Isnin, 14 Februari 2011
Antara sasterawan , bahasawan dan sejarawan.
salam maulidurrasul salam ukhwah perpaduan asas penyatuan ummah.selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad SAW, sanak saudara, para sahabat,golongan ulamak umarak seterusnya muslimin muslimat dan mukminin mukminat. Saya menulis bukan untuk piji pujian, jauh sekali untuk bermegah. Sekadar untuk berkongsi pandangan serta pengalaman walau secangkir cuma demi melihat sesuatu kebenaran.
bukan untuk menegak kebatilan bukan sekadar menimbul ketegangan.
salah dan silap harap diperbetulkan, kiranya kurang tolong tambahkan jika berlebih tolong kurangkan.
Antara topik yang nak saya bincangkan pada kali ini ialah persamaan dan perbezaan peranan dan tanggungjawab antara sasterawan,bahasawan dan sejarawan. Sekadar untuk memberi gambaran umum supaya peranan ketiga kumpulan profisional ini dapat digembeling demi mencapai suatu matlamat yang sudah pastinya memartabatkan bangsa. dibangku sekolah saya di bidang sastera. Saya mempelajari hikayat hang tuah dan sejarah melayu(STPM).semasa tingkatan satu hingga lima saya belajar sejarah dan tidak ketinggalan juga pelajaran bahasa.
Sekali dipikirkan pening juga nak dibeza. Sejarah merupakan satu peristiwa atau kejadian penting yang telah berlaku selepas sesuatu masa dan waktu.perkara yang tidak penting seperti minum kopi, lepak diwarung kopi, berjalan dengan menggunakan selipar, walaupun sudah berlaku tidak dianggap sebagai sejarah.Itu semua merupakan rutin harian yang telah berlaku sebagai disiplin seorang manusia. Yang dikatakan sejarah ialah berlaku peristiwa dan kejadian penting dalam diri kita seperti mengalami kemalangan, bergaduh, menerima anugerah dan sewajar dengannya. Itulah yang diklifisikasikan sebagai sejarah. dalam kontek negara kita malaysia, antara faktor penting untuk diklifisikasikan sebagai sejarah ialah,seperti peristiwa pembukaan negara bangsa, peristiwa kedatangan islam dan peristwa serta kejadian penting sebagai memartabatkan bangsa dan negara. Faktor faktor ini amat penting dikaji,dinilai dan disusun mengikut kepenting umum sesuai dan tepat dengan fakta dan bukti kukuh yang menyakinkan semua pihak. sekiranya sesuatu fakta dapat dipertikaikan dengan bukti baru yang lebih munasabah maka fakta lama tidak lagi dijadikan rujukan sejarah. Sekiranya sesuatu peristiwa tiadak dapat dibuktikan dengan bentuk nyata, maka pendekatan teori menjadi pilihan kedua yang sudah pastinya teori ini tidak dapat diklisifikasikan sebagai sejarah.
Dalam perbincangan ini suka saya membawa tugas dan peranan ketiga kumpulan profisional ini dalam keterlibatan umum bagi membantu memperkukuhkan sesuatu fakta supaya ia boleh dikategorikan sebagai sejarah.Eleman penting dalam proses pewartaan fakta termasuklah bahan , seperti artifak,monumen peninggalan atau kesan alami seperti radiokarbon dan DNA. Sebagai contoh dalam ekspidisi mengkaji kesan peninggalan kerajaan atlantis, antara elemen penting yang perlu diambil kira ialah bukti asas seperti puing puing dan sisa sisa batuan atau gas gas yang masih tinggal di sekitar kawasan berkenaan.
