Rabu, 2 Februari 2011

Perkembangan Politik di Tg Rambai.


myspace glitters



Perkembangan politik di Tanjung rambai.

Tg Rambai merupakan sebuah kampung yang telah dibangunkan oleh kaum melayu berketurunan kerinchi kira kira pada tahun 1850. Antara generasi pertama yang hadir membuka perkampungan ini termasuklah Rio Mat Nam, Rio bayan Putih yang datang dari Kg Kemantan, sungai penuh, kerinchi jambi indonesia dan beberapa orang lagi. Kemudian diteruskan oleh anak anak mereka seperti Tok Janggut, Hj Majid, Hj Mat Kari, Hj Mat Tahir, Hj Katid Encot, Hj Hamzah, Hj Jamil, Hj Makkam, Hj Mat Ali, Hj Muid dan beberapa orang lagi.

Kedatangan orang kerinchi ke gerik adalah sebelum pendudukan jepun di tanah melayu. Orang kerinchi telah memulakan sebuah kehidupan baru dengan melantik Hj Abd Razak( Tok Janggut @ Paksu Deraja) sebagai ketua kampung pertama dan diiktiraf oleh Tn Barkely( DO ) pertama gerik.Pada masa itu orang kerinchi tidak memihak kepada mana mana fahaman politik di tanah melayu. Fahaman mereka pada ketika itu ialah menyokong pembebasan Aceh merdeka.

Bermula politik di Tg Rambai apabila parti politik PAS mula mengenali tokoh tokoh hebat Tg Rambai seperti Tok Janggut dan beberapa orang lagi yang amat terkenal dengan ketinggian ilmu tasauwuf dan fiqah. Kesempatan ini diambil baik oleh PAS untuk menanam fahaman politik di Tg Rambai yang pada hemat mereka merupakan satu platform untuk melonjak nama mereka di hulu perak. Hakikat perjuangan mereka menjadi rialiti apabila Tg Rambai pada satu ketika dahulu telah menjadi kubu kuat pas di daerah gerik.Kebangkitan politik pas di Tg Rambai telah membuka mata ramai pemimpin Pas di peringkat atasan. Mengikut rekod yang telah dinyatakan oleh orang lama yang masih tinggal di tg Rambai seperti Pak long Hamid, Pemimpin PAS peringkat negeri perak acap kali datang memberi ceramah di Tg Rambai. Setiausaha PAS Perak,? Malah ketua Pemuda PAS Malaysiapun dinyatakan pernah datang ke Tg Rambai untuk memberi ceramah?.( Markas PAS Tg Rambai di Rumah Tok janggut).Antara tokoh ulamak Pas termasuklah Tn Hj Mat Arip dan sebagainya dan di beritakan Tn Guru Abd Hadipun pernah datang ke Tg Rambai? Pendek kata 95 % penduduk kg Tg Rambai ketika itu adalah pengikut Pas.

Bermulanya kedatangan UMNO di Tg Rambai apabila kepimpinan PAS bahagian gerik telah menyedari akan kekuatan dan kebangkitan PAS di Tg Rambai. Menurut cerita, di zaman YAB Tan sri ghazali jawi Menjadi ketua pemuda, beliau pernah berusaha masuk ke kg Tg Rambai untuk mengadakan ceramah. Pada percubaan pertama beliau menemui kegagalan kerana di sabotaj oleh pemuda PAS Tg Rambai dengan menebang pokok bagi menghalang laluan tan sri ghalzali  ke tempat ceramah. Namun semangat Tan sri ghazali tidak sekali kali pernah luntur. Pada kali ini beliau telah pergi bertemu dengan tok Janggut dan mohon kerjasama tok janggut untuk memberi peluang sekali sahaja memberi ceramah demi untuk perpaduan melayu. Tok janggut seorang pejuang bangsa dan agama tulen dan bukan fanatik kepada politik akhirnya berjanji memberi peluang kepada Tan sri ghazali masuk dan memberi ceramah. Pada malam tersebut, tok janggut telah dijemput memberi ucapan sepatah dua oleh pengerusi. Kemunculan tok janggut memberi amaran kepada penduduk supaya jangan membuat kecoh telah memberi ruang kepada Tan sri Ghazali untuk menyedarkan kira kira 3000 orang yang menghadiri ceramah dari seluruh pelusuk kampung berhampiran.

Bermula detik itulah UMNO mula bertapak di Tg Rambai kerana kebanyakan alim terkenal seperti Tn Hj Abd Karim( Imam Masjid tg Rambai), Tn Hj Zainuddin( imam kedua Masjid tg Rambai) telah menyertai UMNO secara terbuka.Diberitakan Imam Abd Karim merupakan sahabat Karib Idris Marbawi dan Tn imam Idris marbawi  pernah satu ketika datang memberi ceramah ugama di surau kg Tg Rambai. Ini memberi keyakinan kuat kepada penduduk kg Tg Rambai yang selama ini menganggap orang UMNO kafir dan sudah tidak percaya lagi kepada PAS.

Mengikut bancian terkini 2010 UMNO di Tg Rambai kira kira 85% dan Pas Cuma tinggal 15% yang kebanyakannya merupakan orang luar yang berkahwin dengan orang Tg Rambai. Kebangkitan UMNO di Tg Rambai telah di terjemah dengan perlantikan mantan wakil rakyat ADUN Temengor YB Dato Mokhtarudin bin Mat kaya anak kelahiran Tg rambai dan perlantikan Tn hj Yahya mat Kaya sebagai Ahli Majlis daerah gerik merupakan satu bukti dan penghormatan kepimpinan atasan terhadap sumbangan penduduk Kg Tg Rambai selama ini yang membantu memantapkan UMNO di daerah gerik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...