Ahad, 27 Mac 2011

Kebangkitan Panji panji titam di akhir zaman.


2011masihi merupakan satu jangkamasa yang terakhir dalam kehidupan ini sebelum 2012 menjelma tiba. Sedar atau tidak dunia ini telah lama terujud ibarat sebuah kota tegap berdiri yang akhirnya berubah menjadi seperti Kelly castle( batu Gajah), A farmosa(melaka), Menara condong(teluk intan. Banggunan yang suatu ketika gah berdiri dengan fungsinya sebagai tempat yang sangat penting dan akhirnya pudar, layu,tandus tiada dipedulikan lagi.Begitu juga dunia yang kini sangat tua, sudar uzur, lapuk dan menuggu masa untuk lerai, punah, binasa dan hancur. Ini Kerana setiap yang baharu itu pasti akan binasa.Dunia bukan bersifat baka' yakni kekal sebagaimana zat allah yang baka' yakni kekal selamanya.571masihi merupakan tahun kelahiran baginda junjungan besar Nabi dan rasul uhammad S.a.w. 1440 tahun merupakan satu jangkamasa baginda meninggalkan kita umatnya yang telah sempurna menerima risalah ilahi. Kita hingga kini masih lagi ujud dengan memegang islam sebagai panduan hidup, islam sebagai pegangan aqidah, islam sebagai agama agung yang wajib dipertahankan kesuciannya hingga kepenghujung umur dunia.



Hari ini apabila kita berbicara mengenai islam....terbelit beribu permasalahan dilangit biru, terpaku seribu persoalan dalam kotak minda umat islam yang masih belum dapat diuraikan dari belitan musuh agama dan masih belum dapat dicabut panahan penjajahan minda dari musuh agama di segenap negara islam di dunia yang akan binasa ini.



Sebagai umat islam yang hidup di negara malaysia ini...yang masih mengucap dua kalimah shahadah, yang masih berpeluang menghirup udara segar dari belantara di banjaran titiwangsa. Sujud dan shukur kita kehadrat ilahi kerana masih berpeluang, masih bebas, masih sempat dan masih boleh mengamal dan mempraktikkan islam dalam kehidupan harian tanpa sekatan, tanpa ancaman dan tanpa paksaan dari mana mana musuh agama di dunia ini. Kesempatan ini sebenarnya wajib kita ambil, wajib kita gunakan sepenuh penuhnya untuk memperkukuhkan aqidah, memperkuankan keimanan, memperluaskan syiar islamiah khususnya kepada semua umat islam dalam negara kita. Jika kita buka minda, buka mata melihat saudara seagama kita yang mengucap dua kalimah shahadah yang masa sama sujd dan sembah kepada allah, kita lihat saudara di palastin, seluruh dunia tahu kehancuran saudara kita, keruntuhan pemerintahan islam, kedaifan yang melarat hingga berlakunya kebuluran, penyakit dan wabak seperti penyakit taun, kusta dan sebgainya. Pembunuhan kejam dan tiada berperikemanusiaan, kanak kanak di sembelih, wanita di rogol dan di sula, kaum lelaki di bunuh kejam, di penggal leher di hadapan sanak saudara.Perkara ini berlaku terlalu baru dan sangant hampir dengan kita. Krtika kita sedang nyenyak tidur di atas tilam yang hempuk, ketika itu mereka di bedil dengan roket roket yahudi laknatullah. Ketika kita sedang enak menikmati kopi dan teh tarik di depan tv, ketika itu kita dapat menyaksikan kanak kanak berterpiaran lari menyelamatkan diri. sesekali kita melihat bertaduran mayat di tepi tepi jalan, di seret seperti bangkai kambing, di sembelih seperti seekor kibas. Masyaallah...apakah ini suatu petanda dunia akan kiamat?


Di waktu kita asyik membangunkan negara, mencari pelaburan untuk kemajuan, memberi subsidi untuk kebajikan rakyat, menganjurkan pelbagai program untuk perpaduan dan kemakmuran.....Di waktu yang sama, saudara seagama kita di Afganistan, di Mesir, di somalia, di sudan di pakistan di iraq, di syria, di indonesia, do selatan thai asyik mempertahankan negara dari serangan serangan musuh islam yahudi laknatullah dan kuncu kuncunya. siang malam senantiasa berwaspada khuatiri bom bom, peasawat udara musuh yang tidak pernah jemu mengintai dan menunggu saat saat kealpaan mereka.


Hampir keseluruhan negara islam telah tunduk dan takut kepada musuh musuhnya. Ya allah, apakah ini satu petanda kebangkitan islam yang dijanjikan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...