Dalam kontek pengkajian sejarah pahlawan bangsa yang unggul seperti Dato laksamana hang tuah yang sejak zaman berzaman diiktiraf sebagai seorang tokoh pahlawan melayu sejati. Hampir 600 tahun masyarakat melayu yang dahulunya terdiri daripada golongan cendiakawan sejagat, melayu yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan arab, kerajaan rom, kerajaan parsi,kerajaan keling, kerajaan siam, kerajaan cina dan sebagainya.Melalui bukti bertulis misalnya kerajaan melayu di Acheh suatu ketika dahulu pernah mengutus surat kepada kerajaan islam othmaniah di turki untuk memohon pohan kerajaan agung islam othmaniah membantu acheh dalam misi menjatuhkan penguasaan portugis dimelaka yang telah ditawan. Melaka yang suatu ketika dahulu sebagai sebuah empayar agung yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan dibawah naungannya seperti acheh, pasai, demak, riau dan sebagainya akhirnya jatuh ditangan portugis dan sejarah telah membuktikan kebangkitan kerajaan melayu seperti acheh,pasai,riau dan sebagainya bangun membantu melaka dan disokong dengan bukti melalui catatan surat cap mohor kerajaan othmaniah yang ,masih ada dalam simpanan kerajaan indinesia. Begitu juga kebangkitan panglima perang daeng lima bersaudara bersama bala tenteranaya mengepung disetiap penjuru tanah melayu bagi menyusun strategi merampas kembali melaka dari tangan portugis. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan risalah dan bukti awam bahawa kemunculan panglima daeng disetiap buah negeri seperti di kelantan, pahang,kedah dan johor. Kelima panglima dan laksamana daeng ini telah membuat satu strategi gerak gempur lima penjuru bagi melumpuhkan terus pengaruh portugis di melaka. Namun perancangan ini telah terbongkar hasil maklumat dari tali barut tanah air yang melaporkan kepada potugis.
Persoalan yang hendak saya bawa disini berkaitan sejarah pahlawan ulung dato Laksamana hang tuah yang telah dipertikaikan oleh beberapa orang pengkaji sejarah yang telah menjadi keresahan awam hingga kehari ini masih diperbahaskan dari mulut kemulut.Dalam kontek inilah perlunya ada kesepakatan antara pakar sastera, pakar sejarah dan pakar bahasa. Dalam kontek hang tuah yang didakwa sebagai cina ialtu hang too ah dan sahabatnya jee fat, lee kiew dan lee kir.
kita perlu mengkaji siapakah pengkaji yang terlibat dalam kesepakatan ini.adakah membabaitkan ketiga pakar ini dalam projek menggulingkan fakta 600 tahun pakar sejarah melayu lama.Kini muncul pula pakar pengkaji baru yang muncul setelah 600 tahun peristiwa itu berlaku. Sedangkan jarak penulis asal sejarah melayu dato paduka bendahara johor Tun Sri lanang dalam projek penulisannya berlaku ialah sekitar 100 tahun selepas zaman hang tuan jarak yang tidak begitu lama.Begitu juga dengan projek penulisan hikayat hang tuah oleh kassim ahmad berlaku lagi baru sekitar tahun 1900an.
Dalam kontek hang tuah yang dikatakan cina pertama faktor nama hang. 'Hang' sebernarnya merupakan satu nama sesebuah denasti bukan marga atau keluarga.tidak ada seorangpun tokoh dari cina yang memakai gelaran denasti 'hang' kerana ianya merupakan satu kumpulan besar yang memerintah seluruh tanah cina. Rakyat jelata tidak dibenarkan menggunakan istilah hang untuk permulaan nama di cina.kalau ada nama cina dimalaysia yang bermula hang itu merupakan segelintir dari kekilafan mereka. Kehebatan 'hang' boleh dipakai seperti indek Hang seng, bank hang sen yang merupakan sesuatu paling tinggi dan bermaruah. Dalam arena politik di malaysia tokoh tokoh korporat, tokoh polotik malaysia berapa kerat yang bernama hang? Ahli parlimen malaysia?Jutawan jutawan malaysia? Pakar perubatan? Doktor?
Ini sudah jelas menunjukkan pendapat ini semata mata berkisar kepada nama hang itu saja.
Dalam hal ini kita perlu merujuk kepada pakar bahasa malaysia.Dalam mana mana jurnel dan penulisan klasik dan tradisional jelas memberi penekanan sejelas jelasnya penggunaan istilah seperti "sang", "hang" "dang" "kang". Ketiga tiga perkataan ini merupakan kata gantidiri untuk sesuatu benda seperti manusia, haiwan,gelaran masyarakat, gelaran bangsawan dan sebagainya.Contoh: sang sapurba gelaran bagi raja pemerintah kerajaan melayu. sang kertaksa, pahlawan jawa yang hebat yang bertarung dengan hang tuah., sang jayanantaka, merupakan anak kepada sang sapurba.
Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiuw pula gelaran khas yang diberi dalam istilah penulisan melayu klasik. Bukan gelaran yang diberi oleh sultan. Gelaran hang tuah yang diberi sultan ialah dato laksamana.begitu juga hang jebat sebagai dato bentara.
Adakah pengkaji ini merujuk kepada pakar bahasa sebelum membuat sesuatu hipotesis? Walau sehebat manapun seseorang sejarawan, perlu diingat pakar bahasa juga hebat dalam dunia penulisan.Begitu juga sehebat manapun pakar sastera, ianya perlu merujuk kepada pakar sejarah. Ini kerana mereka mempunyai peranan dan tugas masing masing yang mempunyai perkaitan dalam membuat keputusan.
Hipotesis kedua dalam artikel yang menuduh hang tuah sebagai hang too ah ialah berdasarkan kepada peristiwa atau sejarah kedatangan hang tuah bersama rombongannya "Mereka datang ke Melaka dgn kumpulan pedagang sebelum ketibaan Laksamana Cheng Ho bersama Hang Li po serta 500 rombongan yang lain. Mereka sampai di Melaka pada zaman pemerintahan sultan Mansyur Shah ketika itu beliau berusia semuda hampir 15 tahun". "Hang Too Ahadalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi". Petikan ini disabitkan sebagai bukti hang tuah keturunan cina walhal petikan ini diambil dari penulisan sejarah melayu lama dan di adaptasikan mengikut hayalan dan pandangan sendiri.Ini secara langsung membuktikan penulis artikel yang menyatakan hang tuah bangsa cina ini sebenarnya telah mengiktiraf sejarah melayu dan hikayat melayu yang dirujuk sebai bahan kajian dan bukan kajiannya bersama team pengkaji baru. beliau semata mata mengkaji dari naskah asal catatan penulis lama dan membuat satu keputusan bertentangan dengan maksud keseluruhan naskah tersebut. Keadaan ini sama seperti seorang penulis lirik lagu yang menciplak lagu asal dan membuat sedikit tokok tambah dan menjual lagunya dan akhirnya lagunya meletup.Sedangkan beliau langsung tidak respect kepada pengarang asal yang telah lama menulis sejarah yang lebih hampir kepada zaman hang tuah.
Mengapa beliau masih memerlukan bahan dari naskah pengkaji sejarah asal? Inilah yang saya maksudkan dari awal mula bicara yang memerlukan campur tangan ketiga tiga pakar bahasa, sastera dan sejarah ini.Saya bimbang apabila sesuatu keputusan dibuat, ianya akan mendatangkan kemudaratan awam kerana selama ini masyarakat melayu telahpun tahu hang tuah itu berdarah melayu, mempunyai ayah dan ibu, mempunyai susur galur keturunan yang hingga kini masih hidup di indonesia. Pergilah buat kajian baru, berjumpa dengan waris waris keturunan hang tuan di tanah seberang dan buat keputusan berdasarkan fakta baru dan bukan menggulingkan fakta lama dengan memesongkannya.
Salah satu sumber yang siiktiraf:
Hikayat Hang Tuah, Sumber: Kamus Wikipedia Melayu
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.
Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah.
Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati.
Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat.
Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya.
Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini. "Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut.
Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya. Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggris.
Adakah pengkaji ini pernah pergi mengkaji terus ke tempat asal usul hang tuah sebagai diberitakan oleh pakar sejarah terdahulu.
Petikan:
Asal-usul Hang Tuah menurut sejarah Melayu
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu yang hidup pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400-1511). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.
Adakah team penulis seperti shabudin jalil ini pernah pergi ke kampung sungai duyung dan mengumpul semua bukti bukti secara lisan atau teori tempatan?
saya membuat kesimpulan tegas yang mengatakan hang tuah ialah seorang pahlawan melayu sejati yang hampir 99% penceritaannya menyokong sejarah mengatakan tuah berbangsa melayu dengan dibuktikan faktor persekitaran dan kemunculan hang tuah dalam penggenaan keris melayu, jampi mentera melayu, pakaian dan pertuturan melayu dan keturunannya madih ada hingga kini.Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
Assalamualaikum. Kali ini saya inign membawa satu sejarah yang ada kaitan dengan keturunan saya iaitu Dato Nakhoda Muhammad Taib seorang pem...
