Khamis, 16 September 2010

Tersentak Dari Lamunan.

Kebangkitan Melayu....
Melayu yang layu....
Melayu telah ditipu....

Salam perkenalan diucapkan kepada pembaca warkah ini dari saya seorang anak bangsa  yang berketurunan melayu...bukan berniat untuk mengajar,jauh pula untuk memberi pelajaran...cuma sedikit perkongsian ilmu serta pandangan peribadi untuk dikongsi dan dinilai bersama.

Melihat akan kepincangan serta berleluasanya masalah keruntuhan akhlak dan moral umat bangsa melayu majoroti islam mutakhir ini...maka disini ingin saya memberi sedikit pendapat untuk sama sama kita kongsi semoga ianya dapat memberi sedikit ruang untuk kita fikirkan bersama...

Marilah kita mengambil sedikit masa untuk merenung kembali asal usul kita, matlamat hidup kita serta tanggungjawab yang wajib keatas kita sebagai makhluk yang mengaku sebagai insan terbaik dikalangan manusia..mengapa kita mengaku insan terbaik? ini tidak lain dan tidak bukan kerana kita merasakan agama yang kita anuti ini merupakan satu satunya agama yang benar dan diterima allah.Maka sudah pasti kita tidak menganggap manusia selain beragama islam itu mempunyai darjat lebih tinggi daripada kita...Mengapa? ini kerana dalam islam telah lengkap dam sempurna baginya ilmu serta panduan untuk kita sebagai penganutnya untuk beramal dan menurut segala perintah dari Al Quran itu.

Maka Allah telah menciptakan Adam itu sebagai manusia pertama yang akan menghuni dunia ini.Perlu diingati sebelum kita pergi lebih jauh...sebelum allah menciptakan Adam as, Nur Muhammad telahpun bersinar. Maka tidak hairanlah mengapa mahar dan maskahwin Adam dengan Hawa itu antaranya ialah kalimah tauhid iaitu mengucap dua kalimah syahadah(Tiada tuhan yang disembah melainkan allah, muhammad itu pesuruh allah) ini bermakna tidak allah menciptakan seisi makhluk dimuka bumi ini semata-mata nur muhammad itu kekasih allah.

Perlu kita ingati juga apakala allah memerintah sekaliannya malaikat malaikatnya sujud menghormati Adam as,...terdapat seorang dari sekalian banyaknya malaikat allah yang bernama azazil yang merupakan malaikat yang boleh sikatakan senior kerana berpengalaman menjadi ketua malaikat, berpengalaman menjaga dunia, berpengalaman menjaga syurga dan sebagainya. Hanyasanya kerana mempunyai sifat sombong, iri hati, ujub dan takabbur, azazil tidak mahu sujud menghormati adam as. Lantas diberi siksaan yang sangat dasyat oleh allah. Namun kedegilan iblis laknatullah itu menyebabkan allah membuat keputusan mencampakkan iblis kedalam neraka kekal selamanya. Namun perlu kita ingati si Iblis laknatullah itu sebelum dimasukkan kedalam neraka memohon rayuan terakhir kepada allah supaya ia diberi satu tempoh untuk menguji sejauh manakah yang dikatakan manusia pilihan sekalian makluk ciptaan allah itu dapat menunjukkan kita benar benar hebat. Maka allahpun memberi peluang kepada iblis durjana ini supaya menghasut dan memperdayakan sebeberapa ramai manusia untuk dijadikan temannya kedalam neraka.

Bermulalah siri perjalanan hidup alam duniawi ini. Maka setelah Adam dan Hawa bertemu kembali di alam dunia...maka bermulalah episod kehidupan manusia dengan pelbagai evolusi san pelbagai cara mengikut hukum alam serta berlakulah pertambahan bilangan manusia melalui sistem perkahwinan, berlaku jua transmigrasi manusia di seluruh pelusuk dunia.Dengan terbentuknya evolusi yang dinamik ini maka secara tidak langsung kehidupan manusia memerlukan sistem pengurusan hidup yang sempurna. ini kerana tanpa sistem pengurusan dan pentadbiran hidup, manusia akan menjadi setaraf dengan haiwan. Maka allah telah menurunkan beberapa orang Nabi dan rasul sebagai petunjuk kearah kehidupan yang lurus. Bagi menebus kembali kekilafan yang sengaja direncanakan oleh allah yang menyebabkan kita tercampak ke alam duniawi ini..maka satu ketetapan telah diberi oleh allah supaya kita dapat malaksanakkan syarat itu untuk kita kembali ke alam syurga. Maka allah jua telah menciptakan neraka bagi kalangan mereka yang tidak mahu menurut akan segala perintah allah.

