Jumaat, 25 September 2009

Profil Lengkap Kampung Tanjung Rambai


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri saya.
Nama saya Omar Fazilah bin Mohamad.
Dilahirkan di Kampung Tg Rambai pada 16 oktober 1976.
Diamanahkan oleh Ketua kampung sebagai sutiausaha JKKK Kampung Berkuat kuasa julai 2009.
Di sini insyaalah saya akan melakarkan serba sedikit berkenaan kampung Tanjung Rambai dari segi profil dan pendadbirannya.


NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
Kampung Tanjung Rambai merupakan sebuah Kampung melayu tradisional yang telahpun wujud lebih seratus tahun dahulu. Di awal mula, kampung ini telah di teroka oleh sekumpulan orang orang melayu kumpulan pertama yang berasal dari Kerinchi Jambi Sumatera Indonesia yang terdiri daripada Rio Mat Nam, Rio Bayan Putih, Ali Panjang dan beberapa orang lagi.
Sebelum di namakan Tanjung Rambai,ia dikenali dengan panggilan kampung bangsal kekabu bersempena sepohon pokok kekabu yang telah di tebang oleh orang kerinchi sebaik sahaja tiba di kampung ini untuk di buat bangsal berteduh.
Mengikut cerita, nama Tanjung Rambai di ambil bersempena terdapat beberapa pohon pokok Rambai tua yang tumbuh di sepanjangan sungai dengan di sulami pokok tanjung. Daa juga yang menceritakan Tanjung Rambai berasal dari sepohon pokok rambai yang tumbuh di hujung sebuah tanjung sungai Kulim. Maka perkataan Tanjung Rambai telah di ambil bersempena pokok tanjung dan pokok Rambai atau pokok rambai di hujung tanjung.
Ketua kampung yang pertama ialah Tuan Hj Abdul Raja @ Razak atau lebih dikenali dengan panggilan Pak su Di Raja atau Tok Janggut.Beliau merupakan salah seorang daripada orang melayu yang datang berdagang dari Sungai penuh, kerinchi yang pertama dilantik sebagai ketua kampung Tanjung Rambai. Sepanjang hayatnya, Tok Janggut amat tersohor dengan kehebatan kepahlawanan melayu. Tok Janggut selain ketua kampung, beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan, Bomoh dan ahli tasauwuf. Menurut cerita orang tua yang masih ada semasa zaman kemahshuran Tok Janggut, Hj Mohd Noor bin Abd Rahman(87 tahun), tok janggut telah dilantik oleh pembesar di hulu perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga kenering. Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjang yang sehingga kini masih ada tersimpan di rumah pusaka peninggalannya yang kini didiami oleh Tn Hj Omar. Tok Janggut juga telah diceritakan telah memasang pagar sepanjang kampung Tanjung Rambai sehingga dikatakan pengganas komunis tiap tiap minggu lalu lalang di halaman rumah penduduk kampung tetapi mereka tidak nampak di situ merupakan kawasan kampung. Kisah tok

janggut juga terkenal di hulu perak di hari keraian peringkat daerah semasa gerik di perintah oleh DO Tuan Barkelly. Satu pertunjukan orang kuat telah dijalankan di padang pekan gerik. Tuan Barkerly telah membawa seorang penggusti dari british untuk mengadakan oertunjukan gusti. Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang orang melayu yang mana berani untuk tampil di tengah tengah padang beradu kekuatan. Kebetulan pada masa itu Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Barkerly bagi memeriahkan suasana. Akhirnya tok janggut Bangun melompat terus di tengah gelanggang. Tanpa banyak kata mereka memulakan pertarungan dan diberitakan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah menghayun orang putih dengan sebelah tangan melambung dan terpelanting ira kira 50 meter ke hujung padang. Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab pati rahsia perubatan melayu, kitab amalan pendekar(Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontraversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontraversi mengenai kitab Kat 40 itu telah dirungkai oleh Tuan guru Pak Teh Yang Dipertua pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan bahasa dalam kitab Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang ahli majlis fatwa Agama islam negeri perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian. Selain Tok Janggut, terdapat beberapa orang lagi sahabat sahabat beliau yang handal dan tinggi amalan tauhid seperti Hj Majid( Imam), Hj Mat Tahir, Hj Mat Kaya, Hj Mat Ali, sutan Sharif dan beberapa orang lagi.

