Sabtu, 26 September 2009

Tok Janggut Ketua Kampung Tanjung Rambai Yang Pertama.(The Legend Of Tanjung Rambai Hulu Perak Warrior.

Rumah Tok Janggut di Kpg Tg Rambai

Tuan Haji Abdul Raja @ Razak bin Kasiman
Tok janggut Pakar Mandi Minyak, Bomoh berubat santau.

Antara Pertubuhan Seni Bela Diri yang pernah menjalankan aktiviti di Tg Rambai.

1-Pertubuhan Silat Sendeng Tg Rambai(1929-1957)- Tok Janggut
2-Silat Gayung(1960-1970) -Tuan Mahaguru
3-Seni Bela Diri Embong/Embow91970-1985) -Tuan Guru Abd Manaf Ulu Kenderong
4-Persatuan Seni Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak, Tg Rambai(1974-hingga kini) Mahagu Pak Jang Ali bin Noh
5-Persatuan Seni Silat Kalimah Malaysia Cawangan Hulu Perak Tg Rambai(1990-1994)

Himpunan kisah dan peristiwa Tok Janggut yang pernah saya dengar dari mulut penduduk kampung yang masih ada sezaman dengan Allahyarham Tok Janggut.

1) Tuan Hj Ismail bin Sutan Syarif(Ayah cu) Umur Sekarang 101 tahun.
Menceritakan kehebatan tok janggut pada zaman kemuncaknya pernah menebang perdu buluh aur dengan menggunakan tangan kosong.

2) Tn Hj Mohd Noor( Ayah nge) umur 91 tahun.
Mengisahkan keprihatinan tok janggut yang mengetuk setiap pintu rumah penduduk kampung sebelum masuk waktu solat subuh sebagai peringatan solat berjemaah.

3) En Razali bin Hj Mat Tahir( Pak Nik Jalil) umur 68 tahun.
Mengisahkan satu peristawa Tok Janggut diserang oleh sepasukan pengganas komunis semasa beliau sedang meneroka tanah hutan. Penerokaan tanah hutan akan menjejaskan aktiviti pengganas komunis yang ketika itu sangat aktif di hulu perak. Dalam kejadian jam 5.00 petang, Tok Janggut telah di kepong oleh kira kira 15 orang komunis yang telah membelasah dengan menggunakan bennet(Pisau tajam yang diletak di hujung senapang), pedang dan kayu. Setelah hampir setengah jam membelasah, Tok janggut bangun seperti tiada apa apa yang berlaku pada dirinya yang membuatkan semua pengganas lari lintang pukang. Dalam kejadian tersebut, Tok Janggut sempat memberi hadiah parang panjang kepada 3 orang komunis yang mengalami kecederaan parah.

Tok janggut bersama sahabatnya yang bernama tuan syeikh osman dan tuan syeikh idris dalam satu pertemuan di surau kpg tg rambai telah mengumpul seberapa ramai tentera fisabilillah dari seluruh pelusuk hulu perak. Dalam majlis tersebut, kira kira 2000 sukarelawan fisabilillah berkumpul di perkarangan rumah Tok Janggut untuk berjuang menentang orang siam yang dikatakan telah membunuh seorang ulamak patani yangtermahsur iaitu Tuan Syeikh hj Wan Sulung.Dalam perjumpaan tersebut, Tuan Syeikh Hj osman telah membaca ayat ayat dan mengelintir kedua tapak tangan beliau yang menyaksikan beribu ribu cincin(cincin Lahit) keluar dan jatuh bertabaran ke lantai. Maka semua perajurit mengambilnya untuk di pakai semasa berjuang. Tok janggut selaku ketua dan juga imam perang diberitakan telah berjuang selama sebulan dan pabila valik ke tg rambai ia menceritakan peristiwa perang seperti menebas pokok tebu.Maka di pancung kepala lawan diibarat pokok tebu di ladang.Begitulah menurut sumber lisan yang dapat saya catatkan.

4) Amran bin Mohd Noor( Pakngah Ta) umur 62 tahun.
Menceritakan Kisah Tok Janggut bertarung dengan penggusti handalan dari British yang di bawa oleh Tuan DO Barkerly dalam satu keramaian di padang gerik. selepas penggusti berbadan tegap tak ubah macam Hulk Hogan selesai pertunjukan, beliau telah mencabar orang melayu yang berani tampil bertarung dengannya. Tok Janggut yang ketika itu hadir sebagai jemputan VIP oleh Tuan Barkerly terus melompat ketengah gelanggang menyahut cabaran kerana mahu menjaga maruah bangsa. Pertarungan menyaksikan kehebatan Tok Janggut beraksi tak ubah Seekor Gajah dengan seekor Tenuk. Lalu Tok Janggut memegang kedua belah tangan penggusti british dan di hayun terpelanting ke hujung padang kira kira 50 meter.

5) Allahyarham Tuan imam Hj Abd Karim.
Menceritakan Tok Janggut telah memagar sekeliling kampung dengan pasak alam ilmu batin yang dibenarkan mengikut syarak yang menyebabkan pengganas komunis tidak perasan adanya perkampungan di tengah hutan di kaki banjaran gunung hutan rizab air kelat. Namun ada seorang penduduk yang telah melanggar pantang dan syarat iaitu tidak boleh sekali-kali membawa masuk kayu atau buluh masuk ke kampung dengan cara mengheret di atas tanah yang menyebabkan pagar tadi akan terputus.
Diberitakan Tok janggut bersama sahabat-sahabatnya seperti Hj Majid, Hj Jamil, Hj Mat Tahir, Hj Mat Kaya dan lain-lain tidak pernah sekali-kali memakan makanan selain dari produk orang islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...