Khamis, 17 Februari 2011
Lubuk makcik soyah dan misteri bahtera batang pisang.
Menurut cerita lisan dari beberapa orang penduduk yang telah lama tinggal di kampung tg rambai, selain lubuk cina ah ham, terdapat satu lagi lubuk yang menjadi buah mulut penduduk kampung iaitu lubuk makcik soyah. Nama lubuk mungkin bersempena nama arwah makcik soyah yang suatu ketika dahulu telah membina rumah berhampiran lubuk tersebut.Kejadian aneh yang sering berlaku di lubuk tersebut sekalipun tidak pernah dikaitkan dengan makcik soyah. Nama lubuk mungkin bersempena makcik soyah yang senantiasa mandi dan membasuh di lubuk tersebut.
Menurut satu cerita disuatu ketika dahulu, sungai kulim merupakan laluan utama sesetengan penduduk yang ingin berinteraksi selain dari jalan darat yang sedia ada. Ini kerana kedudukan sungai kulim yang terletak ditengah tengah kampung tg rambai menyebabkan ianya menjadi tumpuan penduduk untuk mudik ke muara dengan tujuan masing masing. Pernah suatu masa seorang penduduk ternampak sebuah bahtera batang pisang yang sangat cantik berlayar munyusuri arus dengan bersendikan buluh kuning dan beratapkan upih pinang. Sedang ia berlabuh tiba tiba tersangkut di lubuk makcik soyah dan berpusing pusing ditengah lubuk tersebut. Melihat keaadan tersebut, Sarian( bukan nama sebenar) telah tertarik untuk mengambil barang yang disangkakan sebuah bahtera untuk dibawa pulang kerumah. Setelah tekad, sarianpun melompat kedalam lubuk dengan tujuan mengambil barang tersebut.
Perbuatannya terjun kedalam lubuk berkenaan menyebabkab beliau tidak timbul timbul hingga menyebabkan sanak saudaranya menjadi resah atas kehilangan sarian. Lalu ahli keluarga pergi berjumpa tok janggut untuk membantu mancari sarian. Tok janggut bertanya bila kali terakhir sarian dijumpai? Keluarganya memberitahu sarian pergi mencari ikan di sungai kulim.Lantas tok janggut mempersiapkan beberapa disiplin ilmu kebatinannya dengan meneroka ke alam makluk halus. Tok janggut telah bertemu dengan penghulu sungai yang telah memerintahkan anak buahnya jim tomang(Hantu air) untuk mencolik sarian kerana telah mengganggu upacara pengkebumian ahli keluarga jin yang telah mati iaitu yang telah dihanyutkan ke sungai dengan menaiki bahtera pisang tersebut.
perbuatan sarian yang mengambil bahtera tersebut bukan saja telah menyebabkan mayat jin tersebut rosak malah telah membantutkan usaha mereka untuk memuja roh jin supaya pulang ke jasadnya kembali. Akhirnya penghulu memberi syarat kepada tok janggut sekiranya hendak membawa sarian kembali ke alam dunia perlulah membayar dengan darah seekor lembu putih yang sedang bunting dalam masa 13 jam. sekiranya tidak dipatuhi maka kaum jin yang tinggal bersebelahan kpg tg rambai akan mengadakan serangan terhadap penduduk kampung.Tok janggut akur dan pulang ke kampung dengan harapan dapat mencari lembu putih sedang bunting. Kita mampu merangcang tetapi allah lagi maha merancang.Lembu yang dicari tidak diketemuai. Masa tinggal 3 jam saja lagi. Tok janggut pergi bertemu semula penghulu jin dan mohon dibatalkan syarat tersebut. Lalu penghulu jin sangat marah dan telah menggunakan ilmunya dengan menyedut tok janggut masuk ke dalam dasar lubuk berkenaan. Semasa kejadian, tok janggut bersama pembantunya katid encot dan Ali pakjang untuk membantu sekiranya berlaku kecemasan. Melihat tok janggut di sedut kedalam lubuk, katid encot lantas menggunakan kehandalan dengan mengeringkan air sungai. Namun yang tinggal cuma sebuah lubang sebesar batang rumbia yang dalamnya tidak dapat dinyatakan kerana terlalu dalam. Ali panjang dengan kehandalan yang ada telah menyeluk tangannya kedalam lubang. kehebatan ali panjang ialah boleh mencapai sesuatu objek sejauh mata memandang. Sekiranya mata mapu melihat, maka apa jua yang terlihat mampu dicapai dengan memanjangkan tangannya. Hampir 10minit ali panjang meraba raba kedalam lubang tersebut, akhirnya beliau terasa sesuata yang sangat panas dan menarik pantas tangannya keluar.Kehangatan yang dirasainya terlalu amat sehingga beliau terpaksa mencelup tangannya kedalam kolam( atas bukit pecah batu) yang menyebabkan semua ikan dan kura yang ada di dalamnya mati dan masak kepanasan.
Setelah hilang idea mereka berdua tida tiba terdengar satu letupan yang maha kuat seperti letusan gunung berapi yang akhirnya memuntahkan tok janggut sedang memapah sarian yang dalam keadaan lemah longlai tidak bermaya. Mereka pulang tanpa berbicara sepatah kata. ini merupakan satu disiplin dalam kesaktian ilmu perguruan batin melayu. Sampai di rumah, tok janggut memulakan bicara dengan mengucapkan syukur alhamdulillah dan memberitahu beliau sengaja mmembiarkan tubuhnya disedut kedalam lubang kerana tahu sarian telah dicolek dan di bawa ke mahkamah pengadilan alam jin di sebuah bandar di bawah tanah yang bernama Sakti alam Sri Rambai. Semasa di mahkamah pengadilan, tanpa usul periksa semua pengawal dan tentera jin telah menyerang tok janggut yang menyebabkan tok janggut terpaksa menggunakan kekerasan iaitu dengan menggunakan hikmat denduman lintar membelah bumi yang menyebabkan semua jin jin mati bergelimpangan persis daun getah gugur di musim panas. Tok janggut dengan tidak membuang masa mengambil sarian lantas melompat keluar dan terus pulang dengan selamat. Namun yang pasti dendam dari bangsa jin terhadap penduduk tg rambai tidak berakhir disitu.Mereka sedaya upaya akan menggangu dan menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu helah. Pergerakan mereka sebenarnya adalah terhad dan sangat sukar untuk mereka memasuki kg tg rambai kerana sekelilingnya telah di pagar dengan racun penusuk jiwa oleh tok janggut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
Assalamualaikum. Kali ini saya inign membawa satu sejarah yang ada kaitan dengan keturunan saya iaitu Dato Nakhoda Muhammad Taib seorang pem...
-
Assalamualaikum... Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak menulis artikel dalam blog ini...ini kerana admin tela...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan