Rabu, 25 Mei 2011

Kursus Baik Pulih Telefon bimbit

Tarikh : 21,22/05/2011
Tempat : kolej Komuniti Gerik
anjuran : Majlis belia dawerah Gerik
Persatuan Belia Tg Rambai
persatuan Belia anak Tanjung
kolej Komuniti Gerik.



Jamuan Belia Tg Rambai 2011....


Tarikh : 19 Mei 2011
Tempat : Dor
Masa : selepas Solat isyak

Objektif : Merapatkan silaturrahaim sasama belia.
Pengisian : Ucapan Pengerusi Persatuan
: Bacaan Doa Selamat











Hari belia Negara peringkat Negeri Perak


Tarikh : 13,14 mei 2011
Tempat : Parit Buntar Kerian


Penyertaan Belia Tg Rambai :Pertandingan kompang peringkat Negeri.

Senarai Ahli Yh Mewakili Belia Tg Rambai:

1. Bob
2. Paktam
3. Sarip
4. Fadirul
5. Ikhwan
6. Ibrahim
7. Nazrol
8. Aini
9. Anum
10. Dikna
11. Fifi
12. Hidayah
13. Mimi
14. Faizal
15. Khairul
16. Fadil omar




























Rabu, 11 Mei 2011

Kebangkitan Melayu dan Kebimbangan Yahudi Episod 2.



Kebangkitan melayu dan kebimbangan yahudi

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ukhwah dan salam satu Malaysia. Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca blog sekalian untuk merenung sejenak akan pre pentingnya kita sebagai bangsa melayu satu satunya di muka bumi ini yang telah berjaya mencipta satu ketamadunan yang tinggi dan membangun dari segala sudut dan aspek. Walaubagaimanapun, bangsa ini suatu masa dahulu pernah menjadi sebuah empayar penakluk yang sangat hebat di benua asia sehingga pernah suatu ketika pernah berhasrat untuk menakluki kerajaan negara cina. Melaka pernah mencipta sejarah perabadan dunia apabila telah membina satu empayar kuasa besar dan pernah menghantar utusan ke negara cina untuk meminang puteri hang Li Po. Malah dalam siri peminangan itu, maharaja cina telah akur kepada lamaran sultan melaka dan menyerahkan puteri kesayangan mereka bersama lima ratus orang dayang dayang istana cina ke melaka dan mereka telah menetap di bukit cina melaka hingga ke hari ini. Pada saat itulah ujudnya kaum baba dan nyonya di melaka hasil dari perkahwinan orang melayu dengan dayang dayang istana dari cina.

Dalam episod pada kali ini saya ingin membawa tuan dan puan melihat dari sudut yang lebih tinggi di atas glob dunia. Malaysia merupakan satu satunya negara tunggal dan kekal diperintah oleh bangsanya sendiri walaupun pernah empat ratus tahun lebih dijajah oleh pihak barat. Namun melayu islam tetap bertahan dan mampu mengusir pihak penjajah barat yang begitu kuat berusaha menjadikan tanah melayu ini sebahagian dari tanah jajahan mereka. Walaupun pelbagai usaha mereka lakukan seperti usaha mereka untuk mengkristiankan orang melayu dengan cara menyampaikan dakwah dakwah hingga ke seluruh pelusuk tanah air, namun segala usaha mereka gagal kerana melayu telah berpegang teguh kepada aqidah islamiah yang di bawa melalui mubaligh dan pedagang islam dari tanah arab. Malaysia hingga ke hari ini tetap teguh berdiri di bawah pemerintahan orang melayu. Jiran kita indonesia walaupun majoriti penduduknya berbangsa melayu dan beragama islam, namun mereka telah kehilangan sebutir mutiara dalam ruh mereka kerana tidak dapat menyelamatkan negara mereka dari dihancurkan musuh sehinggalah kekal hingga kehari ini sebagai sebuah negara republik. Cuba kita fikirkan di sekililing kita, singapore, indonesia, thailand, kemboja, loas, australia, japan, korea dan semua negara asia ini merupakan bukan negara islam kecuali malaysia dan brunai.(brunai sebahagian dari kita melayu islam). Sebuah negara yang tiba tiba muncul ditengah- tengah berpuluh negara bukan islam. Dalam masa yang sama kemunculan yahudi di israil yang menuntut sebuah negara juga muncul ditengah –tengah berpuluh negara islam. Israil ditakdirkan muncul di kelilingi negara negara islam. Terdapat persaam dan perbezaan antara malaysia dan israil dalam erti kata yang akan saya gambarkan disini. Persamaannya ialah kemunculan kedua dua negara di tengah -tengah negara yang bukan seagama dan sealiran dengannya. Kedua duan negara ini mempunyai pengaruh yang boleh mempengaruhi negara negara sekitarnya.Perbezaannya pula ialah, rakyat dan bangsa israil ini bersatupadu menentang lawannya dan berjuang untuk menubuhkan kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh dunia. Manakala masyarakat dan bangsa melayu pada hari ini telah berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri demi untuk mendapat tempat sebagai pemimpin negara dan perjuangan melayu semata mata hendak menjatuhkan pemerintah dan kerajaan melayu itu sendiri.


