rambai kedua Tn Hj Mohd Noor bin Abd Rahman.


Yb Turun Padang...Yb Pak Toh dan Yb Shamsul....Tahniah...



Majlis perasmian Kelab Silat tg Rambai.


Yb Pak Toh Merasmikan program Tadarus Al Quran di Masjid Tg Rambai.


Ucapan bernas oleh Yb Sarani mohamad.


Ucapan YB Tarmizi Idris.

Ahad, 13 Mac 2011

Bacaan Solawat, Yassin dan Tahlil di rumah Mak yan...


Tarikh : 12/ 03/2011
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Rumah Makyan

Tetamu : semua ahli masjid dan jiran sekampung 100 orang

SUPER 2011



Misi membawa pulang 5 pingat Emas di kejohanan super sukan perak 2011.


Acara : Silat Olahraga(Tanding)

Pengurus/ Guru latih : Omar Fazilah bin Mohamad



Guru Latih : Adimira bin Ali

Juru latih : Muhd Syarif bin Amran

Jurulatih : Shahrul Affandi bin Muhd Azaman



Atlit : Muhd hamizan bin Sharpuddin
: Khairul Anuar bin muhd Kassim




: Mohd Noor bin Othman
: Abd Hadi bin Abd samad


: Muhd shahir bin Omar

Tempat : Sek. men Sain Sultan Azlan Shah Taiping Perak.

Selasa, 1 Mac 2011

Islam dan politik.


Assalamualaikum,salam perpaduan, salam ukhwah dan salam kekabaikan untuk semua khusus kepada para pembaca blog tanjungrambai.Terlebih dahulu jutaan kemaafanku pinta andai coretan ini bisa mengguris hati dan perasaan serta menaikkan kemarahan tuan puan.Andai ada kecompangan serta kekilafan, pohon agar ditunjuk ajar semoga yang keruh akan jernih yang pudar kembali bersinar.


Tulisanku pada kali ini sedikit berkisar kepada situasi semasa yang tanpa kita sedar telah membelenggu kotak pemikiran serta lubuk sanubari kita umat islam dewasa ini khususnya bangsa melayu bangsaku yang amatku cintai.


Topik perbincangan pada kali ini berkisar kepada topik hangat yang menjadi sebahagian daripada prinsip serta tidak keterlaluan jika dikatakan pegangan akidah sesetengah kelompok masyarakat melayu hari ini.Islam sekular?? ramai yang lantang bersuara mengatakan malaysia sebuah kerajaan sekular. Kerajaan yang pada hemat mereka mengasingkan agama dari pemerintahan. Pendek kata, pemerintah kerajaan di malaysia mengamalkan dasar pemerintahan yang mengetepikan agama. Ini antara tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan malaysia yang diperintah oleh orang melayu hari ini.

Ramai yang bersependapat dengan pendapat ini, dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan tuduhan ini. Sipenuduh lantang bersuara dengan menunjukkan bukti dan contoh contoh mereka. Tapi amat malang sekali yang kena tuduh tidak ramai yang bangun mempertahankan maruah diri apabila dicemari dengan tuduhan ini. Hari ini golongan pemerintah, golongan ulamak sudah tidak lagi dihormati kerana masyarakat sudah mual dan jijik melihat senario politik yang hampir dijajahi oleh sesetengah kumpulan ulamak hipokrit dan ulama fasik. Sepatutnya ulamak memainkan peranannya dalam membantu membimbing barisan umarak yakni pemerintah memacu pemerintaham kearah landasan yang betul sesuai dengan ajaran islam yang berpandukan al quran dan hadis.


Mereka melabelkan malaysia sebagai kerajaan islam sekular sedangkan mereka tidak sedikitpun memberi penjelasan akan kebenaran dari kenyataan ini. Yang dikatakan sekular itu ialah mengagihan kuasa diantara kumpulan roman katolik kumpulan kristian ortodok yang mengamalkan pemerintahan berteraskan fahaman kitab lama mereka dengan kumpulan protestan yang mengasingkan fahaman agama semata mata memenuhi tuntutan duniawi.Inilah yang dikatakan sekular. Fahaman yang diamalkan oleh orang kristian sejak dahulu kala dan tiada kaitan langsung dengan corak pemerintahan kerajaan islam. apa yang diajar dalam islam sekiranya seseuatu pemerintah itu zalaim, maka sekiranya berkuasa hendaklah ditegur dengan lisani kearah kebaikan dan sekiranya tiada iradat, maka memadailah ditasdik kebencian dalam hati bukan dengan cara memberontak dan mencetuskan kekacauan serta huru hara yang akan menyebabkan pertumpahan darah dan yang paling bahaya mengundang kemasukan musuh agama wanauzubillah. Dalam kontek negara kita malaysia yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan fahaman agama, maka amat perlu sesuatu pemerintah itu menjalankan tugas dengan adil dan saksama dengan tidak melakukan penindasan kepada mana mana kaum selain dari melayu yang beragama islam.

