Ahad, 30 Januari 2011

Bukan Tidak Bersyukur.....



Kaji selidik yang telah dibuat mengapa ramai masyarakat kampung riuh rendah dan pusing kepala dok memikirkan masalah harga barang naik seperti terkena histeria sebenarnya kerana mereka telah diperalatkan dan diperkotak  katikkan oleh puak puak yang sengaja tidak mahu melihat keamanan dan kemakmuran negara. maaf saya cakapkan disini, kalau kita nak bandingkan kenaikan harga barang sekang dengan kenaikan harga getah 6,7 kali ganda...saya ingat orang kampungpun boleh congak sendiri....dok riuh rendah ikan mahal, ayam mahal....cuba tanya penjual ikan dan ayam di pekan gerik...adakah mereka mengalami kerugian kerana orang tidak mampu membeli ikan dan ayam??? cuba la pergi buat kajian....tanya peniaga di pasar, di pekan hari....semua ikan habis dijual walau harga sekilo kembung RM 12.00.malah musim getah naik mereka mampu menjual 2 kali ganda barangan berbanding dulu. Nah....ini merupakan satu kenikmatan yang allah telah beri kepada kita. Yang kita dok bising nie kenapa??? saya selalu perhatikan gerak gerik puak puak yang selalu mencetuskan isu ini..kalau lepak kat kedai kopi, kedai mamak...muka muka depa nie kita boleh cam siapa?? semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan la tu.sengaja mencetuskan ke bimbagan awam api apikan kemarahan rakyan dan meletakkan keburukan kepada kerajaan yang memerintah.wahai orang kampungku.....awas awas kepada puak puak ini yang selalu menimbulkan fitnah dan perselisihan awam kerana mereka sebenarnya hanya mencetuskan huru hara.Apabila masyarakat tertekan, bimbang, maka mereka ajak masyarakat menjatuhkan kerajaan....jangan biarkan ini berlaku di negara kita!!!cukuplah di Thailand, di Indonesia, di Phlipina jangan sekali kali di negara kita yang tercinta. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...