Dalam konteks ini saya ingin berkongsi atas seorang melayu islam akan pentingnya kita sebagai anak bangsa untuk bersama sama mempertahankan pemerintah melayu dari dikuasai oleh kerajaan bukan melayu yang pastinya bukan islam. Dari sudut tektikal, Kerajaan hari ini sangat bijak menyusun strategi untuk meneruskan pemerintahan. Walaupun dalam masa yang sama malaysia ini juga didiami oleh bangsa lain seperti cina dan india. Malah hingga ke hari ini melayu sebagai pemerintah tidak sekali kali pernah menindas bangsa bangsa lain malah setiap hak hak mereka kita pertahankan. Perjuangan kerajaan melayu dari dahulu hingga ke hari ini memperjuangkan hak hak yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan langsung tidak pernah menidakkan hak bangsa lain. Namun terdapat satu kumpulan melayu pada hari ini bukan sahaja mempertikaikan hak sendiri, malah dengan dayusnya telah berusaha menghapuskan hak hak hakiki melayu dengan menabur segala fitnah dengan menakut- nakutkan bangsa lain melalui hasutan dan mereka sebuah drama misteri yang sangat gerun dan seram.

Mari kita melihat dari sudut yang lebih luas dan jangan kita melihat melalui mata kasar. Kita seharusnya melihat lebih jauh dari sudut kalbu menerusi mata hati dengan memejamkan mata, muhasabah diri dan merenung kembali akan wasiat wasiat serta hadis hadisnya untuk sama sama kita ikuti. Malaysia sebuah negara yang pada hari ini bukan sahaja negara islam yang muncul di tengah negara bukan islam malah dalam setiap gerak geri dan tindak tanduk kita telah dipantau oleh seluruh negara baik dari segi kepimpinan, dari segi perdagangan ekonomi malah dari sudut kemajuan menyiarkan syariat islam di muka bumi. Dalam satu persidangan pemimpin pemimpin dunia baru baru ini pertemuan dengan negara barat yang diketuai oleh amerika yang pada hari ini dianggap sebagai sebuah negara paling maju dan kuasa besar dunia. Dalam persidangan itu, pemimpin dari negara kita yang berbangsa melayu telah terpilih antara dua tokoh dari asia untuk bersemuka dengan presiden amerika. Ini merupakan satu signal kepada dunia bangsa melayu hari ini bukan sahaja bisa bersuara di pentas dunia, malah sudah mampu memberi beberapa panduan dan tips sebagai ikutan seluruh negara dia pentas dunia ini.

Dalam konteks ini jangan kita lupa akan hadis baginda junjungan besar muhammad S.A.W dalam sabdanya; Dari Abdullah bin Ma'ud dia berkata:'Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku bertanya,'Mengapa kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?"


Baginda pun menjawab,"Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.

Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi." - riwayat Ibnu Majah.

Saya meraya kepada semua bangsa melayu pada hari ini supaya janganlah kita berpecah lagi, rapatkan saf, luruskan barisan, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kembali kepada alhi sunnah waljamaah, marilah kita sama sama berganding bahu memajukan tanah air tercinta, marilah kita sama sama memastikan melayu islam sebagai pemerintah di bumi ini.Kembali kepada yang asas, yang fardu yang rukun dan yang wajib ke atas kita sekalian umat islam.Amin.

Ahad, 8 Mei 2011

Mesyuarat MBD kali Ke 2 2011.



Tahniah kepada AJK MBD yang telah mengadakan mesyuarat kali kedua di Rumah Rehat Gerik...antara program yang di bahaskan ialah,

1. program sambutan hari belia peringkat negeri perak pada 14 dan 15 mei 2011. Antara penglibatan belia ialah
1.1 Pertandingan kompang oleh persatuan belia Tg Rambai
1.2 Sepak raga ratus oleh belia anak tanjung kala
1.3 Futsal oleh team belia kolej komuniti Gerik.
2. Kussus membaik pulih Hand phone diserahkan kpd persatuan belia kembara padang kunyit dan persatuan belia kpg Alai.
Tarikh : 18, 19 Mei 2011
3. Kursus sehari pembudayaan usahawan melalui koperasi di serah kepada persatuan belia Kpg Tg Rambai.
Tarikh : 30 Mei 2011
4. Kursus Kemahiran membuat almari oleh Persatuan belia Ulu Kenderong.
Tarikh : june 2011
5. Kursus Pengurusan Acara oleh AJK MBD Gerik.
Tarikh : june 2011.

6. Program CAT( Crime Awarenesess Team) Kelab Sukarelawan Belia di bawah KBS dan PDRM, JPAM, AADK dan RELA.