Ahad, 3 April 2011

Kisah Harimau Dengan Orang Krichi di Tg Rambai





Menurut ceriata orang tua dahulukala mengenai sejarah orang krinchi di Kpg Tg Rambai bermula dengan kedatangan beberapa orang perantau dari tanah sumatera, wilayah jambi kecamatan krinchi daerah sungai penuh.
Kisah orang krinchi yang amat sinonim dengan kejadian harimau jadian atau bersahabat dengan harimau memang sudah menjadi buah mulut orang melayu setanah melayu dan tanah seberang.Tak tumbuh maka tak melata...tak sungguh maka orang tak kata. Mari kita mengambil berkongsi sedikt pengalaman dan pengetahuan dari orang krinchi lama yang tinggal di Tg Rambai. Menurut cerita mulut orang tua tua,pada suatu masa ketika daerah krinchi telah diserang oleh musuh, maka panglima perang yang dipimpin oleh beberapa orang pahlawan telah membuat wa'dat bersama pendekar pendekar krinchi untuk mempertahankan daerah mereka dari serangan musuh hingga ketitisan darah terakhir.Sungai penuh merupakan sempadan hitam yang sama sekali tidak boleh dilintasi kerana telah di pasak dengan mentera kunci harimau berantai. Barang siapa yang lari dari peperangan dan melintasi sungai penuh nescaya akan termakan sumpah dan akan berubah menjadi harimau. Maka telah tertulis di surat bancian kehidupan, maka sekumpulan dari gerombolan pendekar yang terdiri daripada beberapa puluh orang, mungkin 50, mungkin 70 dan mungkin 90 orang telah diserang begitu hebat sehingga mereka terpaksa berundur menghampiri sungai penuh.Sehingga sampai ke satu tahap paling kritis mereka terpaksa memilih untuk mati sia sia atau berusaha menyelamatkan diri dan terpaksa menanggung apa saja kemungkinan yang terjadi akibat dari melanggar sumpah. Nah....memang sudah tertulis di buku catitan kehidupan apabila kesemua mereka telah bertukar menjadi sang harimau dan melompatlah mereka ke dalam belantara mencari kehidupan yang baru.Ada sesetengah antara mereka yang tinggi ilmunya dapat menahan pengaruh sumpahan terus dan ada juga yang mampu bertahan separuh yang dinamakan harimau jadian. Mereka ini apabila dalam keadaan marah , dengan sendirinya akan bertukar menjadi harimau.
Memang ada sebahagian dari mereka telah berhijrah ke malaysia dan ada yang bertapak di kpg Krinchi di kuala lumpur dan segelintirnya telah berhijrah ke perak termasuklah di kpg Tg rambai. Puak krinchi di Tg Rambai sememangnya terkenal dengan sebutan krinchi hariamu jadian kerana terdapat beberapa peristiwa yang telah terbukti dan berlaku di kpg Tg Rambai yang menjadi buah mulut penduduk hingga ke hari ini.
Satu kisah berlaku di zaman awal pembukaan kpg Tg Rambai. Dua orang sahabat karib sedang meneroka hutan di kawasan air kelat. seorang berketurunan krinchi dan seorang berketurunan kedah. Pada satu hari mereka masuk ke dalam hutan untuk meneroka kawasan pertanian.nak dijadikan cerita, mereka berdua telah kehabisan bekalan makanan akibat telah di sambar seekor beruang putih yang sangat besar.Namun mereka terus menjalankan kerja sehingga terasa penat dan mereka berehat.Setelah dua hari tiada mendapat makan maka mereka mengambil keputusan untuk keluar balik ke kampung untuk mendapatkan makanan. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi mereka terserempak dengan beruang putih yang begitu ganas dan rakus.Menurut cerita orang tua, beruang putih itu adalah milik shah purba al malik(penghulu bunian).Maka dalam keadaan penat mereka masing masing mencari tempat perlingdungan. Azrol(bukan nama sebenar) seorang pendatang dari kedah sangat mahir memanjat pokok, hatta di atas pokok berduri sekalipun beliau boleh memanjat dengan mudah.Dalam suasana yang sangat genting, azrol ternampak sepohon kekabu yang tumbuh liar dalam rimba belantara air kelat dan sepantas angin berlalu azrol telah berada di atas puncak pokok kekabu.Di atas pohon kekabu azrol melaung kuat nama awang(bukan nama sebenar)seorang sahabat berketurunan kerinchi yang masih tinggal di bawah untuk panjat ke atas. Namun yang pasti awang tidaklah sehebat azrol.semasa awang hendak memanjat, sampai di pertengahan pokok, tiba tiba beruang putih telah ternampaknya dan meluru ke arah awang dan terus memanjat pokok kekabu. awang yang kurang arif dalam ilmu memanjat akhirnya telah dicakar beruang dan jatuh ke tanah. Melihat awang jatuh, azrol mula berasa pilu apatah lagi melihat beruang putih dengan ganas menggigit seluruh badan awang. Hampir lima minit beruang bertarung dengan awang, azrol cuba membuka mata dan terperanjat melihat seekor harimau besar sedang melapah beruang putih dan memakan kepala beruang putih hingga tidak bergerak lagi. Azrol juga terkejut melihat tiba tiba beruang putih terbakar dan hangus menjadi debu.Melihat akan harimau yang sangat gagah itu, akhirnya mula menyembah ke bumi dan bertukar menjadi seorang manusia yang bernama Awang.Lantas awang memanggil azrol turun ke bawah kerana meneruskan perjalanan pulang.Azrol dengan terketar ketar turun ke bawah dan terasa seram panas seperti hendak demam. sepanjang jalan azrol tak henti henti mengucap 2 kalimah shahadah dan beliau dengan nada yang menggigil menanya awang siapa sebenar awang dan macam mana boleh bertukar menjadi harimau. awang memberi amaran sebelum mendedahkan identitinya supaya jangan dibocorkan kepada sesiapa akan kejadian tersebut. Maka awangpun menceritakan bahawa beliau salah seorang pendekar yang terkena sumpahan ketika berbakti di sungai penuh krinchi dan telah melanggar perjanjian dan bertukar menjadi harimau. Namun dengan sedikit ilmu yang ada, awang dapat mengawal dirinya dari dikuasai oleh pengaruh sihir si rimau berantai pawang harimau yang sangat kuat di mayapada.Beliau juga memberitahu terdapat 7 orang lagi sahabat yang sama dengannya yang boleh bertukar menjadi harimau yang tinggal di Tg Rambai. Awang turut menceritakan beruang putih tersebut merupakan panglima alam bunian yang menjaga 7 daerah bunian di negeri perak dan telah diperintah oleh rajanya untuk menghalang kegiatan penerokaan hutan. Namun kedatangannya tidak mengikuti arahan raja iaitu mengusir sahaja bukan membunuh. Maka awang yang melihat kesungguhan panglima bunian hendak membunuhnya, terus mempertahankan diri sebelum dia terkorban adalah lebih baik musuh yang terkorban.

12 ulasan:

  1. Keturunan sultan kerinci ada di air pulau lawin grik. Termasuk saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam boleh saya dapatkan maklumat pak awang air pulau?.. pak awang bomoh tu ker?

      Padam
  2. Kalau nak tau tentang keturunan saya, datang lah ke kg air pulau lawin, gerik perak. Di situ ada orang bernama paklong awang... dia boleh ceritakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sy pn kturunan yg sme. Opah sy pnh cite. Bapak dia ( onyang sy) pnh jd harimau sekali sbb tlalu marah. Allahualam. Xcye pn xpe.

      Padam
    2. shah akma kite sepupu... at0k akma anak saudara at0k kite... arwah hj mat zin... 0pah sira kulim p0n at0k awang kenal... tanye la dia sape arwah2 t0... kite cucu b0ngsu dia.... nnti nak pegi air pulau nak jmpa at0k awng... blh bv np akma

      Padam
  3. Sy berketururan karinci. Kami di selangor. Keturunan dari Raja Tiang Alam.

    BalasPadam
  4. saya anak cucu Tunggal Saleh Bin Naung...Kalau benar saudara darah sultan kerinci dari jambi tolong sambung Sumpah Rojo Jambi ini berbunyi " Tok kon jangka jangki....samb..

    BalasPadam
  5. Tok kon jangka jangki, kak kon piyakon...(mana2 anak cucu kerinci yang boleh sambung maknanya kita sedarah saudara dan keterunan sultan jambi...

    BalasPadam
  6. Salam buat semua Keturunan Kerinchi.. saya ingin sangat mencari suku sakat insan bernama "lebai laat " yang datang dari Kerinchi pada awal 50han

    BalasPadam
  7. Salam buat semua Keturunan Kerinchi.. saya ingin sangat mencari suku sakat insan bernama "lebai laat " yang datang dari Kerinchi pada awal 50han

    BalasPadam
  8. Salam..saya juga keturunan kerinchi..yg saya ingat cerita dari emak saya..atuk saya dlu tunggangannya harimau klu nk blk ke rumah isteri yg lain..selepas ayah saya meninggal juga ada kelibat harimau putih d rumah..masa pakcik saya nazak juga ada kelibat harimau putih mengelilingi pakcik saya..saya tak tau mcm mana nk cari susur galur keturunan kerinchi

    BalasPadam
  9. Salam Sya juga keturunan Kerinchi....ayah Sya pakndak pandai berubat dan ilmu agama dan perubatan tinggi masa hidup...ingin mencari saudara mara Dr sana 01112931654

    BalasPadam

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...