Sabtu, 12 Februari 2011
SUNGAI LUBUK @ LUBUK CINA AH HAM DAN TOK JANGGUT
SUNGAI LUBUK @ LUBUK CINA AH HAM DAN TOK JANGGUT
Sebut saja sungai lubuk atau lubuk cina ah ham, semua penduduk kampung Tg rambai akan terhenti seketika. Ini kerana terdapat pelbagai peristiwa yang telah berlaku di lubuk tersebut. Sungai lubuk ini terletak di sungai kulim yang merentasi tengah tengah kampung tanjung rambai dan selekoh laluannya sangat tajam menyebabkan arus sungai akan berpusing sebelum melepasi selekoh tersebut. Keadaan ini akan berlaku sekiranya berlakunya hujan lebat dan apabila paras air melimpah, akan terjadilah pusaran air yang amat menggerunkan. Sungai lubuk juga akan menjadi tumpuan kaki pancing apabila hujan reda dan selalunya ikan akan banyak berada di lubuk itu.
Sejarah sungai lubuk kini menjadi kenangan bagi sesetengah penduduk kampung dan tidak kurang juga yang masih trauma akibat penangan sungai lubuk itu. Pernah berlaku satu peristiwa seorang penduduk yang bernama din( bukan nama sebenar) sedang asik mencari memancing ikan di lubuk tersebut tiba tiba ternampak sekumpulan ikan baung yang sangat besar. Keghairahan ikan baung itu timbul kepermukaan air menyebabkan beliau pulang kerumah dan mengambil senapang. Dengan menggunakan peluru penabur, beliau telah melepaskan beberapa das tembakan kearah kumpulan ikan baung tersebut. Namun yang pasti tidak seekorpun ikan baung yang terkena tembakan, malah hilang begitu sahaja. Tiga hari berikutnya heboh orang mengatakan din telah mati dirumahnya dengan keadaan misteri. Terdapat beberapa kesan tembakan peluru penabur diseluruh tubuh badan din. Ini menjadi tanda tanya seluruh penduduk selama ini din tiada musuh dan sangat baik dengan penduduk kampung. Berita kematian din telah diketahui tok janggut dan beliau telah meramalkan sebelum kematian din mungkin din ada melakukan sesuatu perkara di sungai lubuk. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan seorang saksi yang melihat din membawa senapang menuju ke sungai lubuk.
Peristiwa kedua menimpa keatas Mat( bukan nama sebenar) semasa paras air sungai naik, beliau bersama abangnya Ya( bukan nama sebenar) ketika sedang berada di tepian sungai, tiba tiba ternampak sebuah peti karun yang sangat besar hanyut. Mereka terus mengikut arus sungai sehingga peti tersebut terhenti di sungai lubuk dan berpusing pusing di tengah arus pusing. Ya menasihati mat supaya pulang sahaja kerana khuatir bukan peti karun dan mungkin jelmaan jin. Namun mat seperti kerasukan terus meluru ke sungai lubuk. Dengan pantas ya telah memeluk erat tubuh adiknya dan melaungkan azan dengan kuat yang menyebabkan mat terus tersedar dan mereka terus lari pulang kerumah. Sampai dirumah, mat mengalami demam panas yang berpanjangan. Lalu bapa mereka memanggil tok janggut untuk dipulihkan semangat. Alhamdulillah mat akhirnya sembuh.
Satu lagi perkara aneh pernah berlaku di sungai lubuk menurut cerita orang tua, disungai lubuk terdapat sebatang pokok merbau yang telah tumbang di tebang tok janggut dan terbenam kedalam sungai lubuk. Kedalaman sungai lubuk pada ketika itu pernah diuji oleh tok janggut. Beliau telah menebang sepohon buluh minyak tua yang panjangnya melebihi 50 meter, lalu diturunkan ke dasar sungai lubuk namun tidaklah dapat buluh tersebut menyinggah dasarnya. Lalu diambil sebuku benang jawa (benang penyukat dasar laut) sebesar penumbuk sulung lalu diikat dengan ladung emas dan dicampakkan kedalam sungai lubuk tersebut. Setelah hampir 10 minit benangpun habis dan ladung tersebut masih belum dapat mencium dasar sungai lubuk tersebut. Keadaan ini menyebabkan tok janggut merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu beliau pulang dan membuat beberapa disiplin dalam amalan ilmu kebatinannya. Menurut tok janggut, di bawah dasar sungai lubuk terdapat satu terowong sebesar pokok rumbia yang lubangnya menembusi laut cina selatan. Kenyataan ini telah diperkuatkan dengan kemunculan seekor ular gergasi yang di panggil Dabu oleh penduduk setempat. Ular Dabu diberitakan pernah beberapa kali turun menyusuri pokok merbau yang tumbang di situ untuk meminum air. Menurut penduduk yang pernah melihat kejadian tersebut, Ular dabu ketika menyusuri pokok merbau sebelum meminum air sungai, ia akan mengeluarkan bantal emas sebagai pelapik tengkoknya sebelum meminum air. Keadaan sekeliling sungai akan menjadi terang berkilauan seperti kilauan emas. Menurut beberapa penduduk, sesiapa yang mempunyai kehandalan tertentu sekiranya berani, bolehlah pergi mencuri bantal emas itu. Tetapi perlu ada kepakaran tertentu.Namun yang pasti tok janggut sangat melarang keras perbuatan itu kerana tidak suka kepada penginayaan walaupun ular tersebut sejenis haiwan.
