Rabu, 25 November 2015

salam pertemuan buat orang orang kampungku..yang jauh dimata tapi dekat di hati..kuhulurkan sepuluh jari memohon kamaafan kerna berpanjangan sepi menyendiri diri tanpa ada apa-apa coretan dalam bingkisan ini. Baru kini kulayari di cermin teknologi, sekadar menghiburkan di lubuk sanubari...bermain di jiwa ini...Semusim telah berlalu, november muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpa kusedari leawt usia ku kini menghampiri usia 40 tahun....tapi sayang pada siapakan kuberi....
Kampungku kini....telah jauh berubah, mengejar cita-cita dan aspirasi penduduknya. tanpa membezakan idologi, tanpa mengira beza keturunan, penduduk kampungku kini telah jauh berlari mengapai kesempurnaan dalam kehidupan...
Tanpa kusedari, kini telah lewat dua tahun kampungku dipimpin oleh nakhoda yang baru. walaupun jiwanya besar, walaupun usianya muda...namun semangat dijiwanya mempastikan penduduknya diberi perhatian telah mendapat pengiktirafan dari semua lapisan penduduknya.
Ahmad Rostam nama diberi, rendang si pohon ceri, rendang lagi lenggok gemalai tariannya. kini beliau telah menyambung memikul tanggungjawab besar bagi keselesaan anak buahnya terjamin. Alhamdulillah, sehingga di penghujung tahun ini, bukan beribu, bukan puluh ribu, malah ratusan ribu perbelanjaan kerajaan telah masuk kedalam kampungku. Antaranya ialah projek menurap jalan kampung, jalan pertanaian, longkang, mendalamkan sungai, memasang gabian, membina rumah baru, membaik pulih rumah penduduk malah pelbagai lagi yang tidak sempat ku tulis disini.
terima kasih sahabatku tok ketua. semoga allah terus memberi kekuatan padamu semacu pelayaran menuju ke destinasi gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...