Jumaat, 4 Februari 2011

Peristiwa Tok Janggut Mengeluarkan Mayat dua orang kampong dalam tahanan komunis.



Peristiwa ini berlaku di zaman PKM berleluasa untuk merampas kerajaan tanah melayu dengan melakukan belbagai siri serangan terhadap kerajaan. Peristiwa ini saya rakam dari cerita orang lama yang sempat hidup sezaman dengan Allahyarham Tok Janggut walaupun pada masa itu pencerita masih di alam remaja.(Mantan Ketua kpg ke dua Tn Hj Mohd Noor 87 tahun).

Peristiwa ini menimpa keatas dua orang penduduk kampong Batu 4 Tg Rambai yang telah berpindah ke kpg kenayat. Semasa memulakan kehidupan baru di kpg kenayat, mereka dua sahabat pergi berburu pelanduk di sekitar hutan di bukit Nasah, kenayat.Semasa sedang asyik berburu, mereka telah diserang hendap oleh komunis dan kedua duanya mati ditembak dikepala dan dada. Berita kematian dua orang penduduk kampong telah heboh serata kampong. Tapi malangnya pihak komunis telah memberi amaran supaya mayat mereka tidak boleh dikeluarkan dari hutan kerana factor keselamatan komunis. Maka berita ini telah sampai kepada pengetahuan tok janggut. Tok janggut yang merupakan ketua kpg Tg rambai walau dua orang ini telah berpindah, atas dasas tanggungjawab sebagai tokoh dan pahlawan melayu telah mengambil keputusan mengeluarkan mayat penduduk tersebut.
Pihak komunis siang malam mengawasi dan mengepung kawasan mayat dengan harapan apabila tok janggut masuk perangkap, mereka akan melepaskan tembakan.Pada suata hari selepas selesai solat zohor berjemaah, selesai solat hajat da surau Kpg Tg Rambai, tok janggut bersama tujuh orang pengikutnya termasuk imam hj abd karim, tokki makakam, hj zainuddin,hj majid dan beberapa orang lagi telah memulakan wirid pahlawan islam (kaf 40) dan memulakan perjalanan menuju ke bukit nasah dengan berjalan kaki.Sesudah sampai, di kawasan mayat tersebut, tok janggut sekali lagi memasang pagar hikmah seperti amalan hariannya dengan memohon perlindungan dari allah. Maka setelah menghampiri kedua mayat penduduk tersebut, pihak komunis telah melepaskan beberapa ratus das tembakan. Dengan keizinan allah, tidak sebutir pelurupun yang dapat singgah kepada kumpulan tok janggut tersebut. Maka mereka mengusung dan membawa keluar mayat tersebut untuk diuruskan pengkebumiannya. Menurut saksi. Allahyarham Tn imam Hj Abd karim, semasa mereka berada ditempat kejadian, peluru dating bagaikan hujan lebat nembolosi daun demaun dan pabila terkena jasad mereka terasa sperti dilemparkan pasir. Malah ada pasukan komunis tersebut telah melirikan diri kerana khuatir ditebas dengan parang terbang tok janggut. Begitulah cerita yang sempat saya rakam melalui pengalaman orang orang tua yang hidup sezaman dengan tok janggut yang masih hidup dan uzur. Semoga allah mencucuri rahmat keatas roh roh pejuang islam ini.Amin.

Dari Blog Cucu Tok Janggut


Dari Blog Cucu Tok Janggut



KISAH DATOKKU DALAM KENANGAN - TOK JANGGUT GRIK PERAK , KEPADA SAUDARA MARA YANG BERKAITAN DAN TELAH TERPUTUS HUBONGAN SILALAH HUBONGI MAS MERAH