Alhamdulillah hingga ke hari ini pihak pemerintah negara telah berjaya menjalankan tugas ini dengan sebaiknya kerana tidak terjadinya penentangan penentangan dari masyarakat yang tidak berpuas hati kerana ditindas, kebuluran, miskin dan tersiksa. Yang ada di malaysia hanyalah siri siri penentangan merebut kuasa, gelaran, kekayaaan dan pangkat.Selepas kewafatan baginda junjungan besar Muhammad SAW, pemerintahan umat telah dipikul oleh Khlifah Ar Rashidin yang empat dan mereka ini merupakan antara 10 orang sahabat yang telah dijamin oleh baginda ahli syurga tanpa hisab.Namun...sebaik kewafatan baginda junjungan besar, telah ada siri siri penentangan kepada khalifah seperti golongan tidak mahu membayar zakat, golongan yang mengaku nabi dan yang paling sedih ialah perpecaahan umat islam melalui beberapa fahaman seperti syiah, khawarij dan beberapa lagi.Keadaan ini berlaku kerana kita tidak berpegang teguh kepada sunnah baginda yang berkali kali bersabda sekiranya berlakunya perselisihan antara kamu, maka kembalilah kepada al Quran dan sunnahku. Perpecahan ini berlarutan hingga ke hari kiamat.Antara doa yang baginda pohon kepada allah semasa hayatnya ialah pertama baginda mohon umatnya tidak akan terus ditindas oleh kaum yahudi. Doa ini telah diperkenankan oleh allah. Kedua, baginda mohon supaya tidak diturunkan bala keatas umatnya secara terang terang. Ini juga telah diperkenan oleh allah. Lalu doa yang ketiga baginda mohon supaya umatnya tidak berpecah belah dan berselisih sesama sendiri, dan doa ini tidak diperkenan oleh allah. Lalu baginda menangis sehingga basah janggut baginda. Maka melihat senario pada hari ini, telah berlaku banyak perpecahan dikalangan umat islam di seluruh dunia. Maka apabila umat islam tidak lagi bersatu padu maka sedikit demi sedikit kemurkaan allah turun menimpa umat islam samalah yang terjadi di palastin, afganistan, mesir, libya,somalia, bosnia, dan sebagainya. Hari ini dunia seperti menuduh umat islam sebagai rasis dan ganas. Berapa ramaikah ulamak ulamak kita yang mengaku membela islam tampil dengan memberi penjelasan yang bersungguh sungguh kepada dunia? paling tidak memberi penjelasan kepada umat islam dalam negara kita? Yang pasti....ramai ulamak akhir zaman di negara kita lebih suka berpolitik berceramah sana sini memberukkan kerajaan islam yang tanpa mereka sedar kerajaan islam di malaysia ini sebenarnya telah menjalankan tugas sebagai khlifah seperti yang telah tertulis di luh mahfutz.


Maka timbul pula isu Assabiah. Kerajaan mengamalkan prinsip dan amalan asabiah. Dulu mereka berkata, " barang siapa memilih sahabat diantara kamu selain dari islam...maka kafirlah kamu seperti rakan kamu yang bukan beragama islam itu. Maka di era tahun 80an, berlaku kepincangan akidah yang sangat dasyat dikalangan melayu. Ada yang bersembahyang satu masjid dua imam, satu kampung dua surau. Puak itu tidak boleh makan kenduri orang kerajaan kerana haram memakan masakan orang kafir. Masya allah...peristiwa ini tidak boleh saya lupakan begitu saja. Arwah datuk saya seorang imam yang sama sama belajar dengan ulamak terkenal Syeikh Hj Idris marbawi, pada satu masa telah dilabelkan sebagai kafir kerana menyokong kerajaan dalam pilihan raya.Begitu juga peristiwa hitam memali.....siapa yang harus dipersalahkan dalam soal ini???? siapakah yang mengeluarkan fatwa yang mengikut hukum akal dan nafsu suatu masa dulu???? Maka jawapan sudah ada di kotak pemikiran kita cuma kalau yang berkarat, sampai matipun tetap dengan fatwa karut tuan guru mereka. Maka kerajaan dilabelkan assabiah kerana dalam semua urusan di malaysia melebihkan orang melayu. Kemasukan universiti, Pembelian rumah, pemilkan tanah dan sebagainya...semua mengutamakan melayu. Kerajaan suatu ketika melindungi melayu dengan memberi tanah kepada peneroka felda.Pelbagai lagi tohmahan dan tuduhan yang mereka lemparkan. Namun kerajaan tetap cool dan tidak melatah dengan omongan berbaur hasutan ini.Dalam kontek ini saya melihat begini...Kaum manakah yang mula mula membangunkan tanah melayu??? Kaum manakah yang telah mencipta sejarah ketamdunan bangsa setanding bangsa bangsa seperti arab, cina dan sebagainya di bumi ini??? Kaum manakah yang bermati matian menghalau penjajah portugis, belanda, inggeris keluar terus dari menjadi penjajah??? Pahlawan manakah yang bernama Maharaja lela? Tok Janggut? Datok Bahaman? Dol Said? Abd Rahman Limbung? Mat Salleh? Rentap? Mat Kilau? Tok Gajah? Jadi...jika jawapan sudah berada difikiran maka jawablah dengan tepat. Malah kaum arab sendiri mengutamakan bangsa quraish dalam segala hal. Contoh mudah cuba tanya tok arab sekarang?? siapa yang berhak menjaga kunci pintu kaabah? dari zaman baginda rasulullah hingga kehari ini, penjaga kunci pintu kaabah tidak boleh diberi kepada selain dari bangsa quraish.


Yang assabiah sebenarnya ialah golongan yang menjaga serta mempertahankan sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan mereka. Seperti Mempertahankan pesalah liwat, mempertahankan orang bogel,Bila orang makan rasuah....haram....kalau dia makan...itu hadiah....Kalau dulu kerajaan kawan dengan kafir...orang yang sokong kerajaan kafir...tapi bila sekarang dia kawan dengan kafir.....itu tak apa untuk kebaikan...lebih baik kawan kafir dari islam zalim....Fatwa gila meroyan, nyayuk dan inilah yang dikatan assabiah.