-
Assalamualaikum... Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak menulis artikel dalam blog ini...ini kerana admin tela...
Assalamualaikum saudara seperjuangan!
BalasPadamSaya tertarik dengan dengan posting saudara, saya ucap tahniah terhadap artikel yg saudara paparkan kerana tidak ramai yang mahu perkata dan perhebatkabn soal bangsa, malah ada yang sanggup perjuadikan bangsa dengan menjadi pengikut demi kepentingan sesuatu.
Amat menyedihkan tak ramai MELAYU yang mahu tahu sejarah bangsa seperti Hang Tuah yang saudara bentangkan pencarian dari usaha saudara kerana 'HATI MELAYU' memang termaktub didalam jiwa saudara, malah tidak terkejut dan hairan Melayu sekarang yang menafikan sendiri sejarah melayu sudah ada, mereka terang-terang dibayangi Kaum Lain sedang di perangguk-anggukan, Melayu begini memang terang nampaknya seolah MELAYU HEBAT sehingga sanggup pertikaikan sejarah seperti Hang tUah di MITOSkan, tujuan sebenarnya ialah menghapuskan SEJARAH kepahlawanan terbilang melayu...
Menyedihkan bila sekarang ini pun kita dapat melihat betapa rosaknya sejarah peradaban dan sejarah MELAYU. anak-anak muda lebih berbangga duduk diatas jalan berdemonstrasi menafikan HAk MELAYU yang kononnya perjuangkan tuntutan UGAMA, sedangkan kita tahu ISLAM itu mudah, dan akal fikiran yang sebenarnya dapat membezakan yang mana benar dan yang mana tidak patut kita ikuti jika bertentangan,
Tanyalah kebanyakan anak muda ini, apakah tahu apa itu keris...? mungkin jawapannya seperti biasa yg mereka nampak dan tahu adalah KERIS di pinggang pengantin, dan kalau ditanya berikan 3 nama yang terdapat di keris.... saya rasa tidak akan terjawab. itu belum kita tanya apa itu aring, belalai gajah, tuntung, penokok, jawa demam, sapir, tulang, badan cicak, pamor, sepuh dan sebagainya... melayu yg cuba membunuh MELAYU secara tidak sedar sebenarnya akan pupuskan sejarah bangsa, Angkuh seperti seorang jaguh tapi sebenarnya pencacai yg menjadi Ejen pembunuh Melayu sendiri.
Saya bukan menuduh Bangsa lain sedang membunuh sejarah dari kewujudan sehingga dihikayatkan, dari kebanggaan sehingga di mitoskan. Mungkin saudara akan setuju bila saya katakan kita diheret sehingga peradaban melayu akan berakhir, sekarang tidak hairan melayu sanggup baring diatas jalan menghina kedaulatan raja, apakah dizaman hang tuah mereka ini diberi ampun dengan senang? Macam hebat tetapi mereka tidak sedar di perkudakan, kedaulatan RAJA MELAYU sedang dicemarkan sebenarnya...
Satu ketika dahulu kita di gelutkan peristiwa Jebat sbgai penderhaka kerana againts dengan titah raja yang menjatuhkan hukum bunuh kepada kekandanya Tuah. TUAH dianggap WIRA, JEBAT dipersalahkan keranan menderhaka pada raja
Tahun 70an Jebat pula dikatan HERO sebab membela kekandanya sendiri, walaupun perbuatan AMUK jebat adalah perbuatan menyanggah TITAH dia dianggap HERO dan TUAH pula dipersalahkan kerana tergamak membunuh JEBAT yang memperjuangkan nasib kekandanya.
sambungan ...
BalasPadamSecara sedar atau tidak, baru-baru ini sentimen siapa salah tiungkit kembali, melayu yang buta sejarah sanggup menjadi diantaranya. Kini Sultan dipersalahkan, secara halus bangsa lain memainkan sentimen MELAYU tanpa disedari bila MELAYU SUDAH RAMAI YANG HILANG SEJARAH PANGLIMA MELAYU! Raja dan sultan di heret supaya buruk tanggap oleh melayu sendiri, tidak hairan lah ada yg sanggup baring diatas jalan menghalang kenderaan Sultan di Perak, Bendera Perak Diterbalikan semasa Hari keputeraan Sultan, SIdang Dewan negeri dijadikan Sarkas sehingga Tuanku terpaksa menunggu sehingga 6 jam untuk titah berucap, Sticker-sticker ditampal ' daulatkan Islam (menghina DAULAT TUANKU), menghina sultan dengan pelbagai Fitnah di blog-blog dan pelbagai lagi... malah ada yang sanggup tidak bangga menjadi MELAYU!