Nama penuh Datok ku ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan Opahku pula Kerinchi Ambai , kedua2nya adalah Ibu dan Bapa kepada ayahku Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik tempat kelahiran Mas Merah dan adik beradik yang seramai 11 orang dan seorang daripadanya dilahirkan diKampong Pandan Kuala Lumpur . Umur datokku semasa dia meninggal dunia ialah 112 Tahun , jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur .
DiKampong Tanjong Rambai datokku dilantik sebagai ketua Kampong , seingatku ramai perantau2 dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah . Datok ku juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau2 Kerinchi dikala itu , seingatku ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini . Aku masih ingat lagi Datuk Empat/Ketua Kampong Kerinchi dikala itu sekitar 60an dan 70an adalah Haji Akasah dan anaknya salah seorang bernama Ridhuan yang berniaga Shell Petrol Pump di tepi Lebuhraya dulu dulu . Datok ku semasa hayatnya berkahwin dengan Opahku Hajah Teh Amah Binti Daud dan mendapat cahayamata seramai lapan orang tapi semasa hayat kami ada , anak2nya hanya tinggal ayahku dan adiknya Zainal Ariffin [ Ngah Pin panggilan mesra kami ]tapi semuanya telah kembali keRahmatullah . Datuku semasa hayatnya juga terkenal dengan Dukun yang bolih mengubat penyakit dan juga menawar penyakit kena Santau .. seingat ku orang orang yang terkena santau diberi makan ayam selasih yang dikukus dengan buah kundor sehingga habis sebagai penawarnya , biasa nya orang orang yang terkena santau duduk berubat dirumah datukku sampai sihat , sakiranya mereka tinggal jauh , akhir2nya ada yang menjadi anak atau cucu angkat kepadanya . Dia juga membuat Sembahyang Hajat bagi pihak pihak yang kehilangan barang barang berharga juga tertipu dan tergadai harta benda dikala itu . Datokku hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat olih bangsa asing yang bukan beragama Islam , beliau kuat menjaga tentang halal haram mengenai makanan yang hendak dimakan , seingatku kichap yang dimakan pun dibuat sendiri dari ayer kelapa yang dimasak dan dibubuh garam dengan gula dan minyak kelapa pun dibuat sendiri dari santan kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak , dulu dulu dikampong kelapa tak laku sangat ,dulu dulu juga Opah ku membuat rempah giling kalau mahu dimasak dan cili pun digiling juga , beliau tidak pakai Ajinomoto saperti yang kami dan orang lain amalkan tapi masakkannya tetap sedap , kerana semasa kecil kecil dulu aku banyak tinggal bersama dengan Datok dan Opahku.
Semasa dibulan puasa pula datokku rajin berburu dan menahan jerat pelandok , ayam hutan dan landak raya .. Puas kami menikmati masakan binatang buruan dan yang dijerat .. Opahku kalau bab memasak semuanya sedap sedap hingga menjilat jari . Aku masih terbayang lagi kerabu yang dimakan dengan kanji [ bubur nasi yang dicampor rempah ratus ] memang tidak pernah ketinggalan kerana menu tersebut adalah menu wajib datokku . Datokku makan memang tidak banyak tapi yang menghabiskannya adalah aku dengan opahku , nasinya pula beras padi huma yang baru dan harum mewangi kerana ditumbuk dengan menggunakan lesong kaki ..
Semasa 13 MAY 1969 Datokku juga dijemput Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun , Menteri Besar Selangor ketika itu dan di Melaka juga disekitar Kuala lumpur dan Selangor . Datukku juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak olih Pustaka Muda Ipoh Perak .. Tujuan Mas Merah mendedahkan kisah silam ini bukan lah untuk meriak dan takbur tapi untuk mencari suku sakat juga famili disabelah datok dan opahku .. Opahku juga berasal dari Beruas Perak nama kampong nya Mas Merah dah lupa ..
Posted by kencanasari at 9:10 AM

Khamis, 3 Februari 2011

Tok Janggut( Ketua Kpg Tg Rambai Pertama) Imam Perang Hulu Perak.


Tok Janggut Imam perang melayu terkemuka.



