Selasa, 31 Ogos 2010

Sambutan Hari Merdeka Peringkat Kampung Tg Rambai

Tarikh       :31 Ogos 2010
Masa        : 3.00pm - 5.30pm
Tempat     : Dewan Orang Ramai kpg Tg Rambai

Dirasmikan oleh Tn Hj Yahya bin Hassan Ketua Kpg Tg Rambai.

Aktiviti,


1. Deklamasi sajak oleh Belia dan Beliawanis
2. Nyanyian Negaraku, Jalur Gemilang, Malaysia Tanah airku.
3. Bacaan Doa Selamat.
4. Kibaran Jalur Gemilang















Sorakan Merdeka...Merdeka...Merdeka...















Nyanyian Lagu Negaraku.















Jalur Gemilang Berkibaran di dewan....















Upacara menaik Bendera Oleh Ketua Kampung.














Pelapis Belia.....

Rabu, 25 Ogos 2010

Sejarah kebangkitan melayu dari ngo yg bergabung.


Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Pada awal abad ke-20, orang Melayu tiba-tiba berhadapan dengan fahaman baru yang dibawa oleh golongan terpelajar dalam bidang agama dari Timur Tengah. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Golongan ini telah menyebarkan idea hidup beragama ala moden dan bebas daripada cengkaman penjajah asing. Fahaman Kaum Muda yang agresif ini telah ditolak oleh para ulamak konservatif dan para cendekiawan Melayu secara baik tetapi mereka tetap menghalusi mesej yang dibawa oleh Kaum Muda dan menyerapkannya dalam urusan harian dengan toleransi yang tinggi untuk mengelak kejutan budaya yang boleh menggugat keamanan.

Akibat daripada penolakan itu, Kaum Muda dan para penyokongnya meneruskan agenda mereka melalui penulisan dalam penerbitan akhbar dan majalah. Penerbitan akhbar dan majalah Melayu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Akhbar dan majalah baru terbit seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Melalui media itu, orang Melayu mula mendapat kefahaman dan kesedaran secara menyeluruh. Mereka bersemangat untuk menyumbangkan buah fikiran dan tenaga untuk kebaikan bangsa Melayu.

Apabila Inggeris gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun, satu bangsa Asia yang diperlekehkan pada tahun 1941, orang Melayu mula membuka mata. Mereka berasa yakin bahawa orang Melayu juga boleh menjadi gagah seperti Jepun lebih-lebih lagi keadaan fizikal orang Jepun lebih kecil daripada orang Melayu sendiri. Pada waktu yang sama, tentera Jepun turut membakar semangat orang Melayu agar berfikiran merdeka melalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’. Paradigma minda ini telah berlaku secara menyeluruh dan besar-besaran.

Orang Melayu berasa perlu bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa sendiri. Namun, pada kenyataannya mereka masih banyak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Mereka berjaya bersatu dan mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sama dalam fikiran tetapi apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali menjajah mereka terpaksa menerimanya dengan hati yang berbelah bagi.


Di Batu Pahat, pihak Komunis Bintang Tiga telah mengambil kesempatan merampas kuasa semasa kekosongan kuasa mentadbir yang ditinggalkan oleh Jepun. Mereka telah bertindak menjadi pemerintah selama 14 hari dari 17 hingga 31 Ogos 1945. Mereka membunuh banyak orang Melayu dengan kejam . Berikutan dengan itu, wujud perpaduan Melayu yang diketuai oleh Kiai Saleh. Beliau telah menubuhkan tentera Selendang Merah untuk membalas dendam dengan membunuh ahli-ahli komunis dan orang-orang Cina yang disyaki menyokong komunis di Parit Sulong dan di mukim-mukim yang dilalui menghala ke Batu Pahat.

Dato’ Onn berjaya menghentikan kemaraan Kiai Salleh di Bandar Batu Pahat. Kiai Salleh telah dipujuk supaya membubarkan tenteranya dan berhenti memburu orang-orang Cina Komunis . Peristiwa ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada orang Melayu tentang betapa perlunya bersatu padu dan memiliki kuasa di tanah air sendiri. Kumpulan komunis dan orang-orang Cina di Batu Pahat amat terkejut dengan keupayaan tentera Selendang Merah dan perpaduan Melayu. Mereka telah meminta maaf dan berterima kasih kepada Dato’ Onn, sebagai Pegawai Daerah dan pemimpin yang telah berjaya menghentikan pertumpahan darah rakyat ketika itu.

Pada 25 Disember 1945, Sir Harold Mac Michael berjaya mendapat tandatangan persetujuan penubuhan Malayan Union daripada kesemua Raja-raja Melayu dari 9 buah negeri. Melalui akhbar-akhbar, Dato’ Onn bin Jaafar segera menyeru orang-orang Melayu bersatu membincangkannya. Pada 3 Januari 1946, beliau telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung di Batu Pahat dan mengusahakan perjumpaan Melayu secara besar-besaran dalam Kongres Melayu Pertama di Kuala Lumpur. Pada 22 Januari 1946, Pemerintahan Tentera British (BMA) telah mengumumkan penguatkuasaan Malayan Union akan bermula pada 1 April 1946.

Orang Melayu yang masih belum reda kemarahannya dan semangat yang sedang membara seperti api dalam sekam ini terus menyala apabila Inggeris terus melaksanakan rancangan penubuhan kerajaan Malayan Union. Pergerakan Melayu Semenanjung Batu Pahat yang juga diketuai oleh Dato’Onn telah menjadi urusetia dan berusaha menjemput seluruh pertubuhan, kelab dan persatuan Melayu supaya hadir di Kongres Melayu Pertama.

Penubuhan Malayan Union mesti dihalang kerana Inggeris hanya bertujuan untuk mengembalikan maruahnya yang telah diragut ketika kalah dalam peperangan dan penubuhkan Malayan Union akan menghilangkan langsung ketuanan Melayu dan mencabar maruah bangsa. Institusi raja hilang kedaulatan dan kuasa. Negeri-negeri Tanah Melayu diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan Inggeris dan kerajaan Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor. Pihak Inggeris juga tidak mengendahkan langsung suara orang Melayu meskipun penubuhan Malayan Union tidak dipersetujui rakyat.

Orang Melayu berasa terancam dan terus bersatu. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Dalam kongres ini semua pertubuhan digabungkan di bawah PEKEMBAR atau UMNO. Dato’ Onn terpilih sebagai Yang Dipertua dan menetapkan Majlis pelancaran Malayan Union dan perlantikan gabenor dipulaukan oleh semua orang Melayu dan juga raja-raja.. Kongres ini juga menetapkan semua orang Melayu berkabung membantah Malayan Union dengan keluar di jalan-jalan raya dan memakai songkok dan baju dengan lilitan putih. Tujuan Kongres Melayu Pertama ini ialah untuk mencari jalan dan bersatu menolak penubuhan Malayan Union. Hasil daripada pertemuan pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu ini, satu resolusi menolak Malayan Union dan perlunya perpaduan dengan satu persatuan diwujudkan. Satu tarikh pertemuan setuju diadakan.


Pada 11 Mei 1946 pertemuan itu telah diadakan di Johor Bahru. Persidangan telah diadakan di Istana Besar dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan. Dalam kongres ini mereka bersetuju untuk mengembangkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ke seluruh pelosok negara. Ke arah itu mereka perlu mengeluarkan satu memorandum sebulat suara mewakili seluruh orang Melayu dengan satu suara . Berikutan dengan itu satu resolusi ditetapkan agar semua orang Melayu keluar menunjukkan bantahan dan UMNO ditubuhkan.

Mengikut Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan UMNO, penubuhan UMNO bertujuan menjalankan segala ikhtiar dan usaha bagi mendirikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Perjuangannya adalah untuk memajukan dan menjaga kepentingan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya dalam semua lapangan. UMNO juga mengutamakan agama Islam dan adat resam Melayu dan berikhtiar dan berusaha mengembangkannya. UMNO akan memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan dan menubuh, mengawal dan memelihara asas-asas pemerintahan demokrasi berparlimen.

Tentangan terhadap Malayan Union bertambah hebat melalui UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang tersusun. UMNO telah melancarkan rapat-rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara hingga berjaya memaksa kerajaan British mengadakan beberapa rundingan hingga tertubuhnya sebuah jawatan kuasa merangka perlembagaan baru yang dipersetujui oleh UMNO. Laporan Jawatankuasa Kerja ini menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada bulan Disember 1947. Pada 21 Januari 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.

Sejarah penubuhan Pas

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".
Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Sejarah penubuhan UMNO

Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan NGO Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu


Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
chumpon posted at 26-3-2005 10:17
UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.


Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.

Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.

Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka
chumpon posted at 26-3-2005 10:22
UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.

Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Ketetapan yang telah dipersetujui di Kongres tersebut adalah:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO
2. Membantah Penubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.

Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.

Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.

Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.

Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9 Ogos 1965.
Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan.

Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia Ke-7 bagi 1996-2000.

Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.

Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.

Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 1955. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan program yang disediakan oleh UMNO dan rakan-rakannya.

Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan perhimpunan agong juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan pembangunan negara.
chumpon posted at 26-3-2005 10:24
Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.
Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang subur dan hasil bumi yang berharga.

Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.

Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua (1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2 (1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.

Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air, sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.

Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan dan perindustrian serta perlombongan manakala orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang getah.

Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Oleh itu merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting. Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di tangan kaum Cina.

Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan memberi penekanan kepada sector perindustrian dan perdagangan

Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi masalah birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan. Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan ‘kita tidak boleh membuat walaupun jarum’, dengan melancarkan projek perindustrian berat Negara yang dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.

Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia masih bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak, selain timah menjadi bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar. Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar purata 8 peratus setahun.

Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar menjadi salah satu naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

Mesyuarat JKKK Kali ke tujuh julai 2010.




Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Rambai,
D/a No 15,Jalan Tok’Ki Mat Kaya,Kampung Tanjung Rambai,33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan.
PERKARA    : MESYUARAT JKKK KALI KETUJUH

TARIKH         : 7 JULAI  2010

TEMPAT        : DEWAN ORANG RAMAI KPG TANJUNG RAMBAI

MASA             : 9.30 MLM

KEHADIRAN:   11/15
TIDAK HADIR:  1) Sharpuddin bin Ahmad
                             2) Siti Zaibedah binti Said
                             3) Saad bin Abd Rahman
                             4) Abd Razak bin Harun

AGENDA MESYUARAT

1                    Ucapan Pengerusi
2        Bacaan Doa
3        Pengesahan Minit Mesyuarat kali keenam 2010
4        Perkara berbangkit.
5        Pengesahan Kewangan JKKK.
6        Laporan biro-biro
7        Agenda khas
1)     Hasil perundingan isu masjid
2)     Peruntukan khas RM 5,000.00 baiki dewan(PLB)
3)     Peruntukan Khemah Konopy 2 unit( PLB)
4)     Peruntukan beli chain saw( UMNO)
5)     Peruntukan RM 45 ribu Baiki Gelanggang( Parlimen)
6)     Kejayaan penganjuran program jelajah bakti JPP IPG- Tg   Rambai.

8        Usul,cadangan & perbincangan
9        Lain-lain hal
10      Penangguhan

                                                                  
1. Ucapan Pengerusi

         Pengerusi mengucap salam  kepada semua Pengerusi biro kerana sudi hadir bagi menjayakan mesyuarat jkkk kali ketujuh juali 2010. Pengerusi mengucap tahniah diatas kejayaan penganjuran program bersama JPP IPG jelajah bakti yang telah Berjaya berjalan dengan sempurna.

2. Bacaan Doa

   Doa diimamkan oleh Biro agama dan Modal insan

3. Pengesahan minit mesyuarat JKKK kali keenam.

   3.1  Pencadang : Hjh Ramlah binti Ishak
   3.2  Disokong  : Noraini binti Mat Amin


4. Perkara berbangkit
   4.1  Hjh Ramlah telah membangkitkan laporan biro keselamatan pada para 6.1 yang mana beliau ingin tahu adakah tindakan telah diambil terhadap pendatang warga Thai yang telah menetap di air Kelat.
 

Tindakan      : Pengerusi menjelaskan bahawa tindakan telah di ambil dengan diketuai oleh Ketua Perhubungan mukim gerik iaitu Kaptain  Mohd Tarmizi dan Ketua Platun Rela Kawasan Leftenan Arshad bin Din, Pengerusi JKKK, Setiausaha, Biro Keselamatan dan biro-biro JKKK. Semua masalah telah dikenalpasti dan tindakan sewajarnya telah diambil.
.

5. Pengesahan Kewangan JKKK April  2010.

            Setiausaha telah menangguh pembentangan laporan kewangan pada mesyuarat akan datang kerana bendahari tidak dapat hadir bersama atas urusan kerja diluar.

Tindakan   : Disokong oleh semua Ahlijawatankuasa.          

6. Laporan biro biro


6.1  Biro Keselamatan dan kependudukan.
Catatan
Tidak Hadir
Pengerusi
6.2   Biro Pertanian Asas Tani

Melaporkan peruntukan pertanian fertugrasi yang dipohon bulan march telah lulus dan beliau mencadangkan projek itu diuruskan oleh En Murad bin Lokman kerana beliau telah memulakan projek pertanian dan pernah menghadiri pelbagai kursus pertanian.
Disokong sebulat suara oleh pengerusi biro.
6.3   Biro pendidikan dan pelajaran

Telah melaporkan beliau dalam proses perbincangan dengan guru untuk mengadakan kelas tuisen untuk pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Memohon peralatan computer untuk kegunaan pelajar( makmal komputer)

           6.4 Biro Perindustrian Dan Pelancungan

Masih dalam proses mengenal pasti lokasi Lawatan Sambil belajar

6.5 Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi

Akan mengadakan kursus omputer dalam masa terdekat.

6.6   Biro Pembanggunan dan Projek

nil-

6.7 Biro Kebajikan dan Perpaduan

Akan mendapatkan maklumat terperinci terhadap penduduk yang mendapat bantuan dari pelbagai jabatan seperti, jkm, jakim, mara,klw dan sebagainya.

Tindakan pengerusi biro.
               6.8    Biro Kesihatan dan kebersihan

Akan menganjurkan satu program pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesedaran berkaitan kesihatan.



6.9    Biro Hal Ehwal wanita.

Tidak hadir

              6.10    Biro agama dan Modal Insan

Akan menganjurkan program sempena nuzul Quran, Bulan ramadhan.

6.11 Biro Belia dan Sukan

Tidak hadir

6.12Biro Peralatan dan harta benda

Mohon jawapan permohonan khemah konopy
Tindakan: pengerusi.


7. Agenda Khas

7.1    Hasil perundingan isu masjid
Pengerusi menerangkan satu perjumpaan dengan penghulu,Pengerusi Masjid dan setiausaha jkkk  di pejabat penghulu pada tarikh 14 june  2010 jam 10.00pagi. penghulu sebagai pengerusi perundingan telah menerangkan tujuan perjumpaan dibuat kerana ingin menyelesaikan kerumitan yang berlaku tanpa ada perbalahan dan perkara yang tidak sihat berlaku. Penghulu telah membentangkan empat belas perkara yang menjadi isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung seperti lampiran yang dikepilkan. Pengerusi masjid berjanji akan menyediakan semua laporan dan jawapan berdasarkan persoalan yang dibangkitkan. Satu perjumpaan akan diadakan sekali lagi bagi pihak pengurusan masjid menyediakan laporan pada tarikh 14 julai 2010.
 

Tindakan:       Penghulu mukim gerik.

7.2   Peruntukan khas RM 5,000.00 baiki dewan(PLB)
Pengerusi memberitahu peruntukan khas sebanyak RM 5   
ribuakan diberi untuk membaiki dewan oleh plb.
              
     Tindakan:       Pengerusi

7.3      Peruntukan Khemah Konopy 2 unit( PLB)
Pengerusi memberitahu dua buah khemah telah diluluskan oleh plb dan senarai sebut harga dari kedai telah diambil.    

Tindakan:       Pengerusi

7.4      Peruntukan beli chain saw( UMNO)
Pengerusi memberitahu UMNO DUN kenering telah memberi peruntukan membeli dua unit chain saw untuk kegunaan bersama penduduk kampung.
     
     Tindakan:       Pengerusi

7.5       Peruntukan RM 45 ribu Baiki Gelanggang( Parlimen)
Pengerusi memberitahu YB Ahli Parlimen telah meluluskan peruntukan RM 45 ribu untuk membaik pulih gelanggang permainan sepak takraw dan badminton.
             
     Tindakan:       Pengerusi

7.6       Kejayaan penganjuran program jelajah bakti JPP IPG- Tg Rambai.
Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jkkk diatas sumbangan bakti menjayakan program jelajah bakti bersama JPP IPG kota bharu dengan jayanya.

8. Usul, cadangan dan perbincangan

       8.1   En Amran selaku biro kemudahan awam dan harta benda memberi pandangan supaya jkkk memohon kerjasama daripada JKR daerah untuk membantu jkkk bagi projek menolak tapak tanah wakaf untuk dijadikan padang bola dan padang untuk menganjurkan apa jua program.

Tindakan        : Setiausaha             

9. Lain lain hal

9.1    Pengerusi mengedarkan borang pertandingan menembak anjuran UMNO zon kenayat pada 11 julai 2010 bertempat di lapang sasar air Ganda.

9.2     Setiausaha yang juga pengerusi Persatuan Belia Kampung Tanjung Rambai melaporkan program sepanjang june 2010 seperti berikut 

 19 june 2010  :Pertandingan Battle of The Band didewan
                majlis daerah gerik lawin.
 ( tempat  ketiga)
      27 june 2010  :Persembahan kompang menyambut VIP          
                     sempena program harikeluarga Pemuda UMNO
                     Bahagian  lenggong
      13 jun 2010   :Persemahan pergendangan silat di kampung 
                     Bendariang
      18 jun 2010   :Persembahan seni silat di  kampung Plang
      19,20 jun 10  :Persembahan seni silat    di kampung Pahat
      23 jun 2010   :Persembahan kompang dan Band sempena     
                     malam   kebudayaan program jelajah  bakti.

10. Pengangguhan

Pengerusi telah menangguhkan mesyuarat tepat jam lima petang.
                       
Minit dicatit pada  7 julai 2010 oleh:                                  Disahkan oleh:

____________                           ______________                                             
Omar Fazilah bin Mohamad                                   
Setiausaha JKKK

Sk,
Fail timbul jkkk, pej Mb, Pej suk,
Pej Pembanggunan negeri,Pej Exco Luar Bandar,
Pej Ahli Parlimen Lenggong,Pej ADUN Kenering,
Pej Daerah Gerik, Pej PLB,Balai polis Gerik, Pej Penghulu.              


TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...