Hari ini melayu di heret oleh bangsa SEPET sekali lagi, Raja yang menjadi kekuatan himpunan melayu telah dicemarkan secara sedar atau tidak Raja dan sultan telah dipersalahkan. mereka mengkaji sejarah MELAYU dan memalukan MELAYU kembali... dalam isu tuah jebat dan Sultan secara halus diserapkan ke pemikiran MELAYU, MELAYU KIAN ROSAK dan tida ungkapan yg boleh digunakan bila suatu ketika dahulu kita pernah sematkan dihatai perjuangan 'Orang MELAYU pasti akan BERSATU jika apa-apa terjadi' sekarang jelas kita boleh nampak Melayu sedang di hapuskan melayu sendiri,
Rasionalnya Isu TUAH, JEBAT dan Sultan ini tidak pulak MELAYU yang beriya-iya kononnya tidak berbangga dengan MELAYU demi ketelusan pempinan si SEPET ini pernah Fikirkan.... Siapa yang sepatutnya di persalahkan sebenarnya adakah jebat? sultan? maupun Tuah? yg sebenarnya PUNCA mecalarkan sejarah melayu!
Jawaban Sebenarnya... tiada siapa yang patut di persalahkan, Punca dan pencetus nya ialah PATIH KERMA WIJAYA kerana dia lah yang memfitnah Tuah bermukah sehingga pergolakan serta tercalarnya sejarah MELAYU itu sendiri, memang pelik tidak ada siapa pun yang mempersalah nama beliau sehingga kini, tidak hairan lah bila si sepet ini sebenarnya juga berhati dan berfikir seperti PATIH KERMA WIJAYA yang sedang tersenyum kerana melihat HASIL yang sungguh berkesan, dan seperti Patih kerma wijaya juga tiada siapa yang akan menyalahkan mereka, malah bangsa akan beramuk sesama sendiri...
Saya ucap Tahniah kerana Ulasan serta Posting saudara dek kerana sejarah bangsa perlu kita kekalkan dan jangan di mitos dan di hikayatkan, siapa lagi yang menjadi PENYAMBUNG Warisan di tanah tumpah darah ini,
saya dengan senang hati akan listkan Blog saudara dalam list blog teman di htpp://sekupangduas.blogspot.com/ moga saudara dapat bersama kami dalam himpunan Bloggers Perak (Perak cycber Troopers), sama-sama kita perjuangkan Agama Bangsa dan Negara... insyallah, mari bersama kami sebaris Saf perang dia alam maya...
Terima kasih diatas sokongan...semoga dengan usaha barisan pewaris anak bangsa melayu akan terus tegus berdiri bersama panji panji penegak syiar islam diakhir zaman.
BalasPadammaaf! TAPI TUAN2... TERSEBUT DI DALAM HIKAYAT ASAL YANG SEBENAR KITAB HANG TUAH... BAHAWA TEMPAT LAHIR HANG TUAH IALAH...BA WAU (TERSENGGANG SEDIKIT) YA WAU NGA.... SENGGANG ITU BOLEH JADI HURUF YANG TERTINGGAL DI TENGAHNYA IAITU KAF TA... BERMAKSUD ((BUKIT YONG)). HANYA SATU TEMPAT DI DUNIA INI YANG BERNAMA BUKIT YONG...TUAN2 CARILAH DI MANA TEMPAT ITU.
BalasPadamWALLAHUA'LAM. SEKIAN TERIMA KASIH.
bukan sg duyung melaka asalnya... dan bukan daeng2 keterunannya... memang melayu sejati dr pulau bintan sg nuyung... sebelum berhijrah ke melaka bumi.
BalasPadambukan sg duyung melaka asalnya... dan bukan daeng2 keterunannya... memang melayu sejati dr pulau bintan sg nuyung... sebelum berhijrah ke melaka bumi.
BalasPadam