Menurut cerita yang disampaikan oleh mantan ketua Tg Rambai Tn Hj Mohd Noor bin Hj Abd Rahman(87 tahun)…Tok Janggut @ Tn Hj Abd Razak pada satu ketika pernah menjadi imam perang mengutuai tentera fisabilillah dari seluruh negeri perak bagi membantu umat islam di fatani selatan Thailand yang diinaya oleh pemerintahan kerajaan siam.Kemuncak dari peristiwa kebangkitan tentera fisabilillah apabila seorang ulamak terkenal fatani iaitu Hj Awang Sulung bin Hj Abd Kadir telah hilang dan kekhuatiri ditawan oleh tentera siam.




Maka pada satu hari selesai solat jumaat, berkumpullah seluruh sukarelawan fisabilillah dari seluruh pelusuk negeri perak berkumpul di surau lama Kpg Tg Rambai. Antara tokoh ulamak terkenal yang turut bersama ialah Tn Syeikh Osman Jalaluddin dan Tn Syeikh Idris Al Marbawi hadir bersama bagi melancarkan operasi mencari dan menghapuskan musuh islam dan
menyelamatkan Tn Hj Sulung bin Hj Abd Kadir


.


Diceritakan pada perjumpaan keramat itu, Syeikh Osman telah menggenggam segumpal tahi besi dan di jampi pada besi tersebut serta di pintal pintal kedua tapak tangannya bertaburan cincin jatuh yang dinamakan cincin Lahit. Maka semua tentera fisabililah memakai cincin tersebut sebagai symbol semangat perjuangan. Maka Tok Janggut memulakan wirid Kaf 40 bersama beberapa ratus tentera fisabilillah yang terpilih sahaja pergi berjuang kerana tidak mahu terlalu ramai dan akan memberi kesukaran dan mudah di hidu oleh musuh.

Setelah berbulan lamanya pergi berjuang, akhirnya mereka pulang dan ada yang menceritakan detik ngeri pertempuran dengan musuh. Ada yang memberitahu pengalaman bertempur sama seperti menebas pokok tebu kerana terlalu ramai musuh dan dengan pertolongan allah, tentera fisabilillah yang diketuai oleh Tok Janggut telah berjaya menghapuskan segala rintangan. Namun Th Hj Sulung tidak jua ditemui.

Islam Guide

Check out this SlideShare Presentation:

Rabu, 2 Februari 2011

Perkembangan Politik di Tg Rambai.


myspace glitters



Perkembangan politik di Tanjung rambai.

Tg Rambai merupakan sebuah kampung yang telah dibangunkan oleh kaum melayu berketurunan kerinchi kira kira pada tahun 1850. Antara generasi pertama yang hadir membuka perkampungan ini termasuklah Rio Mat Nam, Rio bayan Putih yang datang dari Kg Kemantan, sungai penuh, kerinchi jambi indonesia dan beberapa orang lagi. Kemudian diteruskan oleh anak anak mereka seperti Tok Janggut, Hj Majid, Hj Mat Kari, Hj Mat Tahir, Hj Katid Encot, Hj Hamzah, Hj Jamil, Hj Makkam, Hj Mat Ali, Hj Muid dan beberapa orang lagi.

Kedatangan orang kerinchi ke gerik adalah sebelum pendudukan jepun di tanah melayu. Orang kerinchi telah memulakan sebuah kehidupan baru dengan melantik Hj Abd Razak( Tok Janggut @ Paksu Deraja) sebagai ketua kampung pertama dan diiktiraf oleh Tn Barkely( DO ) pertama gerik.Pada masa itu orang kerinchi tidak memihak kepada mana mana fahaman politik di tanah melayu. Fahaman mereka pada ketika itu ialah menyokong pembebasan Aceh merdeka.