Sejarah telah membuktikan ramai para nabi dan Rasul itu diturunkan allah sebagai penyelamat umat manusia itu dari kalangan manusia disebelah arab dan ramai nabi itu lahir dari kalangan bangsa Israil.Mengapa? Mengapa tiada sebarang sumber mengatakan ada nabi berketurunan cina atau india atau melayu? Mari sama sama kita mengkaji sejarah perabadan manusia dari zaman nabi adam sehinggah nabi muhammad dari seluruh kondisi sosio politik, ekonomi dan geografi.selepas Adam,idris,nuh,hud Salleh, Ibrahin, Lut Ismail, ishak dan selanjutnya. Perlu kita ingati ramai diantara nabi ini mempunyai pertalian darah dan mengikut hukum alam nabi-nabi ini dilahirkan berturutan  dan terdapat beberapa orang nabi yang mengimammi satu kitab yang sama.Malah nabi kita Rasul SAW, juga berasal dari keturunan nabi allah ibrahim.

Tidakkah pada masa yang sama telah wujud yang bernama bangsa melayu, cina, india dan lain-lain? jawapannya ialah YA. Memang melayu itu telah ujud semasa zaman kerasulan nabi agung muhammad SAW. Darimana datangnya bangsa ini? Seperti yang saya katakan diawal tadi. Selepas turunya adam itu, maka melatalah zuriat keturunannya keseluruh pelusuk bumi.Mengikut satu kajian dari beberapa penulis, melayu ini berasal dari Keturah isteri nabi allah ibrahim yang ketiga.Keturah telah melahirkan zuriat yang mana salah satu dari keturunannya telah berpindah atas sebab sebab tertentu dan telah tersurat sejak azali akan mendiami tanah yang bernama tanah melayu,tanah Emas, penghujung dunia serta pelbagai lagi gelaran.

Serjarah telah membuktikan bahawa bangsa melayu sebelum tahun 1400 masihi telah mencapai satu tahap ketamadunan yang sangat tinggi. Bangsa melayu pada ketika itu mampu membina sebuah empayar yang cukup hebat malah melebihi ketamadunan barat pada ketika itu. Sejarah telah membuktikan pada zaman kemahsyuran empayar melaka, terdapat lebih dari 500 buah kapal dagang yang sibuk menjalankan perniagaan dalam satu-satu masa di selat melaka. Ini dibuktikan oleh penulis barat itu sendiri ketika portugis berhasrat untuk menyerang tanah melayu. Mereka menghantar sebayak lebih kurang 100 buah kapal perang yang memaksa mereka menukar sterategi perang kerana tidak yakin akan berjaya membolosi selat melaka yang ketika itu dipimpin oleh laksamana yang mempunyai 70% kekuatan tentera laut.

Mari kita baca balik sejarah keagungan bangsa kita.Ketahuilah yang sebenarnya kita umat melayu sebenarnya telah dilayukan oleh barat, telah dibenam pemikiran kita, telah dijajah dan diasuh paradigma kita melalui perancangan yang sangat teliti Yahudi dan zionis.Kekalahan mereka dalam perang salib menjadi pendorong untuk mereka bangun dan lebih berhati hati pabila bertemu musuh mereka.Sebelum itu mari kita berfikir sedikit....pernahkah kita terfikir??? dalam atitud georafinya, muncul sebuah bangsa yang maha hebat nun jauh ditimur, yang jauh dari negara negara penerima asal risalah ilahi, yang dikelilingi negara kafir. Namun....muncul sebuah empayar agung yang mampu menarik seluruh umat manusia datang berdagang.Nampak tak?ditengah tengah negara seperti kemboja, thailand,veitnam,singapura dan lainnya, mengapa kita dan brunai sahaja negara yang diiktiraf pemerintahan kerajaan islam?.

Sebenarnya....melayu itu berasal dari rumpun yang sangat luas menjadi satu bangsa terbaik dan diiktiraf dunia. Sejarah telah membuktikan keagungan kerajaan melayu purba seperti Kerajaan Gangganegara, Langkasuka, Pan pan, Chin Tu , Srivijaya, Majapahit, Champa dan sebagainya. Kemudian muncul lagi kerajaan baru yang sama hebat seperti Johor Riau, Samudera Pasai, Kedah Tua dan sebagainya lagi, begitu juga kemuncak keagungan ketika muncul kerajaan Aceh,Pattani serta Empayar melayu melaka.Kemunculan kerajaan ini sedikit sebanyak telah merubah bentuk persempadanan kerajaan mengikut kekuasaan sesuatu kerajaan itu.

