Tanjungrambaigerikprk.blogspot.com
Tanjungrambaigerikprk.blogspot.com
Khamis, 7 Januari 2021
Rabu, 6 Januari 2021
Assalamualaikum. Kali ini saya inign membawa satu sejarah yang ada kaitan dengan keturunan saya iaitu Dato Nakhoda Muhammad Taib seorang pembesar yang telah diiktiraf oleh kebawah Duli Sultan Perak ke 23, Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1856 untuk memerintah Jajahan Kuala Sepit,Dinding hingga ke Bagan Datoh.Sebelum meneruskan penulisan ini, seperti biasa saya dengan penuh takzim rendah diri memohon kemaafan sekiranya tilisan ini tidak menyenangkan segelintir pihak. tidak ada lain yang lebih utama selaian dari kebenaran yang pasti akan menghapuskan segala kebatilan. Saya menulis diatas kerelaan hati dengan kadar sukatan yang telah diberi petunjuk dari ilahi seperti makhum hadis Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.
(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518) maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrhohim saya mulai coretan rinkasan sejarah Dato Nakhoda Muhammad Taib dari persppektif keluarga saya.Maklumat dan fakta yang di kaji melalui sumber sekunder iaitu maklumat lisan dari orang orang tua yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman masing masing.Tercetus ilham untuk mengkaji sejarah tokoh maritim yang terkenal di era 1850-1873 ini apabila saya mendapati ada satu perjumpaan waris dan keturunan Dato Nakhoda Muhammad Taib(DNMT) ini di Teluk Senangin , Segari lumut.Perjumpaan itu merupakan satu perjumpaan official yang melibatkan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (Pintar) dan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Yayasan Perak, Kerajaan Negeri Perak, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan masyarakat kampung Batu Tiga menganjurkan Seminar Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib pada 24 Julai 2010 ini di Chalet de Idaman, Teluk Senangin, Lumut, Perak.
Seminar ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan antaranya oleh Prof. Datuk Dr. Othman Mohd.Yatim, Prof. Madya Dr. Talib Samat, Md. Akhir Leman, Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan, Haji Zainal Abidin Yen dan Abdul Latip Ariffin iaitu bekas kurator Muzium Matang.
Seminar yang berusaha merakyatkan dan memasyarakatkan sastera dan sejarah ini terbuka kepada semua.-(ARKIB : 18/07/2010
oleh DR.TALIB SAMAT) Pada sebelah malamnya diadakan acara baca puisi tentang kisah perjuangan Nakhoda Muhammad Taib oleh pelajar-pelajar UPSI dan penduduk Batu Tiga, Segari.
Pada 25 Julai pula diadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Nakhoda Muhammad Taib dan waris-waris yang telah meninggal dunia.(ARKIB : 18/07/2010
oleh DR.TALIB SAMAT).Setelah mendapati ada satu usaha murni untuk memartabatkan pahlawan berjasa ini maka terdetik dihati saya kerana ibu saya Thabiah binti othman- Othman binti Mariam- mariam bin Nordin- Nordin bin Muhammad Taib, suatu ketika telah memberitahu saya bahawa suatu ketika pernah berada dalam salasilah keluarga DNMT ini. Tetapi telah terputus waris kerana nordin mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki.Pengetahuan anak angkat lelaki ini setelah dimaklum oleh saudara di sebelah lumut. Saya dalam masa membuat kajian mendapat berita terdapat satu keluarga di sebelah lumut yang mendakwa beliau adalah waris berhak kepada DNMT ini kerana beliau ada menyimpan segala alat kebesaran dan surat kuasa original dari sultan jaafar dengan cop mohor istana dan semuka ayat perjanjian dan tauliah. maka terdetik dalam hati sanubari ingin membantu keluarga saudara saya ini diangkat sebagai waris yang mempunyai hak dalam erti kata kebenaran fakta sejarah. ini kerana keluarga ini juga tidak dilibatkan dalam sesi perjumpaan di teluk senangin pada 24 julai 2010. Dalam masa yang sama saya telah menghubungi prof Madya Talib Samad dan Cikgu Mat Akhir Leman yang merupalkan orang penting menjayakan program memartabatkan DNMT. Akhirnya perjumpaan telah diatur pada tarikh(....lupa) di kampung........ dalam perjumpaan itu saya menceritakan bahawa keluarga saya berada di Kg Tanjung Rambai Gerik Perak setelah Arwah Datuk Saya Othman bin abu bakar(abu bakar adalah suami mariam anak penghulu Nordin) telah berhijrah ke gerik sekitar tahun......ketika itu arwah dato mendapat berita di gerik ada pekerjaan istimewa iaitu menoreh getah dan berkebetulan mendapat galakan dari allahyarham Dato seri wan muhaamad bekas menteri besar perak yang telah berkahwin dengan salah sorang sepupu dato saya anal alang Aminah adik mariam.Alang aminah berkahwin dengan Tok Gu Mahadi(Guru besar Sekolah).Seorang lagi adik beradik mariam dan aminah tinggal dan menetap di Bagan Datoh yang juga merupakan seorang Perempuan(Nama tidak ingat)maka saya menerangkan sejujur mana salasilah yang saya tahu dan keluarga yang saya sebutkan itu semua masih ada di negeri perak dan ada yang menetap di luar negeri perak. Maka Prof Madya Talib Samad telah mencatit semua keterangan yang diberi dan telah diakui oleh Allahyarham Cikgu Mat Akhir Leman pada ketika itu. Dalam pertemuan itu, arwah Cikgu Mat Akhir Leman cukup kenal dengan ibu saya dan juga opah saya saona binti Mad Sidi(Mat Sidi adalah Pawang Raja yang cukup termahsyor di lumut ketika itu) Maka Prof Madya selang beberapa bulan telah mengeluarkan sebuah buku baru tokoh perak terppinggir tetapi berjasa dan hanya di cetak sebanyak 56 naskah kalau tidak silap saya melauli kenyataanya kepada saya selepas itu. Sebelum ini beliau telah menerbitkan Sebuah buku tebal bertajuk menyusuri Nakhoda Muhammad Taib hasil dari projek pertama yang saya dan keluarga di gerik tidak dilibatkan.
Dalam misi mendapatkan maklumat terperinchi saya dan ibu berkunjung ke rumah Arwah opah zawiyah yang ketika itu telah uzur. Dari situlah saya mendapat makluman Penghulu besar Nordin memelihara seorang anak angkat lelaki kerana ketiga anak kandungnya adalah perempuan. dan yang di maksudkan itu adalah sauadara yang mendakwa keluarganya itu waris DNMT. di tambah lagi dengan maklumat dari Arwah cikgu Mat Akhir Leman dan beberapa orang lagi seperti Arwan Paklang Katan. Pada saya sejujurnya emak saya sendiri pernah dimaklum oleh saudaranya kenyataan yang sama tetapi tidak dapat dibuktikan dan sebab itu emak saya tidak memaklumkan kepada saya.
Hari berlalu berganti hari, minggu berganti minggu, bulan bertahun. Maka sampai masa di takdirkan ilahi seperti firman allah dalam Al Quran Maka benarlah apa yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran yang berbunyi: "Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan." (Surah Ali Imran, 3:54)dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang.. kadang2 kita tidak sedar yang ada perkara perkara yang kita lakukan, akan memberi impak dan kesan pada orang lain. kadang kadang kita lupa, kita bukan hidup seorang diri dalam dunia ni. banyak hati hati di sekeliling yang perlu dijaga, jasad- jasad yang perlu disantuni selayaknya sebagai makhluk Allah. kerana manusia terikat dalam kitaran hidup manusia inilah, ada hati yang mungkin terluka dan terguris kerana tindakan yang datang juga dari seorang manusia. sampai bila kita nak rasa bebas dgn kehidupan diri sendiri, perlakuan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang... andai kata hati kita terluka atau terguris, maka percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya (': kerana sifat Allah itu sebagai perancang yang Maha Sempurna. Selepas semua berjalan lancar, saya dihubungi keluarga yang mendakwa waris berhak DNMT melalui panggilan telefon dan teguran di facebook saya suata ketika dahulu. Saya telah di tegur kerana tidak selayak menggunakan nama waris nakhoda muhammad taib di facebook kerana saya dikatakan bukan waris yang berhak. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (Surah at-Taubah ayat 59)
Sheikh Al-Maraghy ketika menafsirkan ayat itu membuat rumusan Mukmin wajib reda dan berasa puas terhadap usaha mereka dan segala yang diperolehnya dengan cara benar seperti sedekah dengan menghadapkan hati kepada Allah SWT. Hendaklah dia berharap hanya kepada Tuhan sahaja untuk memperoleh keinginannya yang berada di luar usaha dan hak syari'e.
Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Reda secara umumnya, sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.(Ahmad Shukri Yusoff)
Maka saya lantas menerangkan semuanya secara terperinci segala perjalanan pengkisahan DNMT mengikut perspektif saya dan keluarga bermula dari awal hingga akhirnya. Lebih malang ibu sauadara saya yang tinggal di sana pada suatu masa telah berkunjung ke rumah mereka telah dilayan dengan kata nada suara yang keras. mereka mendakwa saya telah memutar fakta dan mendapat royalti dari hasil jualan buku. Allah SWT juga menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 153:
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan sembahyang, karena sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (QS Al-Baqarah ayat 153).
