Jumaat, 4 Februari 2011

Peristiwa Tok Janggut Mengeluarkan Mayat dua orang kampong dalam tahanan komunis.



Peristiwa ini berlaku di zaman PKM berleluasa untuk merampas kerajaan tanah melayu dengan melakukan belbagai siri serangan terhadap kerajaan. Peristiwa ini saya rakam dari cerita orang lama yang sempat hidup sezaman dengan Allahyarham Tok Janggut walaupun pada masa itu pencerita masih di alam remaja.(Mantan Ketua kpg ke dua Tn Hj Mohd Noor 87 tahun).

Peristiwa ini menimpa keatas dua orang penduduk kampong Batu 4 Tg Rambai yang telah berpindah ke kpg kenayat. Semasa memulakan kehidupan baru di kpg kenayat, mereka dua sahabat pergi berburu pelanduk di sekitar hutan di bukit Nasah, kenayat.Semasa sedang asyik berburu, mereka telah diserang hendap oleh komunis dan kedua duanya mati ditembak dikepala dan dada. Berita kematian dua orang penduduk kampong telah heboh serata kampong. Tapi malangnya pihak komunis telah memberi amaran supaya mayat mereka tidak boleh dikeluarkan dari hutan kerana factor keselamatan komunis. Maka berita ini telah sampai kepada pengetahuan tok janggut. Tok janggut yang merupakan ketua kpg Tg rambai walau dua orang ini telah berpindah, atas dasas tanggungjawab sebagai tokoh dan pahlawan melayu telah mengambil keputusan mengeluarkan mayat penduduk tersebut.
Pihak komunis siang malam mengawasi dan mengepung kawasan mayat dengan harapan apabila tok janggut masuk perangkap, mereka akan melepaskan tembakan.Pada suata hari selepas selesai solat zohor berjemaah, selesai solat hajat da surau Kpg Tg Rambai, tok janggut bersama tujuh orang pengikutnya termasuk imam hj abd karim, tokki makakam, hj zainuddin,hj majid dan beberapa orang lagi telah memulakan wirid pahlawan islam (kaf 40) dan memulakan perjalanan menuju ke bukit nasah dengan berjalan kaki.Sesudah sampai, di kawasan mayat tersebut, tok janggut sekali lagi memasang pagar hikmah seperti amalan hariannya dengan memohon perlindungan dari allah. Maka setelah menghampiri kedua mayat penduduk tersebut, pihak komunis telah melepaskan beberapa ratus das tembakan. Dengan keizinan allah, tidak sebutir pelurupun yang dapat singgah kepada kumpulan tok janggut tersebut. Maka mereka mengusung dan membawa keluar mayat tersebut untuk diuruskan pengkebumiannya. Menurut saksi. Allahyarham Tn imam Hj Abd karim, semasa mereka berada ditempat kejadian, peluru dating bagaikan hujan lebat nembolosi daun demaun dan pabila terkena jasad mereka terasa sperti dilemparkan pasir. Malah ada pasukan komunis tersebut telah melirikan diri kerana khuatir ditebas dengan parang terbang tok janggut. Begitulah cerita yang sempat saya rakam melalui pengalaman orang orang tua yang hidup sezaman dengan tok janggut yang masih hidup dan uzur. Semoga allah mencucuri rahmat keatas roh roh pejuang islam ini.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...