Sabtu, 16 April 2011

Hutan Simpan Air Kelat Dan Misteri Rasukan Iblis.


Air Kelat merupakan salah sebuah kampung cawangan yang bernaung di bawah jkkk Kpg Tg Rambai....Asal mula Air kelat ialah misi penerokaan orang kerinchi di Tg Rambai. Setelah kawasan Tg Rambai habis di terokai menjadikan kawasan kampung, maka, orang kerinchi telah meluaskan kawasan hingga ke rimba belantara. Sedang Tok Janggut Menebang sepohon pokok kelat yang besar 10 pemeluk, tiba tiba terdengar satu ngauman yang sangat kuat persis seekor gergasi yang sedang dalam kemarahan. Maka bergegarlah pohon kelat itu seperti seorang yang dalam kesakitan akibat di kapak. Namun yang pasti tok janggut tidak pernah gentar lantas di kenakan hikmat dengan bacaan ayat ayat suci. Maka derderailah demaun jatuh menghujani bumi dan terlihat satu lembaga yang sangat besar persis sebuah banggunan pencakar langit terbang melarikan diri. Lalu pohon kelatpun menyembah ke bumi dan separuh perutnya menenggelami sungai dalam hutan yang akhirnya di sebut Air Kelat bersempena pohon kelat yang tumbang ke perut bumi tadi. Seminggu selepas itu heboh perperkatakan orang sungai kelat mengalirkan air yang sangat kelat mungkin kesan dari pengaliran getah pokok kelat yang mengalir ke dalam sungai tersebut.


Air Kelat Merupakan Fasa ketiga projek pembanggunan kampung selpas tanjung Rambai dan Tg Sejarah. Air Kelat juga merupakan 99% kawasan kebun dan dusun. Manakala Kawasan penempatan tidak sampaipun 1%.Ketika projek penerokaan Air Kelat, Rata rata kapitan dari kerinchi ini sudah melebihi separuh abad dan kebanyakan mereka sudah tua. Kebanyakan daripada orang kerinchi yang datang ke Tg Rambai mempunyai ilmu kebatinan yang sangat hebat. Malah ada sesetengah diantara mereka yang bersahabat dengan jin, menjadikan jin sebagai sahabat dan tidak kurang juga menjadikan jin sebagai khadam dan hamba. peristiwa ini berlaku ketika sedang menjalankan misi penerokaan. Tanpa bantu jin, manabisa kita memikitkan untuk menjatuhkan beribu ribu pokok balak yang sebesar Kl tower? Oleh kerana itu mereka menggunakan khidmat bantuan jin hampir seperti nabi allah sulaiman memohon kerjasama jin dalam beberapa siri projek pembanggunannya.



Namun terdapat sesetengah orang kerinchi yang sebelum ajalnya telah melepaskan jin jin tersebut kedalam hutan pinggir belantara kerana sudah keuzuran. Tidak kurang juga yang telah bersumpah janji supaya jin jin peliharaan mereka menjaga kebun dan di saat mereka meninggal duni, jin jin tersebut mereka lupa untuk memerdekankannya. Maka Terjadilah beberapa peristiwa aneh dan penuh misteri seperti beberapa pengalaman yang pernah diceritakan oleh beberapa penduduk.(Abg An) Bukan nama sebenar, pernah suatu hari sedang asyik menoreh getah di waktu sebelum subuh kira kira jam 3.00 pagi, ketika sedang menoreh, tiba tiba susu yang mengalir berubah menjadi merah seperti darah dan poko getah tersebut menjerit kesakitan. Maka dengan keadaan yang sangat takut, abg An lari mendapatkan basikalnya. semasa sedang laju memecut, tiba tiba muncul seekor makhluk besar bewarna hitam sebesar gajah menghalangi jalan. abg An terus mengelak dan terjatuh kedalam gaung yang sangat dalam. Kesokan harinya heboh orang memperkatakan kehilangan abg An. Misteri kehilangan abg An Terjawab setelah 7 hari penduduk mencarinya dan terjumpa Manyat Abg An yang tersangkut di atas pokok merbau sedang muka dan kepalanya hancur seperti dihempat batu besar.Badan yang lain seperti di kelar kelar dengan belati tajam.


Peristiwa kedua apabila (Mak Pea) bukan nama sebenar. Sedang dalam perjalanan ke kebun, tiba tiba muncul seekor lembaga berpakaian sperti bungkusan putih terbang dan menenggek di atas belakang basikalnya. Berasa berat kayuhannya, maka mak pea memalingkan muka kebelakang dan dengan terkejut mak pea melihat hantu bungkus sedang dalam keadaan meminta tolong diselamatkan.Mak pea bukan calang calang orang memberhentikan basikal dan membaca beberapa potong ayat al quran. Lalu hantu tersebut terus menangis dan meronta. Lalu mak pea bertanyakan kepadanya apakah kejadian yang menyebabkan ia seperti itu. Lalu hantu bungkus tersebut menceritakan bahawa tuannya si polan bin si polan (penduduk Tg Rambai) telah membuangnya kedalam hutan air kelat kerana tidak mampu lagi menanggung makan setiap hari 7 ekor ayam jantan. Semasa hayatnya sipolan membela hantu bungkus untuk tujuan Mempertahankan diri dari luka ditetak dik senjata tajam( Kebal) kerana semasa hayat sipolan bekerja sebagai penghibur di pasar malam dengan membuat pertunjukan kebal seperti menikam perut, menyembelih lehernya tetapi tidak lut dik senjata kerana telah di ambil alih oleh si hantu bungkus yang menghalang pandangan mata dengan kuasa pukaunya.Maka mak pea menambat si bungkus di tengah perdu buluh dan di pagar keliling dengan hikmat ayat 7 kota. Lalu mak pea pergi mendapatkan sipolan yang sebenarnya sedang nazak di Kpg Tg Rambai. Melihat keadaan itu mak pea memanggil waris sipolan supaya bertanyakan kepada ayahnya tentang khadamnya itu. Maka si anak pun berbisik di telinga ayahnya dan tiba tiba sipolan menggeletar dan menjerit ketakutan. Melihat keadaan itu si anak dengan linangan air mata bersumpah akan menagbil hantu bungkus tersebut sebagai pewaris ayahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...