Hadits tentang ujian dan cobaan ini didasarkan pada hadits dari Ali bin Abi Thalib Ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sabar itu ada tiga macam: sabar dalam menghadapi musibah, sabar dalam menjalankan ketaatan dan sabar dalam menghindari kemaksiatan. Siapa yang sabar dalam menghadapi musibah sehingga mampu menjalaninya dengan baik, dengan segala kekuatan hatinya, maka Allah akan mencatat untuknya sebanyak 300 derajat yang antara satu derajat dengan derajat yang lain seperti jarak antara langit dengan bumi. Siapa yang sabar dalam menjalankan ketaatan, maka Allah akan mencatat untuknya 600 yang antara satu derajat dengan derajat yang lain seperti jarak antara batas dasar bumi hingga puncak 'Arasy. Siapa yang sabar dalam menghindari kemaksiatan, maka Allah akan mencatat untuknya 900 derajat yang antara satu derajat dengan derajat yang lain seperti jarak dua kali antara batas dasar bumi hingga puncak 'Arasy." (HR. Ibnu Hibban, Ibnu Abid Dun-ya dan Dailami).
maka dengan tertulisnya coretan ini diharap suatu masa nanti mereka akan faham akan nawaitu saya dan keluarga dalam usaha memartabatkan pengkisahan tokoh ini. bukan niat untuk bermegah dengan keturunan yang ada,,,bukan niat menafikan sesiapa, malah sebaliknya berusaha untuk membantu, tetapi nesta jua yang di terima. swemoga allah memberi taufik, hidayah dan kekuatan kepada saya dan keluarga bagi meneruskan saki baki episod kehidupan ini. tiadalah erti pada habatnya keturunan itu kalau sujud menyembah allah masih tidak disempurnakan..alangkah tinggi martabat seseorang itu walau diiktiraf sebagai fakir tetapi mulia hatinya, basah bibirnya bertasbih,tahmid,syukur memuji ilahi. sekian untuk kali ini..mohon jutaan kemaafan andai ada kekhilafan...
Syukur kepadamu ya allah niat anak cucu cicit menziarahi pusaramu makam dato Nakhoda Md Taib pembesar yang pernah mentadbir jajahan dinding,kuala sepit hingga ke bagan datoh sekitar 1850 - 1874..semoga ruhmu dicucuri rahmat kasih sayang ilahi..Alfatihah..
Selasa, 5 Januari 2021
Assalamualaikum...
Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak menulis artikel dalam blog ini...ini kerana admin telah terlupa password dan no telefon yang didaftarkan telah berubah...syukur akhirnya admin telah dapat mencari jalan keluar bagi menyelesaikan isu ini.
Sebelun itu admin ingin menyatakan semua tulisan admin ini bukanlah mandatori iaitu satu ketetapan muktamad. Ada beberapa artikel yang admin tulis berdasarkan temuramah dari mulut kemulut sumber sekunder.ada jua tulisan yang bercampur metafora. Al maklumlah admin berlatarbelakang sastera. yang pasti segala tulisan ini adalah untuk membantu memberi maklumat untuk kajian lanjut atau maklumat tambahan seperti klu klu sumber maklumat sebenar.Admin amat mengalukan pandangan serta pendapat pembaca budiman seta perkongsian cerita cerita lama untuk diangkat sebagai rujukan awal.
Selasa, 8 Disember 2015
Tahniah belia Tg Rambai yang terlibat sebagai urusetia dan yang mewakili daerah hulu perak ke program kembara integriti silveryouth sprm integrity race peringkat negeri perak di pulau banding 30.11.2015 hingga 2.12.2015...
Urusetia
1 .Abg fadil
2. Izami
Peserta
1. Own
2. Nabil
3. Aswadi
4. Khairul Kasim
Urusetia
1 .Abg fadil
2. Izami
Peserta
1. Own
2. Nabil
3. Aswadi
4. Khairul Kasim
Langgan:
Catatan (Atom)
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
TERLEBIH DAHUL ADMIN INGIN MEMBERI PERINGATAN. SEBARANG PENYEBARAN MAKLUMAT DARI BLOG INI ADALAH DILUAR KAWALAN ADMIN. ADMIN TIDAK AKAN BERT...
-
Assalamualaikum. Kali ini saya inign membawa satu sejarah yang ada kaitan dengan keturunan saya iaitu Dato Nakhoda Muhammad Taib seorang pem...
-
Assalamualaikum... Terlebih dahulu admin ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak menulis artikel dalam blog ini...ini kerana admin tela...