Manakala ketua kampung yang kedua ialah Tuan Hj Mohd Noor bin Hj Abd Rahman. Seterusnya di ambil alih oleh Tuan Hj Abd Rasad bin Hj Mohd Ali. Kemudian berlaku pertukaran pemerintaham kerajaan negeri yang di perintah oleh kerajaan PKR( Parti Keadilan Rakyat) yang diterajui oleh Mb YAB Nizar bin Jalaluddin.Ketika itu ketua kampung ialah Amaran bin Ismail(Pakngah Yas).Beliau hanya sempat mentadbir selama 9 bulan kerana pihak kerajaan Barisan Nasional telah berkuasa kembali. Kini ketua kampung di teraju oleh Tuan Hj Yahya bin Hassan yang juga selaku ketua cawangan umno kampung Tanjung Rambai.
Kampung Tanjung Rambai juga terdiri daripada tiga buah kampung cawangan iaitu Tanjung Sejarah,Air Kelat dan batu 4.



MATLAMAT
MEMBAWA KEMAJUAN HAKIKI KEPADA SELURUH PENDUDUK KAMPUNG MENJELANG 2015 MELALUI NILAI NILAI KEMANUSIAN YANG TULEN DENGAN MEMENTINGKAN KETAATAN,TANGGUNGJAWAB,PRIHATIN,DINAMIK,MAUFAKAT DAN SENTIASA BERFIKIRAN KEHADAPAN


MISI
MERIALISASI CITA DAN HARAPAN MASYARAKAT MELALUI IKATAN SILATURRAHIM,KERJASAMA,BERDISIPLIN,BERDEDIKASI DAN KEMUAFAKATAN



INFO PENTADBIRAN ATASAN
PARLIMEN : LENGGONG
NAMA
AHLI PARLIMEN : YB DATO SHAMSUL ANUAR
BIN HJ NASARAH

ADUN : KENERING
NAMA ADUN : YB TOH SYAH BANDAR ULU
DATO HJ MOHD TARMIZI BIN HJ DRIS

DAERAH : HULU PERAK
NAMA PEGAWAI
DAERAH : YBH DATO HJ KARIM
BIN OSMAN

MUKIM : GERIK
NAMA PENGHULU : TUAN HJ MOHD SOFIAN
BIN YUSOF
NO TEL : 05 7921096


INFO PENDUDUK


BIL PENDUDUK

Jantina Jumlah
Lelaki 400

Wanita 426

Jumlah 826


Pecahan peringkat umur

60 TAHUN KE ATAS
Lelaki 65
Wanita 70
Jumlah 135


40-59 TAHUN
Lelaki 63
Wanita 65
Jumlah 128


18-39 TAHUN
Lelaki 90
Wanita 91
Jumlah 181


13-17 TAHUN
Lelaki 80
Wanita 85
Jumlah 165


6-12 TAHUN
Lelaki 67
Wanita 70
Jumlah 137


0-5 TAHUN
Lelaki 35
Wanita 45
Jumlah 80

Pecahan mengikut kaum

MELAYU
Lelaki 400
Wanita 426

Jumlah 826

CINA
Lelaki --
Wanita --
Jumlah --


INDIA
Lelaki -
Wanita -
Jumlah -


LAIN-LAIN
Lelaki -
Wanita -
Jumlah -


TAHAP PENDIDIKAN

TABIKA KEMAS
Lelaki 7
Wanita 10
Jumlah 17


TADIKA PASTI
Lelaki 5
Wanita 5
Jumlah 10


SEK RENDAH
Lelaki 55
Wanita 55
Jumlah 110


SEK MENENGAH
Lelaki 80
Wanita 85
Jumlah 165


KOLEJ/UNIVERSITI

Lelaki 15
Wanita 12
Jumlah 27


PEKERJAAN
LELAKI
WANITA
JUMLAH


KERAJAAN
Lelaki 48

Wanita 40
Jumlah 88


SWASTA
Lelaki 35
Wanita 25
Jumlah 60


NGO
Lelaki -
Wanita -
Jumlah -


SENDIRI
Wanita 116
Wanita 82

Jumlah
PENGANGGUR
-
--
-
LAIN-LAIN


KELUASAN KESELURUHAN KAMPUNG 420.5H


TANAH YANG DIUSAHAKAN 400.5H
JENIS PROJEK KELUASAN
PERUMAHAN 7.5H
PREMIS AWAM -
TANAMAN 391
TERNAKAN 2
LAIN-LAIN -

JUMLAH 400.5H

2 ulasan:

  1. gambo kg msuk kn dlm blog....tulis sejarah tnpe gmbo..xlyn nk bace..

    BalasPadam
  2. PENTADBIRAN KAMPUNG TANJUNG RAMBAI (BATU 4) AMAT TIDAK MEMUASKAN!!!

    BalasPadam

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...