Perlu kita ingati bahawa sebelum kedatangan khalifah islam melalui pedagang arab, kita pada ketika itu merupakan bangsa melayu yang pernah menganuti ajaran hindu. Ini terbukti dengan penemuan beberapa monumen dan artifak sebagai bukti seperti candi lembah bujang dan sebagainya.Ingat!!! Jangan keliru!!! ini bukan bermakna orang india yang dulu mendiami tanah melayu ini. Keadaan ini berlaku lantaran sejarah perpindahan beberapa rombongan manusia berketurunan arab selepas kejadian banjir besar di zaman nabi allah nuh as serta  pelarian kaum yang berasal dari keturah isteri nabi ibrahim as. Bangsa ini pernah satu masa dahulu mendiami pergunungan Tibet, kemudian berpindah lagi ke pergunungan himalaya dan selanjutnya seperti ditentukan ilahi bangsa ini akan sampai kesatu tanah pergunungan iaitu tanah melayu dan bangsa ini mula mencipta tamadun walaupun menganuti pelbagai fahaman agama dan kepercayaan. Maka dikatakan melayu itu berarti kita sudah letih mengembara, sudah penat mengharungi ranjau onak duri dan liku liku perjalanan hidup. Maka bangunlah bangsa melayu ini di sebuah kepulauan yang bertunjangkan semenanjung tanah emas ini sebagai koordinat empayar yang paling tinggi dalam peradaban bangsa melayu. Maka lahirlah empayar melayu melaka yang dipimpin oleh golongan pemerintah yang dalam darah mereka itu mengalir darah berketurunan arab.

Fakta penting!!..
Allah swt telah berfirman dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:

Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)

Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka me­mohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

 Berkemungkinan juga kita sebagai umat melayu juga seprti dijanjikan allah yang telah ditempatkan kita dinegeri negeri sedudah mereka.

Lagi satu Fakta penting!!!

Dari Abdullah bin Ma'ud dia berkata:'Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku bertanya,'Mengapa kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?"


    Baginda pun menjawab,"Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.

Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi."  - riwayat Ibnu Majah.

Besar juga kemungkinan kaum yang akan datang dari timur itu adalah melayu, darah keturunan arab yang suatu ketika dan masa pernah mendiami tanah arab. Melayu yang amat rindu pada tanah kelahiran hakiki. Maka melayu itu bersatu tersentak dari lamunan dan terus mengemudi arus lautan api membelah badai bergelora yang sangat  ganas.Bagi melayu...seganas mana lautan itu.... tetap dalam genggamannya...melayu merentasi gunung ganang, bukit bukau, menyusuri jurang.....Bagi melayu...setinggi mana gunung memasak bumi....disitu pasti akan dijejaki setinggi tumit sekelumit siksa...pasti akan sirempuh jua. Wahai bangsaku....sedarlah hanyasanya melalui perpaduan, kesatuan dan silaturrahimlah kunci kemenangan yang dijanji ilahi.

Mari kita bongkar rahsia  perancangan jahat yang sangat rapi oleh yahudi dan zionis untuk menghancurkan umat islam.... sedarkah atau sengaja tidak mahu sedar wahai umat islam mutakir ini? 30 puluh tahun kebelakangan ini menurut bancian rasmi menunjukkan majoriti penganut bumi ini ialah umat islam...sedarkah??? dan hari ini....Sedarkah??? penganut islam di muka bumi menduduki rangking kedua? Sedarkah??? Mengapa?????  Antara strategi untuk melemahkan islam dalam perancangan mereka ialah penghapusan etnik besar besaran. Nah...lihatlah projek penaklukan keatas negara negara islam di era pemerintahan bush,antara negara umat islam majoriti dilemahkan seperti afganistan,bosnia,iraq,pakistan,dan sebagainya dibom dan dibunuh secara total. tidak ketinggalan umat islam di kemboja berjuta juta dibunuh dengan kejam. Maka...setelah dibuat bancian terkini...maka umat islam telah berkurangan dan rahsia disebalik perancangan ini tidak lain untuk memberi gambaran kepada generasi baru lahir. Pabila mereka dewasa kelak mereka akan yakin bahawa agama kristian adalah agama yang benar kerana majoroti penduduk dunia ini ialah kristian....Logik tak? sifat semula jadi manusia akan mengikuti kumpulan yang banyak betul tak? Awaslah kita...habislah kita....bahana menunggu kita.

Projek zionis dan yahudi mutakhir ini sebenarnya berlaku dalam dua strategi. satunya tektikal war serangan secara live dan kedua hidden war tektikal iaitu serangan sunyi yang 100% tertumpu kepada kepulau melayu yang melibatkan indonesia, malaysia dan brunai. Mari kita pusatkan kepada stategi ghaib mereka yang ingin menghancurkan kita...mari kita bongkarkan rahsia supaya ianya tidak berjaya... sebenarnya...perancangan mereka untuk menghancurkan umat melayu melalui 6 fasa percubaan mengikut 6 buruj pentagram lambang yahudi. Serangan pertama dilancarkan sekitar 1511 ketika portugis mula menyerang melaka.Pada ketik itu kita mempertahankan kuasa kita dari sudut rohani dan jasmani. walaupun kita jatuh ditangan portugis...namun roh islam umat melayu tidak dapat di goyangkan walau secebis cuma. ini kerana peranan sultan dan raja melayu yang sentiasa berdamping golongan ulamak berjaya meniup semangat islam kita.
Serangan kedua oleh pihak british sekitar 1820. Mereka berjaya menjajah kita...tetapi mereka tidak berjaya memesongkan akidah kita kerana peranna sultan dan golongan ulamak sangat kuat. Pengaruh islam sangat kuat sehingga ramai tentera british terkorban dalam peperangan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...