Bermula politik di Tg Rambai apabila parti politik PAS mula mengenali tokoh tokoh hebat Tg Rambai seperti Tok Janggut dan beberapa orang lagi yang amat terkenal dengan ketinggian ilmu tasauwuf dan fiqah. Kesempatan ini diambil baik oleh PAS untuk menanam fahaman politik di Tg Rambai yang pada hemat mereka merupakan satu platform untuk melonjak nama mereka di hulu perak. Hakikat perjuangan mereka menjadi rialiti apabila Tg Rambai pada satu ketika dahulu telah menjadi kubu kuat pas di daerah gerik.Kebangkitan politik pas di Tg Rambai telah membuka mata ramai pemimpin Pas di peringkat atasan. Mengikut rekod yang telah dinyatakan oleh orang lama yang masih tinggal di tg Rambai seperti Pak long Hamid, Pemimpin PAS peringkat negeri perak acap kali datang memberi ceramah di Tg Rambai. Setiausaha PAS Perak,? Malah ketua Pemuda PAS Malaysiapun dinyatakan pernah datang ke Tg Rambai untuk memberi ceramah?.( Markas PAS Tg Rambai di Rumah Tok janggut).Antara tokoh ulamak Pas termasuklah Tn Hj Mat Arip dan sebagainya dan di beritakan Tn Guru Abd Hadipun pernah datang ke Tg Rambai? Pendek kata 95 % penduduk kg Tg Rambai ketika itu adalah pengikut Pas.

Bermulanya kedatangan UMNO di Tg Rambai apabila kepimpinan PAS bahagian gerik telah menyedari akan kekuatan dan kebangkitan PAS di Tg Rambai. Menurut cerita, di zaman YAB Tan sri ghazali jawi Menjadi ketua pemuda, beliau pernah berusaha masuk ke kg Tg Rambai untuk mengadakan ceramah. Pada percubaan pertama beliau menemui kegagalan kerana di sabotaj oleh pemuda PAS Tg Rambai dengan menebang pokok bagi menghalang laluan tan sri ghalzali  ke tempat ceramah. Namun semangat Tan sri ghazali tidak sekali kali pernah luntur. Pada kali ini beliau telah pergi bertemu dengan tok Janggut dan mohon kerjasama tok janggut untuk memberi peluang sekali sahaja memberi ceramah demi untuk perpaduan melayu. Tok janggut seorang pejuang bangsa dan agama tulen dan bukan fanatik kepada politik akhirnya berjanji memberi peluang kepada Tan sri ghazali masuk dan memberi ceramah. Pada malam tersebut, tok janggut telah dijemput memberi ucapan sepatah dua oleh pengerusi. Kemunculan tok janggut memberi amaran kepada penduduk supaya jangan membuat kecoh telah memberi ruang kepada Tan sri Ghazali untuk menyedarkan kira kira 3000 orang yang menghadiri ceramah dari seluruh pelusuk kampung berhampiran.

Bermula detik itulah UMNO mula bertapak di Tg Rambai kerana kebanyakan alim terkenal seperti Tn Hj Abd Karim( Imam Masjid tg Rambai), Tn Hj Zainuddin( imam kedua Masjid tg Rambai) telah menyertai UMNO secara terbuka.Diberitakan Imam Abd Karim merupakan sahabat Karib Idris Marbawi dan Tn imam Idris marbawi  pernah satu ketika datang memberi ceramah ugama di surau kg Tg Rambai. Ini memberi keyakinan kuat kepada penduduk kg Tg Rambai yang selama ini menganggap orang UMNO kafir dan sudah tidak percaya lagi kepada PAS.

Mengikut bancian terkini 2010 UMNO di Tg Rambai kira kira 85% dan Pas Cuma tinggal 15% yang kebanyakannya merupakan orang luar yang berkahwin dengan orang Tg Rambai. Kebangkitan UMNO di Tg Rambai telah di terjemah dengan perlantikan mantan wakil rakyat ADUN Temengor YB Dato Mokhtarudin bin Mat kaya anak kelahiran Tg rambai dan perlantikan Tn hj Yahya mat Kaya sebagai Ahli Majlis daerah gerik merupakan satu bukti dan penghormatan kepimpinan atasan terhadap sumbangan penduduk Kg Tg Rambai selama ini yang membantu memantapkan UMNO di daerah gerik.

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...