Satu lagi peristiwa semasa beberapa orang kanak kanak nakal pergi bermandi di sungai, tiba tiba terlintas dihati mereka keinginan untuk mandi di sungai lubuk walaupun seluruh penduduk telah melarang keras anak mereka pergi bermain dan mandi di sungai lubuk. Terdapat lebih kurang tujuh orang kanak kanak yang terdiri daripada lima lelaki dan dua orang perempuan. Ketika asyik leka mandi di situ, tiba tiba salah seorang dari mereka lina( bukan nama sebenar) telah menjerit meminta tolong kerana kakinya telah ditarik sesuatu seperti tangan berbulu. Melihat keadaan itu semua enam orang kawan cuba membantu dengan menarik beramai ramai tangan lina dengan sekuat hati. Namun usaha mereka gagal. Nasib baik kebetulan mak bidah(bukan nama sebenar) datang ke sungai untuk membasuh kain. Melihat keadaan kanak kanak yang cemas, mak bidah lantas meluru dan membantu menarik lina. Mak bidah menyuruh salah seorang dari mereka memanggil tok janggut. Dengan pantas tok janggut muncul dan melemparkan segumpal pasir kedalam sungai lubuk dan serta merta kaki lina terlepas dari genggaman tangan bulu. Menurut cerita, lina mengalami kemurungan yang agak lama dan tidak aktif seperti dahulu. Menurut cerita lagi, tangan bulu itu ialah penuggu tua yang telah diwasiatkan oleh penghulu jin yang telah dihalau oleh tok janggut sebelum berpindah ke hutan simpan air kelat.
Menurut beberapa orang penduduk juga, sungai lubuk pernah menjadi tempat pembuangan kepala mangsa pancung oleh pihak tentera jepun. Semasa kemaraan tentera jepun ke tanah melayu, ramai orang cina di bunuh dan di pancung. Ramai orang cina di daerah gerik telah di bunuh dan di pancung jepun dan mayat mereka akan dicampak jepun ke dalam sungai lubuk. Ini kerana semasa orang kerinchi membuka kampung Tg rambai, pernah seorang Tauke Balak dari Sungai siput yang di panggil Ah Ham oleh penduduk kampung membalak berhampiran kampung dan semua balaknya akan dihanyutkan ke dalam sungai kulim sebelum hanyut ke muara untuk di bawa ke sungai siput. Di sungai lubuk, kayu kayu balak Ah Ham selalu hilang walau telah dilepaskan dengan banyak oleh pekerjanya. Ini menjadi persoalan oleh Ah Ham dan pekerjanya.Akhirnya Ah Ham meminta tok janggut melihat mengapakah kejadian aneh ini selalu terjadi. Maka tok janggut dengan semangat satu malaysia mula melihat kembali apakah misteri di sebalik kehilangan kayu tersebut. Rupa rupanya terdapat sekumpulan jin afrid yang diperintahkan penghulunya untuk mencuri kayu kayu sebagai cukai laluan sungai lubuk. Tok janggut tersenyum lebar dan memberitahu Ah Ham supaya meminta menyembelih kerbau sebagai hadiah kepada penhulu jin ketika melalui sungai tersebut( Lawak Tok janggut). Lubang dimana kayu dicuri masih lagi terdapat hingga kini.
Tok janggut sebagai pahlawan melayu unggul telah mengambil inisiatif untuk memulihkan semangat penduduk dan melumpuhkan segala pengaruh jahat di sungai lubuk dengan melakukan sesuatu. Menurut penduduk, tok janggut dengan kehebatan ilmu batinnya telah mengambil segenggan tahi besi dan dijampinya lalu di campakkan kedalam dasar sungai lubuk dan dengan serta merta sungasi lubuk tersebut menjadi cetek hingga ke hari ini. Tiada lagi berlaku perkara perkara aneh sehingga kini kerana penunggu sungai telah diusir jauh ke laut cina. Begitulah seberapa ringkas sejarah sungai lubuk cina @ sungai lubuk yang sempat saya rakam melalui cerita lisan penduduk.Sekiranya tiada kebenaran, maka saya pohon beribu kemaafan dan keampunan. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
Assalamualaikum. Kali ini saya inign membawa satu sejarah yang ada kaitan dengan keturunan saya iaitu Dato Nakhoda Muhammad Taib seorang pem...
-
Assalamualaikum... Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak menulis artikel dalam blog ini...ini kerana admin tela...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan